Sunday, March 13, 2011

karangan berpandu Kesan Jerebu



      Muktakhir ini, bencana alam bukan alang kepalang menjadi polemik arus perdana akhbar jagatraya. Fenomena jerebu makin meruncing  bagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.(25)

      Afdalnya,pembakaran hutan belukar di tanah  seberang telah mencetuskan masalah jerebu yang tidak berperi. Kesihatan masyarakat sarwajagat akan terancam gara-gara alam sekitar diselubungi udara yang dipenuhi dengan zarah-zarah yang bertoksid. Seterusnya, fenomena ini telah merencatkan agenda pembangunan negara , sekali gus banyak projek pelaburan  terpaksa tergendala semasa masalah ini melanda negara kita.(51)

      Rentetannya, kelangsungan ekosistem yang ampuh akan terjejas ekoran udara yang dipenuhi dengan bahan-bahan beracun., justeru tumbesaran flora dan fauna yang diibarat sebagai jantung alam akan terbobrok, di samping organisma marin juga akan menempuhi kepupusan  akibat pencemaran ini.  Ghalibnya, prestasi akademik pelajar akan merutum lantaran proses pembelajaran dan pelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar.(51)

        Sudah terhantuk baru tengadah, industri pelancongan juga tergugat oleh fenomena ini, waima pelbagai modus operandi telah dikaji untuk membanteras kemelut ini.Oleh itu, sinergi daripada semua pihak seyogia diimplementasikan demi kelangsungan tamadun bangsa pada masa hadapan dan jangan sekali-kali hanya melepaskan batuk di tangga. (36)
150++ (telah lebih…potong sendiri)

张惠妹:别在伤口洒盐MV

so long..that's in my remembrance to Mei' song..went for karaoke yesterday, jz remind me that i had ever been the best fan for Mei..

Saturday, March 12, 2011

Guitar

yeahhh...i wanna bring my guitar tour around the world

karangan keluarga bahagia(keluarga citra masyarakat pembina tamadun bangsa)


specially dedicate to zhu han, this question consider important for this year PMR exam o…(surelah, not in speech format)

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua ,penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan seterusnya para pelajar yang dikasihi. Salam sejahtera dan ucapan terima kasih saya dahului atas undangan ini untuk menyampaikan ceramah yang _bertemakan kepentingan keluarga bahagia.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama dengan bayang-bayang pemodenan, institusi keluarga diumpamakan jantung sesebuah negara. Ahli keluarga menjalankan tugas dengan sempurna sekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan talian ukuwah dan silaturahim yang mapam. Institusi kekeluargaan sewajarnya hidup dalam suasani harmoni dan saling bertolak-ansur, sekali gus saling mempercayai dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga.

Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam menyemai benih-benih kebahagiaan dalam keluarga. Konsep Rumahku Syurgaku diaur-aurkan oleh masyarakat sawarjagat sejak zaman leluhur lagi. Suka dan duka wajar ditanggung bersama-sama sesama ahli keluarga dengan fikiran yang tenang dan berhati nurani yang menjauhi segala kepincangan dan kemelut k jiwa. Oleh itu, ibu bapa dapat mengejar periuk nasi tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan hal-hal rumah tangga. Pembentukan keluarga bahagia menjadi tonggak masyarakat penyayang yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita.
            Selain itu, seandainya sesebuah keluarga itu bahagia, sudah tentu anak-anak rnempunyai nilai moral yang baik. Pembentukan modal insan yang berwawasan dan mempunyai harga diri yang tinggi merupakan citra masyarakat madani, sementelahan kelangsungan tamadun bangsa yang berkiblatkan jati diri dan berkualiti. Remaja merupakan pewaris bangsa yang menerajui dan menongkah cabaran zaman dengan nilai kepimpinan yang utuh. Merealisasikan impian Wawasan 2020 hanya dapat digapai dan bukan sekadar indah khabar daripada rupa seandainya rata-rata masyarakat memperkasakan peradaban bangsa dan menongkah arus globalisasi mutakhir yang semakin kompleks dan mencabar. Tamsilannya, ibu bapa seyogia meraikan kejayaan bersama-sama dengan anak mereka, justeru memberikan motivasi kepada anak mereka sekiranya anak mereka dibelenggu dalam gangguan emosi dan trauma dalam tekanan hidup.
            Memang tidak dapat disangkal bahawa keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan masyarakat sakinah, sementelahan membangunkan generasi yang berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berilmu. Keluarga yang bahagia penting untuk menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi nusa dan bangsa, sekali gus  nilai keinsanan yang syumul dapat dizahirkan. Dalam konteks ini, kebobrokan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dibanteraskan dan menjauhkan anasir-anasir negatif yang dapat merudumkan dan merencatkan agenda pembangunan negara. Jangan sekali-kali sudah terhantuk baru tengadah gara-gara keabaian ibu bapa hanya sekadar mementingkan prestasi akademik anak mereka. Natijahnya, anli keluarga wajar digalakkan mengadakan solat berjemaah di rumah di samping menjamu selera bersama-sama.
Tuan-tuan dan puan-puan,
                Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Hidup bukan keseorangan, sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial yang ditanggung bersama sebagai khalifah di muka bumi ini. Tanpa keluarga bahagia, siapalah kita? Mengendalikan bahtera
rumah tangga dengan penuh kasih sayang waima dunia pascakemodenan ini penuh dengan pancaroba. Ole itu, keluarga bahagia akan menjadi pemangkin untuk mengekalkan keharmonian negara. Remaja merupakan entiti sesebuah negara. Sebagai contoh , “Ibukulah yang menyebabkanku berjaya. Dia amat menyayangiku, begitu percaya akan aku; dan aku berasa aku mempunyai suatu tujuan untuk hidup, suatu orang yang harus aku tidak mengecewakan." Siapakah tokoh ini yang akhirnya menempa kejayaan dalam melayar bahtera hidup di persada global? Ya, Thomas Edison yang dicungkil bakat oleh seorang ibu yang diibaratkan penggoncang buaian. Ungkapan bapa borek anak rintik memanifestasikan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam menjana anak watan yang akhirnya dapat menjulang prestig negara.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Akhirulkalam, negara kita dapat bersaing dengan negara lain seandainya kita  dapat mengurus institusi kekeluargaan yang syumul, membentuk modal insan yang berteraskan tamadun bangsa, justeru menerajui tampuk negara yang penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan.  Ingat dan praktikkan semua ini. Kejayaan pasti digapai sekiranya ibu bapa menyedari peri mustahaknya peranan mereka. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa keluargaku syurgaku. Tepuk dada tanya selera, anak-anak yang cemerlang akan menzahirkan keluarga dan negara yang gemilang dan terbilang. Bak kata pepatah, tidak ada pelaburan yang lebih baik daripada menyuapkan susu ke mulut bayi.
Sekian, terima kasih.

holidayyy...

..jz finished my retarded tuition..2hr plus..jz repeated and repeated the lesson..
their result still bad, right
ZH failed in his Bm exam, i knew he wont feel well and quite guilty when telling me that he was failed
ZH..dun give up easily///ok, i known u quite well, you can follow, you shd prefer writing essay than tatabahasa, right? as well JACK..cikgu know, but sometime you shd practice more. do more ..right..

bah bao have come this week, yup, i thought she quit already..well, frankly to say that i lost my confidence when got two students fr 2A1 and 2A3 quit from my class..i know, my style a bit tense..i wanted to finish my notes as fast as i can..u know, wanna to prepare my notes, i burnt midnight oil..and twist and twist my mind..but i know ..i ain't acquainted and adapted to most of the students.



during this holiday, i will go to JPN to request my transfer whether can be proceed asap..i waiting for it..i really want go to my new school after this holiday..can i get it?


again and again, only avoiding and silence ..the answer you give me..THE GIFT ..as my last gift to you..perhaps..i m retarded, ps,i love you



Thursday, March 10, 2011

Lady Antebellum - Need You Now (HQ) [Lyrics]

Picture perfect memories,
Scattered all around the floor.
Reaching for the phone cause, I cant fight it anymore.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

Its a quarter after one, Im all alone and I need you now.
Said I wouldn't call, but I lost all control and I need you now. 
And I dont know how I can do without, I just need you now.

Another shot of whiskey, cant stop looking at the door.
Wishing you'd come sweeping in the way you did before.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

Its a quarter after one, Im a little drunk,
And I need you now.
Said I wouldnt call but I lost all control and I need you now. 
And I dont know how I can do without, I just need you now.

