Friday, September 3, 2010

peribahasa dalam karangan fakta

1- Punca pengangguran siswazah dapat dikenal pasti bak kata pepatah, “ada angin ada pokoknya”.
Maksud frasa: Setiap masalah tentu ada sebabnya


2- Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, “kalau tiada angin bertiup masakan pohon boleh bergoyang”, bencana alam tentu akan mendatangkan kesan ekonomi dan masyarakat negara.
Maksud frasa: Setiap tindakan pasti mendatangkan kesan.

3- “Tak tumbuh, tak melata”, kesan buruk rancangan realiti di televisyen memang ada asasnya.
Maksud Frasa: Kalau ada yang bercakap, tentu ada benarnya.

4- Perancangan perlu dibuat terlebih dahulu kerana kita tahu bahawa “malang tidak berbau”.
Maksud Frasa: Kita perlu senantiasa beringat kerana bencana boleh menimpa pada bila-bila masa saja.

5- “Zaman beralih, musim bertukar” kenderaan Proton dan Perodua pada masa kini sering bertukar bentuk dan fesyen untuk menarik perhatian pembeli.
Maksud Frasa: Perubahan pasti berlaku mengikut peredaran masa.

6- “Sekali air bah, sekali pantai berubah”, corak pemerintahan bertukar wajah selepas negara kita mencapai kemerdekaan.
Maksud Frasa: Perubahan berlaku ekoran perubahan pucuk pimpinan.

7- “Ada gula, adalah semut” Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing kerana peluang pekerjaannya yang banyak.
Maksud Frasa: Di mana ada rezeki, pastinya di situ ada banyak orang.

8- Kafe siber wujud dengan banyaknya, “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”.
Maksud Frasa: Sesuatu yang mencul dengan banyak pada suatu masa yang sama.

9- “Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam”, pelbagai rancangan hiburan disiarkan untuk memenuhi kegemaran individu yang berbeza.
Maksud Frasa: Tiap-tiap orang mempunyai perangai, kegemaran, kecenderungan dan kemahuan yang berbeza.


10- Adat resam dan budaya kita ialah norma masyarakat yang, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
Maksud Frasa: Sesuatu yang tahan diuji zaman (contoh: lagu-lagu Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan penyanyi era 70-an Datuk Andre Goh – anda pernah dengar? Boleh cuba dengar dari klip video di bawah)

11- Jangan ada di antara kita yang serba-serbi malas ibarat, “hidup segan, mati tak mahu"
Maksud Frasa: Keadaan yang melarat.

12- Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Ungkapan di atas menyerlahkan betapa pentingnya budi bahasa seseorang pada pandangan masyarakat.
Maksud Frasa: Budi bahasa adalah sesuatu yang terpuji dalam diri manusia.

latihan tatabahasa cuti sekolah

Latihan Set 1: 4-9-2010(jawapan dijumpai pada 13-sept-2010)

1.Oleh sebab dahan pokok itu banyak kerengga, abang telah ______ dahan pokok rambutan itu.
A. menutuh
B. menakik
C. memangkas
D. mencantas

2.________ Pak Kassim membesarkan anak-anaknya berbaloi apabila mereka pandai membalas budi ketika dia meningkat tua.
A. Jerih susah
B. Jerih perih
C. Susah hati
D.Susah senang

3. _________ sedang memeriksa akaun Syarikat Bfast Management yang baru ditubuhkan itu.
A. Juruaudit
B . Jurukira
C . Jurujual
D . juruwang

4. Nasi yang dimasak oleh kakak menjadi __________ kerana terlebih air.
A. lembek
B. lembut
C. empuk
D. benyek

5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu ____________jamuan sempena majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.
A. mengadakan
B. menawarkan
C. melakukan
D. menyusunkan


6. Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 __________ oleh seluruh lapisan masyarakat.
A. dilaung-laungkan
B. dialu-alukan
C. diuar-uarkan
D. diwara-warakan


7. Suatu __________ akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spesies burung di negara ini.
A. penelitian
B. penyiasatan
C. penyelidikan
D. pemeriksaan



8. Peserta bengkel Bahasa Melayu __________ pandangan menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.
A. berbantah-bantah
B. berbalas-balas
C. berubah-ubah
D. bertukar-tukar

9. Persembahan drama itu_____________ tema kepentingan memelihara alam sekitar.
A. menjelaskan
B. menampilkan
C. menunjukkan
D. merakamkan

10. Tuanku Abdul Rahman merupakan__________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita daripada British.
A. negarawan
B. bangsawan
C. sejarahwan
D. cendekiawan

soalan 11 - 34 mungkin betul dan mungkin salah. Cuba nyatakan kesalahan dan betulkan kalau terdapat kesalahan.

11. Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal dikemukankan kepadanya.

