Thursday, January 13, 2011

karangan 2: Surat Tidak Rasmi: pengalaman kekalutan jiwa seorang pelajar

Contoh Karangan 2: Petikan Novel Ting 2: Tulis sepucuk surat kepada ibu anda yang melanjutkan pelajaran di luar negara tentang kerisauan anda selepas lama emak tidak membalas surat kepada anda.
                                                        
Kampung Dinamik
                                                                22300,Seremban
                                                                13 Jan 2011.

Ke hadapan bonda yang kini menetap di New Zealand, semoga bonda dilimpahkan rahmat dan berada dalam lindungan rahmat Ilahi.

Bonda yang dikasihi,
Apa khabar bonda di sana? Bonda telah berangkat ke sana selama sebulan. Anakanda berharap agar bonda berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda di sisi nenda sihat sejahtera, di samping melaksanakan rutin harian dengan lancar. Untuk pengetahuan bonda, anakanda akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun, di samping akan menyertai pertandingan pidato pada peringkat daerah . Anakanda akan pandai membahagikan masa , antara pelajaran dengan pidato, anakanda akan membuat persiapan secara selari. Bagi anakanda, peperiksaan amat penting kerana dapat _______________ anakanda selama hampir lima bulan di tingkatan satu. Manakala anakanda akan __________________ pihak sekolah untuk mewakili pertandingan pidato sekali gus _______________________________ sekolah hingga peringkat negeri.

       Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk memohon maaf kepada bonda kerana selepas sepuluh hari bonda tidak membalas e-mel, anakanda telah menaruh ________________ terhadap bonda. Kononnya, menurut pak su, dia pernah ______________ bonda dengan seorang lelaki Inggeris. Anakanda bimbang bahawa bonda akan berkahwin dengan lelaki Inggeris itu. Hasrat anakanda selama ini teguh untuk menyatukan ayahanda dan bonda telah musnah sejak ayahanda berhasrat untuk mengahwini bonda kawan anakanda,iaitu Mak Cik Sofia, bonda kepada Adif. Kini, bonda pula sudah ada kenalan baharu, iaitu lelaki Inggeris. Selepas sepuluh hari bonda tidak ____________e-mel, memang benar pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran anakanda terhadap bonda belakangan ini.Walaupun sudah puas anakanda memikirkannya, masih gagal ____________ kata pemutus. Semakin memikirkan permasalahan yang berada di _______ saya, semakin ___________ kepala saya. Mampukah anakanda mengharungi liku-liku ini dalam waktu yang sama?

Bonda,
       Pada masa itu, anakanda telah meluahkan perasaan yang ___________ kepada Cikgu Julia. Cikgu memberitahu anakanda bahawa jika sesuatu perkara itu ditakdirkan untuk terjadi, manusia tidak dapat mengubahnya walau seinci pun. Yang penting, adalah dengan meneruskan kehidupan dan menunaikan tanggungjawab anakanda sebagai seorang murid. Cikgu ____________ anakanda tidak sepatutnya menghukum bonda dengan mengatakan bonda telah melupakan anakanda. Bonda tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu walaupun jarak antara Iman dengan dirinya beribu-ribu batu jauhnya. Tidak adilnya anakanda sudah melupai pengorbanan bonda terhadap anakanda selama ini.

