Saturday, August 28, 2010

esei berpandu-peranan media

Dalam ledakan arus permodenan, peranan media acapkali dipertikaikan dari bibir ke bibir umat sarwajagat. Oleh itu, rencam peranan media yang menunjangi agenda aktuil ini seyogianya ditelaah hingga akar umbinya. (28)

Afdalnya, media berperanan penting sebagai penggerak mencapai matlamat negara. Media berperanan menggazet kempen dan iklan berkaitan dengan dasar yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Wadah ini diibaratkan serampang dua mata untuk menyampaikan mesej kerajaan sekali gus merealisasikan cita-cita murni nusa tercinta menjadi satu realiti. (42)

Ghalibnya, wahana ini sebagai pemangkin untuk melaporkan isu semasa yang berlaku di seantero pelosok dunia. Di samping, sebagai mekanisme yang relevan untuk menyuarakan pendapat masyarakat umum.Rentetannya, ilmu pelita kalbu dimartabatkan justeru sebagai saluran untuk perkongsian idea antara masyarakat sarwajagat. (38)

Tuntasnya, media bersifat jitu dan signifikan untuk memacu kegemilangan negara dan bangsa. (12)

120 patah perkataan (Tan Jie Yi 1H)

Marcapada ini, peranan media menjadi polemik aktuil yang glamor dalam dunia kosmopolitan ini. Oleh itu, peranan media yang signifikan wajar ditelusuri hingga inti sarinya. (23)
Dominannya, media dapat menwartakan dasar kerajaan agar melakukan anjakan paradigma masyarakat ke arah memacu kegemilangan sesebuah bangsa, sekali gus berperanan sebagai penggerak untuk menggapai matlamat sarwajagat agar menterjemahkan cita-cita murni sebagai realiti.Walhal berusia satu jagung, namun Malaysia kini dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara kuasa besar lain. (49)
Afdalnya, media pemangkin menyebarluaskan isu glabalisasi di seantero dunia. Bagai serampang dua mata, wahana ini meminimumkan segala kos perbelanjaan, justeru menempa tabir baharu dalam percambahanan ilmu dan maklumat kontemporari tanpa sempadan.(30)
Deduksinya, inovasi media seyogia konsisten melalui sinergi semua pihak. Ayuhlah Malaysia pencipta teknologi dan bukan sekadar pengikut teknologi lagi.(19)

121, 1F Lim Jie Sim


Mutakhir ini, isu tentang peranan media tidak lekang dipropagandakan oleh lapisan masyarakat kontemporari. Oleh itu, peranan media seyogianya ditelusuri hingga akar umbinya pada pascamodenisasi ini. (25)
Afdalnya, media sebagai wadah untuk mencambahkan ideologi dan mencanangkan dasar kerajaan yang bertujuan untuk mengeratkan silatarahim antara kerajaan dengan rakyat. Seterusnya, bagai pemangkin untuk menyajikan hasrat negara agar menjulang nama negara di persada dunia. Ayuhlah negara kita kini dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain yang telah lama mendominasi dalam bidang teknologi. (54)
Ghalibnya, media juga wahana penyalur suara masyarakat sarwajagat. Selanjutnya, prasarana ini mencetus dunia tanpa globalisasi untuk melaporkan isu di sejagat dunia. Wadah ini bagai sambil menyelam minum air dalam memacu kesejahteraan dan permodenan global.(33)
Intihanya, media kini menghamparkan landasan keimanan justeru memacu arus kemodenan. (10)

122 Lean Wei Ren (1H)

esei panjang-gaya hidup sihat untuk menghindari penyakit berbahaya

Peningkatan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat pada hari ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam. Berikan pendapat anda.
1G : Emerlyn Ng Yee Theng


Dalam menyingkap alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolok, anjakan paradigm masyarakat sarwajagat kian dimanifestasikan. Namun, hamper saban hari, kita masih dimomokkaan oleh pelbagai penyakit yang berbahaya.(A1) Senarion ini amat merunsingkan memandangkan negra kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan yang utuh. (A2). Realitinya, pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk menwujudkan persekitaran konduksif, namun usaha ini bagai melepaskan batuk di tangga.(A3).Oleh itu, usaha-usaha dan punca yang menunjangi persoalan ini wajar diperincikan hingga akar umbinya.(A4)