Jawapan: ________________

12. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap orang yang melakukan kebakaran terbuka, terutamanya pada musim kemarau ini.

Jawapan:_______________

13. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda.

Jawapan:___________

14. Bercucuran air mata Puan Maimunah semasa menyambut kepulangan anaknya dari perantauan.

Jawapan:___________

15. Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan.

Jawapan:_______________

16. Surat pekeliling dari Kementerian Pelajaran Malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.

Jawapan:_________________

17. Pihak koperasi hanya boleh membuat pembayaran apabila mendapat borang penerima bayaran daripada pembekal.

Jawapan:

18. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia
dianggap tugas yang mulia.

Jawapan:

19. Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan yang sihat dan rezeki yang melimpah.

jawapan:

20. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

jawapan:

21. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

22. Sementara menanti ibu bersiap dan berdandan, ayah mengelap kasutnya sehingga kelihatan berkilat.

23.Tragedi tanah runtuh yang mengerikan itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pemaju yang mengabaikan asek keselamatan.

24.Pertemuan bukti-bukti di dalam gua itu mengesahkan bahawa telah wujud pertempatan manusia di situ sejak dari zaman ourba lagi.

25. Akibat kegawatan ekonomi, lepasan universiti sekarang menghadapi masalah untuk memperolehi pekerjaan.

26. Untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita amat memerlukan pembangunan rohani, selain daripada pembangunan material.

27.Dalam upacara perlantikan Bendahara, Raja dan Permaisuri bersemayam di atar singgahsana yang giling-gemilang itu.

28. Sebaik sahaja aduan diterima daripada ketua pengawas, Cikgu Norlizan akan berkejaran ke kantin sekolah untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar yang sakit itu.

29. Tugu Negara dibina sebagai memperingatkan jasa para pahlawan yang gugur ketika berjuang menentang musuh.

30. Keluarga Aminah belum pasti sama ada hendak ke pasar mini atau pasar raya.

31.Kadar penurunan jumlah kenderaan yang pesat menyebabkan masalah kesesakan jalan raya semakin sukar dibendung.

32. "Aduh, malang sungguh masib anakku yang satu ini!" rintih Mak Siti kepada Pak Lebai Malang.

33. Ibu sering termenung apabila terkenang kepada arwah ayah yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit jantung.

34. Affandi tidak dapat berkata apa setelah ditengking oleh gurunya.

35- 50 Latihan kata ganda

35. Muda-mudi di pusat hiburan itu masih menari_______ tanpa menghiraukan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis.
A. termangu-mangu
B. terkinja-kinja
C. terhenjut-henjut
D. terhuyung-hayang

36. Kehidupan lima beradik itu_______ selepas kematian ibu bapa mereka.
A. kelam-kabut
B. huru-hara
C. riuh-rendah
D. terumbang-ambing

37. Pak Ahmad lari ________ apabila dikejar oleh anjing.
A. terkinja-kinja
B. lintang-pukang
C. gegak-gempita
D. kejar-mengejar

38. Pada hari Isnin yang lalu, Mazlan berjalan__________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh.
A. terkial-kial
B. terseret-seret
C. terhincut-hincut
D. terlompat-lompat

39. Harisa_____ ketika namanya dipanggil oleh Cikgu Salmah kerana dia sedang berkhayal.
A. teraba-raba
B. terfikir-fikir
C. terpinga-pinga
D. terpisat-pisat

40. Semua pelajar ketawa________ ketika Cikgu Ramli bercerita tentang peristiwa lucu pada zaman silamnya.
A. mengilai-ngilai
B. mengerdip-ngerdip
C. mengekek-ngekek
D. mengengsot-ngensot

41.Abang berjalan ________ keranan kakinya terpijak paku pada pagi tadi.
A. terkinja-kinja
B. terhingut-hingut
C. terhanguk-hanguk
D. terhincut-hincut

42. Setiap kali tibanya musim perayaan, orang ramai akan datang _______ membeli-belah di pasar raya.
A. berpusu-pusu
B. berduyun-duyun
C. berasak-asakan
D. bertimbun-timbun

43. Adik Kamil_______ apabila melihat ayah dan ibu baru pulang dari kedai.
A. terlonjak-lonjak
B. terjingkit-jingkit
C. terhincut-hincut
D. terjatuh-jatuh

44. Punca keruntuhan bangunan kedai tiga tingkat itu masih lagi_______ hingga hari ini.
A. mentah-mentah
B. kusut-masai
C. kacau-bilai
D. samar-samar

45. Walaupun ketiadaan guru, keadaan kerusi dan meja di kelas Amin tidak _______
A. caca-marba
B. lintang-pukang
C. kusut-masai
D. simpang-siur