             Pertemuan antara anakanda dengan Cikgu Julia berjaya melenyapkan keraguan (personifikasi) yang bertapak di hati anakanda.Entah mengapa fikiran anakanda menjadi tenang secara tiba-tiba. Raut wajah Cikgu Julia yang ayu serta kata-kata yang lembut benar-benar memberikan ____________kepada fikiran anakanda. Kini, anakanda berfikiran lebih positif.Sekiranya ayahanda telah membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua dengan pilihan hatinya, anakanda harus berkorban. Anakanda harus berkorban kasih sama ada terhadap ayahanda atau bonda. Anakanda tidak boleh terlalu berharap agar kesemua kehendak dituruti. Sebagai seorang anak yang __________, anakanda harus ___________ kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan bonda dan ayahanda.
         Anakanda telah faham bahawa ayahanda memerlukan seorang isteri untuk menjaganya. Itulah sudah suatu ketentuan dan kehendak takdir yang tidak dapat dihalang. Tiada sesiapa di dunia ini mahu bermain dengan masalah. Begitu juga dengan ayahanda, sungguhpun mengetahui hasrat anakanda, ayahanda tetap menghormati dan berterus terang untuk meminta pandangan daripada anakanda. Itulah tanda kasih sayang ayahana kepada anakanda. Lagi-lagipun, segala cerita daripada pak su masih kabur, anakanda tidak adil telah bersangka buruk dan memutuskan bonda mempunyai hubungan dengan lelaki Inggeris itu. Sekiranya itu ________ bonda dan ayahanda, anakanda harus menerima. Tambahan pula, bonda yang berada keseorangan dan jauh daripada keluarga juga memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. Anakanda tidak patut _____________ ayahanda. Ayahanda ada hak untuk menentukan kebahagiaan dirinya.

Bonda,
         Adif, anak kepada Mak Cik Sofia telah mengunjungi anakanda kelmarin. Dia telah berterus terang dengan bondanya bahawa dia tidak sudi untuk berkongsi dan membiarkan pengganti ayahnya. Dia masih sayang kepada __________ papanya. Menurut bonda Adif, dia akan memikirkan hal ini sedalam-dalamnya hingga sanggup membatalkan rancangan perkahwinan mereka, walhal tiada sesiapa yang _____________ mereka mengubah pendirian. Kata bonda Adif, dia sanggup berkorban untuk memenuhi kehendak anakandanya. Berita terbaharu daripada Adif member segunung harapan (hiperbola) kepada anakanda dan hati bertambah lega.
         Selama ini, anakanda tetap mengikut perasaan dan __________bonda telah menemui pengganti ayahanda. Anakanda mulai ___________ selepas genap sepuluh hari tidak berutusan e-mel dengan bonda. Nenda telah menegur anakanda dengan tegas dan tidak patut membuat tanggapan yang salah terhadap bonda. Menurut nenda, walaupun bonda telah berpisah dengan ayahanda, bonda masih benar-benar sayang akan anakanda dan tidak akan semudah untuk mencari pengganti suami. Sebagai seorang anak, nenda menasihati anakanda lebih baik mendoakan kesejahteraan bonda
       Selepas menerima panggilan telefon bonda baru tadi, alangkah berdosanya anakanda kerana menaruh ______________ terhadap bonda. Anakanda berasa kesalahan kerana menuduh bonda dengan karut ________ bonda mendiamkan diri selama sepuluh hari di hospital ekoran kemalangan jalan raya. Anakanda berasa terlalu dosa dan ________________ menahan sebak. Air jernih anakanda berlinangan dan mengalir dari kolam mata atas kesalahan yang dilakukan selama ini semasa surat ini diutuskan.

Bonda yang dikasihi,
       Pada kesempatan itu, selagi anakanda tidak meluahkan rasa hati anakanda, selagi itulah anakanda rasa bersalah. Ampunkan anakanda yang berdosa dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini. Anakanda bimbang bonda menemukan lelaki lain selain ayahanda. Dari kejauhan, anakanda mendoakan bonda agar cepat sembuh dan rajin-rajinlah mengambil ubat. Hari keesokan merupakan pertandingan pidato yang dinanti-nantikan selama ini. Anakanda pasti akan merangkul kejayaan untuk membalas jasa bonda selama itu. Akhir kata, sampaikan salam sayang dan rindu anakanda kepada bonda. Semoga bertemu dalam lembaran yang lain.
Kasih keluarga jangan disisih,
Keberkatan hidup menjadi sandaran;
Keruh dibuang ambil yang bersih,
Keluargaku menanti penuh harapan.
Sekian, terima kasih.
Anakanda yang jauh,
Iman Zulaikha

Ulasan Cikgu PS,
Surat tidak rasmi – diuji pada tahun 2006 PMR dengan tajuk, usaha-usaha untuk mencapai kejayaan dalam sukan.