Afdalnya, penyakit yang kronik seperti kanser, diabetes, darah tinggi berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang (A1) Amalan seperti pengambilan makanan yang berkolesterol dengan banyak tidak patut dipandang enteng kerana boleh menyebabkan bahana seperti masalah obesiti dan tekanan darah tinggi.(A2) Ironinya, tabiat bersenam makin dikikiskan dek kesibukan umat sarwajagat dalam melayarkan bahtera hidup.(A3) Natihajnya,proses perkumuhan melalui pengeluaran peluh dan toksid berlebihan dari badan tidak dapat dijalankan dengan lancar.(A4) Rentetannya, daya tumpuan dan daya penaakulan dalam tugasan, sekali gus dalam pembelajaran akan terbobrok semasa individu itu menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau. (A5)


Meninjau dari perpektif lain, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah, pergaulan bebas dan minum arak beralkohol juga menyumbang kepada kebejatan dalam kesihatan.(A1) Hal ini disebabkan rokok mengandungi banyak bahan kimia seperti tar dan nikotin yang memudaratkan organ dalam badan, justeru membawa penyakit seperti kanser paru-paru, sesak nafas, lelah dan sindrom lain. (A2) Izharnya, minuman keras akan melumpuhkan organ susuk badan, sementelahan menjejaskan fungsi sistem immunisasi dan daya antibodi seseorang individu.(A3) senario ini amat merunsingkan memandangkan negara kita sedang memacu kegemilangan untuk merealisasikan Wawasan 2020.(A4) Dengan itu, masalah yang membelenggu masyarakat wajar dibanteraskan dengan semangat kekitaan yang “tak laput dek hujan, tak lekang dek panas.”

Selain itu, makanan segera yang menjadi polemik glamor oleh masyarakat kontemporari juga menjadi pemangkin kepada kemelut ini. (A1)Makanan segera yang disediakan oleh restauran francais berdasarkan makanan rendang yang berminyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang mengakibatkan bahana yang tidak berperi. (A2) Di samping itu, segelintir pengusaha makanan tidak mengelolakan cara penyelenggaraan dan pemantauan yang teliti semasa menyediakan makanan. (A3) Natijahnya, makanan yang dihinggapi oleh bakteria dan kuman bawaan penyakit akan membobrokkan fenomena ini lagi. (A4) Oleh itu, usaha sinergi daripada masyarakat jagatraya untuk mewujudkan persekitaran konduksif wajarlah diterapkan demi kebaikan bersama. (A5)


Walakin begitu, gaya hidup yang sihat seperti pengamalan makanan seimbang dapat meloloikan belenggu ini. (A1) Pemakanan seimbang berkiblatkan makanan pyramid dan ditunjangi dengan makanan yang seimbang seperti protein, karbohidrate, vitamin,mineral dan air yang mencukupi akan menzahirkan modal insan yang sempurna dari segi fizikal. (A2) Lain daripada itu, penjagaan kebersihan baik dari segi lahiriah, mahupun batiniah amatlah diperlukan. (A3) Wadah ini akan menangkis sebarang onak duri-duri hidup, sekali gus menghindari penjangkitan penyakit. (A4) Oleh itu, gaya hidup sihat seperti senaman secara berkala, permakanan seimbang, kebersihan diri akan melahirkan keluhuran peribadi dan bersahsiah tinggi dek “ badan cergas, otak cerdas.”

Kontradiksinya, penerapan nilai murni melalui pendidikan wajar dititikberatkan. (A1) Pemugaran sistem pengajaran dan pembelajaran melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Moral dan agama sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur hemah tinggi, cinta akan diri. (A2) Anjakan paradigma dalam generasi mutakhir amat penting untuk menjana modal insan yang menjulang nama negara di persada dunia. (A3) Pendidikan agama dan Moral adalah antara mata pelajaran yang paling relevan untuk memupuk anak watan pewaris bangsa agar menjaga gaya hidup sihat. (A4) Pendidikan agama dapat membentuk jiwa raga yang patuh kepada hidayah dan taufik agama, justeru beristiqamah kepada ajaran Tuhan. (A5)