46. Budak itu sedang _______ di taman bunga sambil menyedut udara bersih.
A. bermain-main
B. berlumba-lumba
C. bersiar-siar
D. bersorak-sorak

47. Mulut bomoh itu___________ ketika membaca mantera sambil menyebut sesuatu yang kurang jelas kedengaran.
A. kumat-kamit
B. bengkang-bengkok
C. herot-perot
D. kucar-kacir

48. Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani memang ___________ dan berpatutan harganya.
A. gemuk-gemuk
B. segar-bugar
C. liuk-lentok
D. cantik-cantik

49. Saya tidak akan mempercayai cerita Sally yang ________ itu.
A. caca-marba
B. desas-desus
C. calar-balar
D. karut-marut

50. Haris________ semasa memandu kerana terlalu menggantuk.
A. terhangguk-hangguk
B. tersengguk-sengguk
C. terpisat-pisat
D. terhuyung-hayang

Tuesday, August 31, 2010

contoh karangan

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.


Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.


Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

latihan karangan

Tajuk :
Warga tua sering tidak diendahkan oleh golongan remaja. Huraikan cara yang terbaik untuk mendidik remaja agar menyayangi warga


Pendahuluan
- Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan
tidak harus diabaikan atau dilupakan.
- Warga tua merupakan golongan yang pernah berjaya kepada
keluarga dan negara.
- Namun begitu tidak semua warga tua bernasib baik dan
mengalami pelbagai masalah seperti uzur, nyanyuk dan
penyakit yang berbahaya.

Isi 1
- Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak
- Ibu bapa perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap
orang tua kepada anak-anak mereka.
- Secara tidak langsung, anak-anak akan menghormati dan
menyayangi warga tua.

Isi 2
- Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan bukan
sahaja pada hari raya.
- Dapat mempereratkan hubungan antara remaja dan warga tua.
- Warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu mereka
pulang menziarahi mereka.
- Remaja akan sedar kepayahan serta kesunyian warga tua.

Isi 3
- Mengada dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan
generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua.
- Adakan kempen melalui Hari Ibu dan Hari Bapa, generasi muda
akan membawa ibu bapa mereka berjalan dan sebagainya.
- Melalui kempen ini akan timbul perasaan simpati, kasih sayang
dan hormat golongan tua.

Isi 4
- Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam
jiwa generasi muda.
- Mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya
mendengar rungutan warga tua.
- Dengan adanya sikap begini, mereka dapat mengasihi dan
menjaga keperluan warga tua dengan baik.

Isi 5
- Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga.
- Hubungan antara murid dengan ibu bapa dan guru dapat dieratkan.
- Melalui cara ini juga para murid dapat belajar bagaimana untuk memenangi dan menghormati warga tua.
- Secara tidak langsung, mereka akn mengamalkan sikap begini walaupun mereka sudah deawsa.

Isi 6
- Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik remaja.
- Banyakkan cerita-cerita berunsurkan masyarakat penyayang.
- Contoh Majalah Wanita, Televisyen dan radio.
- Menyedarkan remaja akan pentingnya menghormati warga tua.
- Beri pengajaran agar mereka tidak mengabaikan warga tua jika tidak mahu diabaikan apabila tua nanti.

Penutup
- Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya.
- Kita tidak seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga dan negara.
- Kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan menjadi tua seperti mereka.
- Adalah kita mahu dilakukan sedemikian rupa? Jawapannya tepuk dada tanyalah selera.

Jawapan ringkasan - Kebaikan menggunakan internet dalam pendidikanwapan ringkasan-

Isi penting- kebaikan menggunakan internet dalam pendidikan

( after trying few time, this is the first time with the least points....So sometimes, be alert, but my advice.. this condition impossible coz most of the exercises got more than 8 points.)


1.menyediakan pelbagai sumber maklumat dan khidmat pendidikan yang bersifat luas dan berharga.
2.Perpustakaan elektronik yang membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka
3.Menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti seperti…
4.Laman web dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang 5.dilaksanakan di sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah
6.Membolehkan sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan

Pemahaman


1. Rangkai kata ini bermakna aktiviti membuka atau melihat laman web lucah.

2.
(a) pelajar dan guru dapat maklumat tanpa sempadan
(b) pelajar dan guru boleh mengakses sumber maklumat di pepustakaan maya
(c ) pelajar dan guru boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti

3.
(a) Tidak wajar keranan pelajar akan menyeleweng kemudahan internet dari tujuan asal seperti
melayari laman web lucah.
(b) pelajar akan mencari kenalan bukannya mencari maklumat seperti yang disuruh oleh guru.