Contoh karangan di ats bertemakan kekeluargaan. Tajuk soalan ini tidak mungkin diuji dalam peperiksaan, walhal masih satu teknik untuk memulis surat yang meluahkan perasaan kepada keluarga tentang suatu pengalaman pahit yang dijalani. Maka tajuk soalan ini boleh berbunyi seperti: ceritakan suatu pengalaman yang diharungi kepada …

Perwatakan Iman Zulaikha
-Amat sayang akan ibu bapanya.Bukti: hasrat yang tegar untuk menyatukan mereka dan berazam untuk membina keluarganya yang runtuh.
-Menghormati orang tua. Bukti:walaupun tidak suka akan rancangan bapanya yang mahu berkahwin lain, namun tetap menghormati keputusan bapanya.
- berupaya untuk menghadapi masalah yang berat, Bukti: masalah penceraian ibu bapanya. Pada masa yang sama, masih memikul amanah daripada pihak sekolah untuk menjuarai pertandingan pidato.
Persoalan daripada surat di atas
-perasaan anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa. Buktinya, Iman sering berasa tidak tenteram sejak ibu bapanya bercerai. Fikirannya berkecamuk
- teknologi maklumat mampu mendekatkan hubungan dengan orang yang jauh. Buktinya, Iman dan ibu berhubung melalui e-mel, bapanya sering menelefon Iman walau di mana-mana sahaja dia berada.
-setiap anak wajar menghormati ibunya dan tidak menaruh prasangka buruk. Buktinya; iman akhirnya sedar bahawa dia tidak wajar berprasangka bahawa ibunya sudah melupakannya dan mempunyai rakan lelaki yang berbangsa Inggeris.

kosa kata
Walhal 1. padahal, sedangkan, dlm pd itu: sehingga hari itu, zakat harta dikenakan pd petani sahaja ~ yg wajib mengeluarkannya bukanlah petani sahaja; 2. meskipun, sungguhpun: belum puas lagi Ani melihat gambar yg tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia melihatnya.
telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. menelah mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung, menilik, meramal¬kan
berkecamuk1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya;
solehah(solĂ©hah) Ar taat dan patuh kpd pe¬rintah Allah (digunakan khusus bagi pe¬rempuan): doa saya semoga puan menjadi isteri yg ~; itulah hasil didikan drpd seorang ibu yg ~.
Berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan;
Rahmat Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; di¬pohon¬kan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup pada¬nya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, meng¬anugerahi, mengurniai.
IlahiAr 1. Allah: takdir ~; 2. = ya ~ ya Tuhanku.
benak I 1. sumsum (isi tulang): ~ tulang; 2. = otak ~ otak (isi kepala): yg pasti dlm ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu; menghisap (mencarak, mencucup)
waima Ar sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.
terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, (ber¬¬ge¬rak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak.
Menemukan 1. = mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. mendapati atau menjumpai (sesuatu yg tersembunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi;
menemui1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men¬ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter¬lalu polos dan kurang mengerti akan ke¬mung¬kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya;

lapang fikiran tidak diganggui, tenang; lapang hati a) berasa senang dan lega; b) sabar;

copyright reserved, who wanna to print out, please inform me by leaving a private msg to serenephong@live.com

Mayday

Im in a pretty pickle
after being hospitalized for a pain in heart
i get a bill of pink health from doctor
some students kept asking me, when will be back to school
i cant answer

perhaps..it wont be
if i get the transfer to other school in the reason of health problem

as u noe
i m too tired

sure ..
u make it
i haven't worked up the nerve to face my plight
perhaps
my star still be there
acting like lovey-dovey in the dim of the night

latihan tatabahasa tuition set 1

B: kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan
1. Setiap rakyat Malaysia hendaklah fasih bertutur dalam Bahasa Melayu untuk menunjukkan percintaan mereka terhadap bahasa resmi negara.

2. Matlamat sekolah mengadakan program gotong royong adalah untuk meningkat semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

3. Adik mengisi air ke dalam botol plastik itu untuk dibawakan semasa ekspedisi ke Gua Tempurung.

4. Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antara bangsa telah mendapat pujian dari pelbagai pihak.