Sudah terang lagi bersuluh, lantaran sikap kealpaan masyarakat telah menjadi penyumbang kepada peningkataan kadar penyakit berbahaya.(Rumusan) Oleh itu, orang yang mengamalkan prinsip hidup ’enau dalam beluka, melepaskan pucuk masing-masing’ tidak akan hidup bahagia sama ada di dunia ataupun akhirat. (cadangan)
semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani kemelut ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. (harapan) Usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya agar menggapai impian Wawasan 2020. (penegasan)





Tan Jie Yi (1H)
Dalam menyingkap tabir alaf baharu, isu tentang peningkatan penyakit berbahaya acapkali dimomokkan dari bibir ke bibir umat sarwajagat. Penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser makin menular bagai api dalam sekam. Namun, masyarakat mutakir masih memandang enteng terhadap kemelut itu. “Keruh air di muara pasti bermula dari hulunya.” Oleh itu, akar umbi permasalahan dan prakrasa mesti dicari gali dan diselami secara teliti untuk kebaikan sinergi.
"

Ada angin ada pokoknya.” Penyakit tersebut tidak merebak secara halimun tetapi perdananya berpunca daripada amalan kehidupan sehari-harian. (A1) Masyarakat kini raghib mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi seperti ayam rendang, burger, ubi kentang dan makanan barat yang disajikan di restauran francais yang tersohor di seantero dunia. (A2) Senario ini telah menyebabkan kalangan masyarakat kontemporari tidak mengamalkan tabiat permakanan secara berkala, sekali gus memudaratkan kesihatan mereka lantaran permakanan yang tidak seimbang. (A3) Ironinya, umat mutakhir ghairah mengambil ledakan makanan ringan dan minuman berkarbonat yang semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu tubuh badan sahaja. (A4) Sehubungan itu, makanan rutin yang berdasarkan makanan piramid dengan pengambilan makanan seimbang dan berzat wajar diambil sejak kecil lagi kerana kesihatan aset kebahagiaan. (A5)


Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman beralkohol, pergaulan bebas turut sebagai penyumbang kepada masalah itu. (A1) Fenomena itu akan menjahanamkan kesihatan mereka, di samping merapuhkan keimanan mereka sebagai insan yang maha esa. (A2) Tambahan pula, rokok mengandungi nikotin dan tar yang akan merosakkan sel-sel paru-paru dan menjejaskan sistem imunisasi. (A3). Lebih-lebih lagi, minuman beralkohol akan membrobrokkan pertimbangan akal seseorang individu, sekali gus membelenggu rencam ranjau seperti strok dan kardium terhenti.(A4) Justifikasinya, gaya hidup yang tidak sihat perlu dijauhi agar menjana kesejahteraan hidup di alam fana mahupun alam baqa.(A5)


Meninjau dari perspektif lain, makanan segera juga antara perencah yang relevan mengakibatkan penyakit kronik itu. (A1) Fenomena ini adalah lantaran penyelenggaraan makanan segera yang tidak bersih, justeru persekitaran yang tidak konduksif telah memudaratkan kesihatan umat jagatraya.(A2) Tambahan pula, makanan ini mengandungi bahan kimia yang berlebihan seperti bahan pengawet dan garam. (A3) Senario ini telah menyebabkan masalah obesiti yang kian lumrah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak. (A4) Kanak-kanak diibaratkan peneraju bangsa dan nusa, kesihatan mereka amatlah perlu dirangka dan disusuk dengan betul.(A5)


Walakin begitu, tiada ubat yang tiada penawarnya. Masyarakat kini wajarlah mengamalkan permakanan yang seimbang. (A1) Tamsilannya, pengambilan zat dan nutrient yang seimbang dari segi protein, karbohidrat,vitamin , mineral dan air yang mencukupi, yakni sekurang-kurangnya 50 gm gizi seharian perlu diambil. (A2) Jika kalangan masyarakat mempraktikkan amalan tersebut, nescayalah kesihatan badan dan kesejahteraan minda dapat dilestarikan. (A3) Di samping itu, senaman secara berkala akan melancarkan pengedaran darah, malar-malar mengeluarkan toksid yang berlebihan dari badan. (A4) Oleh itu, ayuhlah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat agar menjana modal insan yang sempurna dari segi fizikal mahupun mentaliti. (A5)