Saturday, August 28, 2010

esei berpandu-peranan media

Dalam ledakan arus permodenan, peranan media acapkali dipertikaikan dari bibir ke bibir umat sarwajagat. Oleh itu, rencam peranan media yang menunjangi agenda aktuil ini seyogianya ditelaah hingga akar umbinya. (28)

Afdalnya, media berperanan penting sebagai penggerak mencapai matlamat negara. Media berperanan menggazet kempen dan iklan berkaitan dengan dasar yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Wadah ini diibaratkan serampang dua mata untuk menyampaikan mesej kerajaan sekali gus merealisasikan cita-cita murni nusa tercinta menjadi satu realiti. (42)

Ghalibnya, wahana ini sebagai pemangkin untuk melaporkan isu semasa yang berlaku di seantero pelosok dunia. Di samping, sebagai mekanisme yang relevan untuk menyuarakan pendapat masyarakat umum.Rentetannya, ilmu pelita kalbu dimartabatkan justeru sebagai saluran untuk perkongsian idea antara masyarakat sarwajagat. (38)

Tuntasnya, media bersifat jitu dan signifikan untuk memacu kegemilangan negara dan bangsa. (12)

120 patah perkataan (Tan Jie Yi 1H)

Marcapada ini, peranan media menjadi polemik aktuil yang glamor dalam dunia kosmopolitan ini. Oleh itu, peranan media yang signifikan wajar ditelusuri hingga inti sarinya. (23)
Dominannya, media dapat menwartakan dasar kerajaan agar melakukan anjakan paradigma masyarakat ke arah memacu kegemilangan sesebuah bangsa, sekali gus berperanan sebagai penggerak untuk menggapai matlamat sarwajagat agar menterjemahkan cita-cita murni sebagai realiti.Walhal berusia satu jagung, namun Malaysia kini dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara kuasa besar lain. (49)
Afdalnya, media pemangkin menyebarluaskan isu glabalisasi di seantero dunia. Bagai serampang dua mata, wahana ini meminimumkan segala kos perbelanjaan, justeru menempa tabir baharu dalam percambahanan ilmu dan maklumat kontemporari tanpa sempadan.(30)
Deduksinya, inovasi media seyogia konsisten melalui sinergi semua pihak. Ayuhlah Malaysia pencipta teknologi dan bukan sekadar pengikut teknologi lagi.(19)

121, 1F Lim Jie Sim


Mutakhir ini, isu tentang peranan media tidak lekang dipropagandakan oleh lapisan masyarakat kontemporari. Oleh itu, peranan media seyogianya ditelusuri hingga akar umbinya pada pascamodenisasi ini. (25)
Afdalnya, media sebagai wadah untuk mencambahkan ideologi dan mencanangkan dasar kerajaan yang bertujuan untuk mengeratkan silatarahim antara kerajaan dengan rakyat. Seterusnya, bagai pemangkin untuk menyajikan hasrat negara agar menjulang nama negara di persada dunia. Ayuhlah negara kita kini dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain yang telah lama mendominasi dalam bidang teknologi. (54)
Ghalibnya, media juga wahana penyalur suara masyarakat sarwajagat. Selanjutnya, prasarana ini mencetus dunia tanpa globalisasi untuk melaporkan isu di sejagat dunia. Wadah ini bagai sambil menyelam minum air dalam memacu kesejahteraan dan permodenan global.(33)
Intihanya, media kini menghamparkan landasan keimanan justeru memacu arus kemodenan. (10)

122 Lean Wei Ren (1H)

esei panjang-gaya hidup sihat untuk menghindari penyakit berbahaya

Peningkatan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat pada hari ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam. Berikan pendapat anda.
1G : Emerlyn Ng Yee Theng


Dalam menyingkap alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolok, anjakan paradigm masyarakat sarwajagat kian dimanifestasikan. Namun, hamper saban hari, kita masih dimomokkaan oleh pelbagai penyakit yang berbahaya.(A1) Senarion ini amat merunsingkan memandangkan negra kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan yang utuh. (A2). Realitinya, pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk menwujudkan persekitaran konduksif, namun usaha ini bagai melepaskan batuk di tangga.(A3).Oleh itu, usaha-usaha dan punca yang menunjangi persoalan ini wajar diperincikan hingga akar umbinya.(A4)



Afdalnya, penyakit yang kronik seperti kanser, diabetes, darah tinggi berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang (A1) Amalan seperti pengambilan makanan yang berkolesterol dengan banyak tidak patut dipandang enteng kerana boleh menyebabkan bahana seperti masalah obesiti dan tekanan darah tinggi.(A2) Ironinya, tabiat bersenam makin dikikiskan dek kesibukan umat sarwajagat dalam melayarkan bahtera hidup.(A3) Natihajnya,proses perkumuhan melalui pengeluaran peluh dan toksid berlebihan dari badan tidak dapat dijalankan dengan lancar.(A4) Rentetannya, daya tumpuan dan daya penaakulan dalam tugasan, sekali gus dalam pembelajaran akan terbobrok semasa individu itu menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau. (A5)