5. Pada abad ke-lima belas negeri Melaka telah diserang dan terjajah oleh Portugis.

6. Pencapaian akedemik golongan pendidikan khas perlu diberi perhatian untuk bantu kanak-kanak istimewa.

7. Kursus masakkan yang diadakan pada setiap petang hari sabtu dijalani oleh guru-guru kemas.


C: Kesalahan tatabahasa dan istilah
1. Deretan rumah-rumah kedai yang terletak di sisi jalan masuk ke kampong ini musnah akibat kejadian kebakaran pada
petang semalam.

2. Pemupukan budaya nasional telah kerajaan laksanakan secara berterusan dan bertingkat-tingkat sebagai satu strategi untuk memantapkan ekonomi negara.

3. Galeri kraf tangan akan mengadakan mini bengkel untuk melahirkan pembina kraf tangan yang kreatif dan produktif.

4. Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.

5. Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul.

6. Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan pendapatan negara.

7. Novel remaja itu telah dibaca berulang-ulang kali oleh saya.

8. Pengetua sibuk menyediakan kata-kata aluan untuk majlis perasmian hari anugerah kecermelangan kurikulum sekolah.

9. Suasana rumah Pak Awang agak riuh-rendah bila anak cucunya berkumpul.

10. Kami bukan pedulikan tuduhan yang mereka lemparkan bagi mengelakkan pertelingkahan.

11. Setelah menjalankan kajian selama berbulan untuk mencari penawar bagi wabak yang menyerangi kanak-kanak.

12. Bandaraya Kuala Trengganu bermandi cahaya sempena Tahun Melawat Trengganu.

13. Saya akan berkorban apa sahaja demi untuk ibu pertiwi yang tercinta.

14. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering menjadi tempat penumpuan pelancung dari negara luar.

15. Melalui soal selidik itu, ahli sains akan berjaya membongkarkan kebesaran kuasa Tuhan.

16. Perlaksanaan peraturan beliau itu mendapat tentangan daripada orang ramai.

17. Manusia yang hanya bergantung kepada nasib tanpa menggerakkan kuadrat mereka tidak mungkin maju di dalam kehidupan.

18. Wakil Rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ.

19. Salina menggunakan e-mail untuk menyampai mesej kepada rakan-rakannya.

20. Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.

Peribahasa Untuk Sekolah Menengah

Check out this SlideShare Presentation:

Wednesday, January 12, 2011

voyage

some students will be wondering, why i absent from school ..
even some will be leaping jubilantly

frankly
i try to solve it
i try to soothe

jz 2nd weeks
but i attempt to skip from my duty
finding my own life
u wont get it

u r the bring me to ...
u r also the one bring curiosity

one day
u will be realized
shouldn't treat a guardian in this way

what wrongs going on?
what in the penny of your thought?

ICE sky i barely find my star,
i m in summer
but u bring me enter the winter

if want me to leave forever
i will
and only choose the way

VOYAGE
2011...i hope my babie still get it for my BM class
if i can
if god bless me
if i still can stand


crossed my finger

i only wanna my life indulged in happiness n serenity
as well
bring happiness to my beloved babie

spot questions PMR 2011

karangan panjang

bentuk esei yang kurang penting akan diuji pada tahun 2011:

1. syarahan
2. laporan

yang penting ialah:

1. surat tidak rasmi
2. surat rasmi
3. pendapat/perbincangan

tajuk soalan: untuk bulan Jan dan Feb ..cubalah fokus kepada:

1. punca kesesakan lalu lintas dan langkah-langkha untuk mengatasi masalah itu.

anda boleh cuba ... good try

BM = Best Method of Learning is forgiving: kertas 2: bahagian A dan B

BM = Best Method of Learning is forgiving: kertas 2: bahagian A dan B

kertas 2: bahagian A dan B

PMR BAHASA MELAYU KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Bahan rangsangan terdiri daripada gambar tunggal. gambar bersiri dan bahan grafik.
2. Baca arahan dan tugasan dengan teliti. kenal pasti kehendak soalan dan bilangan p.p.
3. Soalan ada yang berbentuk umum dan ada yang berfokus.
Contoh: Huraikan pendapat anda tentang aktiviti riadah.(umum) Huraikan kebaikan-kebaikan aktiviti riadah. (khusus)