Yes Id rather hurt than feel nothing at all.
Its a quarter after one, Im all alone and I need you now.
And I said I wouldnt call but Im a little drunk and I need you now.
And I dont know how I can do without, I just need you now.
I just need you now.
Oh baby I need you now.

antara/di anatara


 ujian BM F2 (sekolahxxx)
35. ibu pejabat persatuan itu terletak antara perpustakaan dan balai polis.


jawapannya: di antara perpustakaan dan balai polis.
sebenarnya menjadi agenda polemik, waima jawapan sebenar ialah di antara perpustakaan dengan balai polis.
** anyway, it jz depend to the justification from this school teacher.

1. Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "di antara"?
Kata sendi nama antara perlu hadir di hadapan frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Sementara di antara sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama.

antara berfungsi sbg kata arah, maka frasa sendi di antara hanya dapat digunakan utk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Cth; Tambak Johor terletak di antara Johor dgn Singapura.

2.apakah perbezaan antara "antara...dengan" dan "antara...dan"? mana satu betul?
pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada du frasa. Contoh:- Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.- Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada Minggu ini. 


Perbincangan telefon antara saya dengan tuan kerana kata antara berfungsi sebagai kata sendi nama yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama. Kata di antara pula digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya, anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya, rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.








[MV/HQ] Ding Dang 丁噹 - 一半 (Yi Ban) One Half

Wednesday, March 9, 2011

liputan Dewan Masyarakat

mempersoalkan
Banyak pihak mempersoalkan peranan MCA dalam menarik pengundi Cina.

diperhalusi
satu persoalan yang menarik untuk diperhalusi berdasarkan kemenangan BN dan peningkatan undi Melayu di DUN Tenang, adakah orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada PR?

berseloroh
mereka berseloroh mengatakan bahawa banjir besar didatangkan untuk mencuci DUN Tenang kerana terlalu banyak fitnah ditabur dan keaiban orang dibuka sepanjang tempoh berkempen.

omong-omong kosong
PR menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerang peribadi pemimpin BN dan ingin berkempen secara berhemah , semua itu nyata omong-omong kosong sahaja.





pihak kerajaan(aspek semangat kejiranan)

henry liew..

panduan kepada pelajar: saya akan membiasakan diri dengan point-point yang berisi, dan hafalkan ayat-ayat berkenaan dengan penaakulan yang mentah-mentah. lepas itu, saya akan menjalankan plagiat kepada jenis essei yang lain, contohnya aspek kesihatan: merokok/ gejala sosial..cubalah dulu, lepas itu saya akan uploadkan jawapan saya untuk rujukan kepada anda semua 

contoh: Merokok (plagiat)
Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam kesedaran impak negatif merokok dalam kalangan rakyat. Sinergi dan usaha sama daripada semua pihak  wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan anjakan paradigma tentang kelangsungan tamadun bangsa yang mementingkan perkembangan jati diri dan menjauhkan diri daripada anasir negatif seperti merokok. Bak kata pepatah, “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua”.Ungkapan ini menegaskan bahawa teladan atau tabiat negatif dapat merebak dengan berleluasa kepada segenap lapisan masyarakat kompenporari, baik warga di kota-kota kosmopolitan, mahupun rata-rata masyarakat di luar bandar.

Pihak kerajaan:
1) Kempen di peringkat kebangsaan
a)      Afdalnya, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen yang bersesuaian di peringkat kebangsaan.
b)      Mengapa? Kempen dijalankan…nilai murni
Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam sifat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Sinergi dan usaha sama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Bak kata pepatah, “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua”.
c)      Apakah contoh?
Tamsilannya, proklamasi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia.
d)     Tegasan?
Oleh itu., kempen-kempen anjuran kerajaan ini amat vital bagi menyemai semangat kejiranan agar masyarakat bercitra dengan nilai-nilai murni.

2) melaksanakan program-program
a) Selain itu, pihak kerajaan juga boleh melaksanakan program-program yang melibatkan   semua kaum di setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
b) mengapa program dijalankan?...semangat perpaduan  
Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan.
c) apakah contoh program dan apakah tujuan program ini?
Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat kata pepatah, “serumpun bagai serai, seikat bagai sirih, sedencing bagai besi”.
e)      Tegasan
Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.