Meninjau dari perpektif lain, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah, pergaulan bebas dan minum arak beralkohol juga menyumbang kepada kebejatan dalam kesihatan.(A1) Hal ini disebabkan rokok mengandungi banyak bahan kimia seperti tar dan nikotin yang memudaratkan organ dalam badan, justeru membawa penyakit seperti kanser paru-paru, sesak nafas, lelah dan sindrom lain. (A2) Izharnya, minuman keras akan melumpuhkan organ susuk badan, sementelahan menjejaskan fungsi sistem immunisasi dan daya antibodi seseorang individu.(A3) senario ini amat merunsingkan memandangkan negara kita sedang memacu kegemilangan untuk merealisasikan Wawasan 2020.(A4) Dengan itu, masalah yang membelenggu masyarakat wajar dibanteraskan dengan semangat kekitaan yang “tak laput dek hujan, tak lekang dek panas.”

Selain itu, makanan segera yang menjadi polemik glamor oleh masyarakat kontemporari juga menjadi pemangkin kepada kemelut ini. (A1)Makanan segera yang disediakan oleh restauran francais berdasarkan makanan rendang yang berminyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang mengakibatkan bahana yang tidak berperi. (A2) Di samping itu, segelintir pengusaha makanan tidak mengelolakan cara penyelenggaraan dan pemantauan yang teliti semasa menyediakan makanan. (A3) Natijahnya, makanan yang dihinggapi oleh bakteria dan kuman bawaan penyakit akan membobrokkan fenomena ini lagi. (A4) Oleh itu, usaha sinergi daripada masyarakat jagatraya untuk mewujudkan persekitaran konduksif wajarlah diterapkan demi kebaikan bersama. (A5)


Walakin begitu, gaya hidup yang sihat seperti pengamalan makanan seimbang dapat meloloikan belenggu ini. (A1) Pemakanan seimbang berkiblatkan makanan pyramid dan ditunjangi dengan makanan yang seimbang seperti protein, karbohidrate, vitamin,mineral dan air yang mencukupi akan menzahirkan modal insan yang sempurna dari segi fizikal. (A2) Lain daripada itu, penjagaan kebersihan baik dari segi lahiriah, mahupun batiniah amatlah diperlukan. (A3) Wadah ini akan menangkis sebarang onak duri-duri hidup, sekali gus menghindari penjangkitan penyakit. (A4) Oleh itu, gaya hidup sihat seperti senaman secara berkala, permakanan seimbang, kebersihan diri akan melahirkan keluhuran peribadi dan bersahsiah tinggi dek “ badan cergas, otak cerdas.”

Kontradiksinya, penerapan nilai murni melalui pendidikan wajar dititikberatkan. (A1) Pemugaran sistem pengajaran dan pembelajaran melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Moral dan agama sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur hemah tinggi, cinta akan diri. (A2) Anjakan paradigma dalam generasi mutakhir amat penting untuk menjana modal insan yang menjulang nama negara di persada dunia. (A3) Pendidikan agama dan Moral adalah antara mata pelajaran yang paling relevan untuk memupuk anak watan pewaris bangsa agar menjaga gaya hidup sihat. (A4) Pendidikan agama dapat membentuk jiwa raga yang patuh kepada hidayah dan taufik agama, justeru beristiqamah kepada ajaran Tuhan. (A5)

Sudah terang lagi bersuluh, lantaran sikap kealpaan masyarakat telah menjadi penyumbang kepada peningkataan kadar penyakit berbahaya.(Rumusan) Oleh itu, orang yang mengamalkan prinsip hidup ’enau dalam beluka, melepaskan pucuk masing-masing’ tidak akan hidup bahagia sama ada di dunia ataupun akhirat. (cadangan)
semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani kemelut ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. (harapan) Usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya agar menggapai impian Wawasan 2020. (penegasan)





Tan Jie Yi (1H)
Dalam menyingkap tabir alaf baharu, isu tentang peningkatan penyakit berbahaya acapkali dimomokkan dari bibir ke bibir umat sarwajagat. Penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser makin menular bagai api dalam sekam. Namun, masyarakat mutakir masih memandang enteng terhadap kemelut itu. “Keruh air di muara pasti bermula dari hulunya.” Oleh itu, akar umbi permasalahan dan prakrasa mesti dicari gali dan diselami secara teliti untuk kebaikan sinergi.
"