TEKNIK PENULISAN:
1. Tulis dalam bentuk esei biasa iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan.
2. Berikan satu hingga tiga isi sahaja dan dihuraikan dalam 3 hingga 4perenggan sahaja.
3. Isi luaran berdasarkan perkara yang dilihat dalam gambar boleh dijadikan pendahuluan.
4. Sekiranya diberikan isi dalam bahan rangsangan, sebaik-baiknya gunakan isi tersebut, kemudian barulah dimasukkan isi tambahan.
5. Esei yang tiada penutup, markah maksimum hanya 15 sahaja.
6. Jumlah perkataan tidak boieh melebihi 120 p.p. atau sehingga ayat terakhir yang mengandungi perkataan yang ke-120 itu tamat.
7. Bahasa grarnatis, tanda baca dan ejaan mestilah digunakan dengan betul
8. Gunakan penanda wacana dan frasa indah yang sesuai.
9. Pengiraan bilangan patah perkataan. Kata-kata berikut dikira sebagai satu patah perkataan:
i. kata nama khas
ii. kata sendi nama di dan ke
iii. angka atau nombor
iv. kata ganda
v. kata majmuk apitan misalnya penguatkuasaan

Panduan Menjawab ringkasan
A. Memahami Maksud Petikan dan Kehendak Soalan
1. Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah memahami maksud keseluruhan petikan asal dengan sebaik-baiknya.
2. Hal ini dapat anda lakukan dengan membaca petikan asal itu beberapa kali atau sekurang. kurangnya dua kali.
3. Semasa membaca petikan asal itu, anda juga perlu memastikan kehendak soalan.
4. Kehendak soalan dapat diketahui melalui kata kunci dan skop soalan yang terdapat dalam arahan soalan.
5. Antara frasa yang biasa digunakan bersama-sama kata kunci ialah
(a).. .tulis sebuah ringkasau tentang usaha-usaha.
(b). . .tulis sebuah ringkasan tentang faktor.faktor.
(c).. .tulis sebuah ringkasan tentang kesan-.kesan
(d).. .tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah
(e). . .tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca
(1).. .tulis sebuah ringkasan tentang masalah-masalah
(b). . .tulis sehuah ringkasan tentang faedah-faedah

B. Mengenal Pasti Isi-isi penting
1. Semasa membaca petikan, kenal pasti dan garis isi-isi penting yang berkaitan dengan kehendak soalan.
2. Namun demikian, sebaik-baiknya isi-isi penting itu anda catat dan susun mengikut urutan.
3. Pastikan anda memperoleh sekurang-kurangnya lima isi penting dalam petikan.

C. Menulis Ringkasan Karangan
1. Ringasan ditulis dalam perenggan sahaja.
2. Bina ayat -ayat anda berdasarkan arutan isi penting yang sudah auda catatkan tadi.
3. Isi yang anda kemukakan itu perlu disusun dengan teratur dan lancar.
4. Perlu ada pengenalan dalam awal perenggan tetapi tidak perlu ada penutup.
5. Elakkan menulis perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan asal atau pendapat atau kesimpulan anda sendiri dalam ringkasan itu.
6. Ayat-ayat yang anda bina itu pula harus ringkas, tepat, dan padat. Hal ini demilkian untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa.
7. Anda tidak boleh menyalin bulat-bulat ayat daripada petikan tanpa mengubah perkatuan, struktur dan frasa. Cara yang paling mudah untuk menggunakan perkataan sendiri adalah dengan menukar satu perkataan sahaja dalam isi yang diambil dari petikan.
8. Untuk menunjukkan kesinambungan antara isi dengan isi atau antara ayat yang lain, gunakanlah penanda wacana yang sesuai seperti contoh yang berikut : - Di samping itu, justeru, oleh itu, selain itu, seterusnya, tambahan pula, rentetan itu,
9. Kebiasaanya setiap petikan mengandungi 8 hingga 10 isi. Calon digalakkan menulis seberapa banyak isi yang ditemui, asalkan
sahaja tidak melebihi 80 patah perkataan.

D Menyemak Ringkasan
1. Apabila selesai menulis ringkasan , semak ringkasan anda secara keseluruhan. Perkara-perkara yang anda semak ialah aspek
tatabahasa, ejaan, dan tanda baca.
2. Ditulis tidak melebih 80 patah perkataan atau sehingga ayat yang mengandungi perkataan yang ke 80 selesai.
3. Pengiraan bilangan patah perkataan. Perkataan dikira sebagal satu perkataan ialah :-
(a) kata nama khas Kementerian Pelajaran Malaysia
(b) kata majmuk: atur cara
(c) kata sendi nama di dan ke di sekolah, ke kedai
(d) Angka yang ditulis dalam perkataan : Lapan ribu lapan puluh Japan
(a) Kata ganda Bertiga-tiga
(1) Tarikh:l Ogos2O11
(g) Gelaran: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
4. Akhir sekali, catat jumlah kata ringkasan anda di sudut kanan, yakni di bawah ringkasan tersebut. Jumlah kata hendaklah
ditulis di dalam kurungan ( ).
5 Namun, sekiranya jumlah kata melebihi arahan yang ditetapkan, buang katĂ  yang tidak penting.,

Panduan Menjawab Pemahaman
1. Semua.jawapan mesti dalam ayat Iengkap, kalau tidak markah hanya separuh daripada markah yang telah dapat.
2. Soalan satu hendaklah dijawab berdasarkan bilangan perkataan yang diminta untuk menjelaskan maksud, iaitu sekiranya satu patah perkataan diberikan untuk menjelaskan maksud,jawapan juga harus satu perkataan sahaja.
3. Jawapan soalan dua harus dicantum petikan dan mesti ada dua isi.
4. Jawapan soalan tiga mesti ada dua isi dan biasanya tidak terdapat dalam petikan.

Thursday, January 6, 2011

latiihan peribahasa 1

D: Peribahasa ( cuba dulu..answer will be posted later.)
1. Choong dan Raja dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.

2. Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.

3. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.

4. Aiman membuat kerja yang disuruh oleh ayahnya sambil lewa sahaja. Dia melakukannya hanya kerana terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh. Sikapnya bagai
Mepaskan bauk di tangga
5. Jamal telah membuka kedai perabotnya sendiri setelah bekerja di kedai Haji Sapudin sekian lama. Sikap Jamal itu ibarat
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
6. Kawasan melupuskan sampah itu akan dipindah ke tempat lain selepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat.

7. Encik Tan memarahi anaknya kerana merokok tetapi dia sering merokok di hadapan anak-anaknya. Sikapnya samalah seperti

8. Air digenggam tiada tiris=

9. Danial berazam untuk menjadi seorang doktor tetapi dia tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Peribahasa ini ialah

10. Oleh sebab Ali telah melakukan suatu perbuatan yang tidak baik, semua keluarganya telah mendapat malu. Keadaan ini diibaratkan

New Semester

new schooling is started
this year, a bit relaxing for me
due to quite a number of teachers are posted, my tasks are releasing
well, perhaps they knew that i m waiting for my borning star

Hiak, hiak, this yr a bit warmness
my cutie students are tiger, tigeress
well, this my 3rd yr teaching f1 bm in jit sin
hmm, i hope this my LAST LAST LAST YEAR too

nice to meet my cutie students
its like unity
well, u ll noe the reason why i say rite this, ??

2011..will be a marvellous year
seems some of the students are familiar,
well..even 2 of them are whole life vegetarian diet
hiak, hiak..so nice, that why i felt familiar to those faces

2010.. well..still in my memory
for those my past lovely stu
believe me, u ll always in my mind forever
u noe.. rite..
kambatei, strive for ur study
me..as a guardian will lighten a candle for u
anythg happen..u ll always my beloved babie

2011..yeap, yeap, i promise to u all ..rite

LESS HOMEWORK
NO SCOLDING
NO HARPING ON
NO GRUMBLING

only fun will be
only love will be..to hate
sure, believe me
crossed my finger