Ada angin ada pokoknya.” Penyakit tersebut tidak merebak secara halimun tetapi perdananya berpunca daripada amalan kehidupan sehari-harian. (A1) Masyarakat kini raghib mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi seperti ayam rendang, burger, ubi kentang dan makanan barat yang disajikan di restauran francais yang tersohor di seantero dunia. (A2) Senario ini telah menyebabkan kalangan masyarakat kontemporari tidak mengamalkan tabiat permakanan secara berkala, sekali gus memudaratkan kesihatan mereka lantaran permakanan yang tidak seimbang. (A3) Ironinya, umat mutakhir ghairah mengambil ledakan makanan ringan dan minuman berkarbonat yang semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu tubuh badan sahaja. (A4) Sehubungan itu, makanan rutin yang berdasarkan makanan piramid dengan pengambilan makanan seimbang dan berzat wajar diambil sejak kecil lagi kerana kesihatan aset kebahagiaan. (A5)


Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman beralkohol, pergaulan bebas turut sebagai penyumbang kepada masalah itu. (A1) Fenomena itu akan menjahanamkan kesihatan mereka, di samping merapuhkan keimanan mereka sebagai insan yang maha esa. (A2) Tambahan pula, rokok mengandungi nikotin dan tar yang akan merosakkan sel-sel paru-paru dan menjejaskan sistem imunisasi. (A3). Lebih-lebih lagi, minuman beralkohol akan membrobrokkan pertimbangan akal seseorang individu, sekali gus membelenggu rencam ranjau seperti strok dan kardium terhenti.(A4) Justifikasinya, gaya hidup yang tidak sihat perlu dijauhi agar menjana kesejahteraan hidup di alam fana mahupun alam baqa.(A5)


Meninjau dari perspektif lain, makanan segera juga antara perencah yang relevan mengakibatkan penyakit kronik itu. (A1) Fenomena ini adalah lantaran penyelenggaraan makanan segera yang tidak bersih, justeru persekitaran yang tidak konduksif telah memudaratkan kesihatan umat jagatraya.(A2) Tambahan pula, makanan ini mengandungi bahan kimia yang berlebihan seperti bahan pengawet dan garam. (A3) Senario ini telah menyebabkan masalah obesiti yang kian lumrah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak. (A4) Kanak-kanak diibaratkan peneraju bangsa dan nusa, kesihatan mereka amatlah perlu dirangka dan disusuk dengan betul.(A5)


Walakin begitu, tiada ubat yang tiada penawarnya. Masyarakat kini wajarlah mengamalkan permakanan yang seimbang. (A1) Tamsilannya, pengambilan zat dan nutrient yang seimbang dari segi protein, karbohidrat,vitamin , mineral dan air yang mencukupi, yakni sekurang-kurangnya 50 gm gizi seharian perlu diambil. (A2) Jika kalangan masyarakat mempraktikkan amalan tersebut, nescayalah kesihatan badan dan kesejahteraan minda dapat dilestarikan. (A3) Di samping itu, senaman secara berkala akan melancarkan pengedaran darah, malar-malar mengeluarkan toksid yang berlebihan dari badan. (A4) Oleh itu, ayuhlah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat agar menjana modal insan yang sempurna dari segi fizikal mahupun mentaliti. (A5)


Seterusnya, jauhilah kegiatan mazmumah yang akan meloloikan diri daripada ajaran taufik dan hidayah Tuhan. (A1) Melalui mekanisme didikan agama, kemahiran insaniah dan masyarakat madani akan dizahirkan. (A2) Afdalnya, angkatan remaja yang diibaratkan tampuk yang signifikan memainkan peranan yang penting untuk memacu kegemilangan sesebuah bangsa. (A3) Oleh itu, usaha yang konsisten dipraktikkan agar setiap individu mengamalkan gaya hidup sihat dan menjana tubuh badan yang bebas daripada kongkongan sebarang penyakit.(A4)


Memang tidak dapat dinafikan, sehingga kini masih belum menemukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang kronik seperti Penyakit AIDS. Oleh itu, kita harus menghindari peng=yakit ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Intihanya, kita harus sehilir semudik untuk melestarikan kesihatan sejagat malahan memartabatkan imej negara di persada dunia.Dengan itu, hasrat Negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak sebagai angan-angan Mat Jenin semata-mata.

Friday, August 27, 2010

kosa kata untuk DS bulan Ogos

1. merdesa (merdésa) sopan (lagi beradab), layak.

2. bejat 1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan),
tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan.
3. membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang
kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran
rakyat;
3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya
yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya;
4. meloloskan 1. melucutkan atau menanggal­kan sesuatu dr tempatnya; 2. melepaskan atau
membebaskan diri dr kurungan atau kepungan: Mat Salleh berjaya ~ diri drpd
dikepung oleh polis;

Negara memerlukan generasi muda yang merdesa dalam merangka pembangunan negara pada masa hadapan. Kebejatan sosial yang membelenggu remaja pada hari ini menjadi cabaran utama untuk meloloskan diri daripada penjajahan minda bentuk baharu yang didasari oleh pengaruh globalisasi yang menjadi pemangkin perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mutkahir.

esei panjang- amalan nilai murni

Patah sayap hilanglah kemudi,'
Hanyut perahu ke Pulau Nusa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.


Berdasarkan pantun di atas, tulis sebuah karangan yang menarik.


1. Pendahuluan:
isi pantun — mengangkat budi bahasa sebagai teraju hidup manusia — terutamanya dalam masyarakat Timur seperti kita — kaya dengan adat budaya — budi bahasa menjadi amalan utama

Isi-isi penting:
(a) bangsa dikenal melalui budayanya — manusia dihormati kerana budi bahasanya — hal ini cukup membuktikan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dalam diri kita

(b) budi bahasa membuatkan kita dihormati — disukai dan disegani ramai — memudahkan perjalanan hidup kita jika kita disukai dan dihormati — pelbagai manfaat diperoleh

(c) budi bahasa membezakan manusia — antara individu dengan individu yang lain — antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat— apatah lagi bangsa Melayu — sememangnya dididik dengan budi bahasa

(d) rupa yang kurang — jika berbudi bahasa — akan sentiasa manis dipandang — meskipun ciri-ciri fizikal menjadi ukuran — namun tidak kekal lama— keperibadian dan ketinggian darjat yang akan
kekal

(e) nilam murni harus diwariskan — generasi baharu perlu ditunjukkan kepentingan berbudi bahasa — ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

Penutup:
amalan berbudi bahasa amat penting — sebagai penghias diri — biar rupa kita buruk asalkan jangan perangai kita buruk

ulasan:
Kepentingan amalan bersopan santun dalam kalangan masyarakat.
.. tajuk ini berkaitan dengan nilai murni, cuma tanya dalam bentuk pantun.. tetapi cara tulis sama saje dengan karangan soalan terbuka..

Thursday, August 26, 2010

Jawapan ringkasan-Kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah

kosa kata

Pantau
memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;
Perselisihan
1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato Temenggung dgn Dato Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.
Hakiki
Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) se­benar­nya: hidup yg ~ ialah hidup yg mem­punyai tujuan utk mencapai segala kesempurna­an; pd ~nya pd hakikatnya (se­sungguhnya), se­benarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya;
Sebarang
biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;
Keseragaman
keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna;
seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);
Kasta
1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka;
Merakamkan
1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya;
Aksi
1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya;
Ungkapan
ungkapan1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara;
Lucah
lucahhina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.
Disebarluaskan
akademik(akadémik)
1. mengenai atau ber­kaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu penge­tahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg ~.
Akal
1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran
Mustahil
tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;
Sita
1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mah­kamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau peri­hal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita.

Isi-isi penting

1.Tugas guru disiplin bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah.
2.Tugas hakiki terganggu
3.Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melayan khidmat pesanan ringkas
4.Jika berlakunya pergaduhan dengan rakan di kelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka di luar sekolah.
5.Wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu.
6. Sanggup menggunakan perbelanjaan seharian dan keperluan membeli buku hanya untuk membeli telefon bimbit.
7. Akan mencuri telefon bimbit rakan
8.Wujud kasta apabila pelajar anak keluarga berada akan berkawan dengan anak daripada golongan yang sama.
9.Pelajar yang nakal berkemungkinan akan merakamkan aksi pelajar perempuan
10.Rakaman gambar dan ungkapan lucah disebarluaskan

pengubahsuaian
1.Implikasi negatif pengaplikasian telefon bimbit termasuklah pertambahan tugas guru displin dan mengganggu tugas hakiki mereka. (15)

2.Seterusnya, banyak masa pelajar disia-siakan dengan melayan khidmat pesanan ringkas, sekali gus pelajar akan menelefon kawan di luar sekolah semasa pergaduhan berlaku. (19)

3.Selanjutnya, perasaan rendah diri akan wujud kerana tidak mempunyai telefon bimbit. (11)

4.Rentetan itu, perbelanjaan seharian digunakan untuk membeli telefon bimbit, sementelahan kes pencurian telefon bimbit akan berlaku.(15)

5. Tambahan pula, wujud kasta antara pelajar berada dengan pelajar miskin.(10)

6. Tuntasnya, aksi pelajar perempuan akan dirakamkan oleh pelajar nakal, justeru menyebarluaskan rakaman itu. (13)

(83 patah perkataan)

contoh-contoh ringkasan kawan
Kesan-kesan negatif penggunaan teelefon bimbit di sekolah termasuklah membolehkan pelajar dihenti bersekolah. Telefon bimbit mengakibatkan tugas sebenarnya terganggu justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas. Selain itu, pergaduhan akan berlaku sekiranya rakan sekelas menghubungi rakan di luar sekolah untuk menuntut bela terhadap pelajar-pelajar. Seterusnya, pelajar miskin ingin membeli telefon bimbit lalu sanggup menggunakan perbelanjaan seharian untuk mendapatnya dan bukan untuk bertabung sekaligus pencurian telefon bimbit akan semakin menjadi-jadi. Akhirnya, pelajar yang nakal akan merekodkan aksi perempuan di tandas dan menyebarluaskan ungkapan cabul kepada rakan-rakan lain.

( ulasan: dengan 5 ayat sahaja, sangat berbahaya, kalau 1 ayat salah, akan mempengaruhi markah isi keseluruhannya... pandai-pandaikanlah, kita cuma banyak ayat asalkan selamat.justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas.. betulkan setengah sahaja kerana masa pelajar tidak ditekankan.)

kelemahan lain:
Kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah termasuklah tugas yang sebenar akan terganggu. Hal ini demikian kerana jika pertengkaran dengan rakan dalam kelas berlaku, pelajar tersebut akan menyuruh rakan melalui telefon di luar kawasan sekolah untuk membalas dendam selepas masa sekolah.sementara itu, rakaman gambar akan disebar kepada rakan-rakan yang lain

...ulasan: dalam ringkasan, tidak perlu buat huraian isi, contohnya hal ini demikian kerana...adalah salah...


kelemahan yang sangat jelas:

Pada globalisasi kini, telah mendapat banyak kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah. Terdapat masalah berlaku jika kalangan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Guru disiplin akan membuat pemeriksaan walaupun mempunyai banyak tugasan akademik yang lebih penting. Kita harap ibu bapa pelajar memastikan anak tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, mereka akan wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu membeli telefon bimbit. Hal ini mungkin menyebabkan kes jenayah seperti mencuri telefon bimbit. Akhirnya, kita kerap mengambil brat akan sendiri dan orang lain supaya tidak membawa telefon bimbit ke sekolah (93)

.. ulasan: dia salin bulat-bulat dari petikan, lagipun dia lebihan perkataan - 93 patah perkataan; memanglah dikatakan dia tidak memahami apakah permintaan tajuk soalan. sangat kesian, markah yang dapat olehnya cuma 3/20... satu kesalahan yang sangat kesian

pemahaman

1.Apakah maksud rangkai kata tidak masuk akal sama sekali?
Rangkai kata ini bermaksud alasan yang tidak boleh diterima langsung

2.Berdasarkan petikan, nyatakan dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bagi memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah, guru-guru akan membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar.Selain itu, guru bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Sementara itu, mengenakan kesalahan kepada pelajar yang membawa telefon sehinggakan membuangkan pelajar tersebut daripada sekolah.

( permintaan 2 tindakan sahaja: ada 3 .. pilih dua)

3. Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa tidak melarang anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah?
Ibu bapa tidak melarang kerana mudah untuk ibu menghubungi anak mereka. Selain itu, anak mereka sudah besar dan ibu bapa tidak sanggup bertelagah dengan anak mereka. Seterusnya, bagi keluarga yang berada, kos penggunaan telefon bimbit terlalu kecil berbanding dengan faeadah yang diperoleh. Akhirnya, telefon bimbit merupakan hadiah ulang tahun kelahiran anak, jadi berasa bersalah untuk melarang penggunaannya.

Rujukan jawapan pelajar:
2. Antara dua tindakan termasuklah guru boleh bertindak tegas dengan memangil ibu bapa pelajar. Tindakan ini membolehkan ibu bapa memberi perhatian terhadap anak masing-masing. Selain itu, guru boleh membuat pemeriksaan mengejut. Melalui tindakan ini, telefon bimbit yang dibawa pelajar akan dirampas. (Lee khai heng)
... ulasan : sangat baik

2.Dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah adalah seperti mengadakan pemeriksaan terkejut. Tujuan ini adalah untuk mengambil telefon bimbit pelajar dan disimpankan. Seterusnya, guru seyogianya bertindak tegas. Contohnya, menghubungi ibu bapa pelajar untuk menetukan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. (Ng Zhi Yu)

ulasan : baik

2. Untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah guru-guru mesti bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan sering membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar(tung hung chun )

ulasan : lemah : dengan 1 ayat saje.. markah 2 saje

2. Berdasarkan petikan, dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah termasuklah membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit pada bila-bila masa. Selain itu, pengawas sekolah juga harus melaporkan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Misalnya, sebagai seorang pengawas sekolah yang bertanggungjawab harus adil apabila melaksanakan tugas dan melaporkan murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah kepada guru.( chin kai)

ulasan : lemah ... sungguhpun panjang lebar tapi 2 markah kerana tambahan isi sendiri tanpa daripada petikan