Seterusnya, jauhilah kegiatan mazmumah yang akan meloloikan diri daripada ajaran taufik dan hidayah Tuhan. (A1) Melalui mekanisme didikan agama, kemahiran insaniah dan masyarakat madani akan dizahirkan. (A2) Afdalnya, angkatan remaja yang diibaratkan tampuk yang signifikan memainkan peranan yang penting untuk memacu kegemilangan sesebuah bangsa. (A3) Oleh itu, usaha yang konsisten dipraktikkan agar setiap individu mengamalkan gaya hidup sihat dan menjana tubuh badan yang bebas daripada kongkongan sebarang penyakit.(A4)


Memang tidak dapat dinafikan, sehingga kini masih belum menemukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang kronik seperti Penyakit AIDS. Oleh itu, kita harus menghindari peng=yakit ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Intihanya, kita harus sehilir semudik untuk melestarikan kesihatan sejagat malahan memartabatkan imej negara di persada dunia.Dengan itu, hasrat Negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak sebagai angan-angan Mat Jenin semata-mata.

Friday, August 27, 2010

kosa kata untuk DS bulan Ogos

1. merdesa (merdésa) sopan (lagi beradab), layak.

2. bejat 1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan),
tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan.
3. membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang
kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran
rakyat;
3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya
yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya;
4. meloloskan 1. melucutkan atau menanggal­kan sesuatu dr tempatnya; 2. melepaskan atau
membebaskan diri dr kurungan atau kepungan: Mat Salleh berjaya ~ diri drpd
dikepung oleh polis;

Negara memerlukan generasi muda yang merdesa dalam merangka pembangunan negara pada masa hadapan. Kebejatan sosial yang membelenggu remaja pada hari ini menjadi cabaran utama untuk meloloskan diri daripada penjajahan minda bentuk baharu yang didasari oleh pengaruh globalisasi yang menjadi pemangkin perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mutkahir.

esei panjang- amalan nilai murni

Patah sayap hilanglah kemudi,'
Hanyut perahu ke Pulau Nusa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.


Berdasarkan pantun di atas, tulis sebuah karangan yang menarik.


1. Pendahuluan:
isi pantun — mengangkat budi bahasa sebagai teraju hidup manusia — terutamanya dalam masyarakat Timur seperti kita — kaya dengan adat budaya — budi bahasa menjadi amalan utama

Isi-isi penting:
(a) bangsa dikenal melalui budayanya — manusia dihormati kerana budi bahasanya — hal ini cukup membuktikan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dalam diri kita

(b) budi bahasa membuatkan kita dihormati — disukai dan disegani ramai — memudahkan perjalanan hidup kita jika kita disukai dan dihormati — pelbagai manfaat diperoleh

(c) budi bahasa membezakan manusia — antara individu dengan individu yang lain — antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat— apatah lagi bangsa Melayu — sememangnya dididik dengan budi bahasa

(d) rupa yang kurang — jika berbudi bahasa — akan sentiasa manis dipandang — meskipun ciri-ciri fizikal menjadi ukuran — namun tidak kekal lama— keperibadian dan ketinggian darjat yang akan
kekal

(e) nilam murni harus diwariskan — generasi baharu perlu ditunjukkan kepentingan berbudi bahasa — ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

Penutup:
amalan berbudi bahasa amat penting — sebagai penghias diri — biar rupa kita buruk asalkan jangan perangai kita buruk

ulasan:
Kepentingan amalan bersopan santun dalam kalangan masyarakat.
.. tajuk ini berkaitan dengan nilai murni, cuma tanya dalam bentuk pantun.. tetapi cara tulis sama saje dengan karangan soalan terbuka..

Thursday, August 26, 2010

Jawapan ringkasan-Kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah

kosa kata

Pantau
memantau 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan me­meriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;
Perselisihan
1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato Temenggung dgn Dato Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.
Hakiki
Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) se­benar­nya: hidup yg ~ ialah hidup yg mem­punyai tujuan utk mencapai segala kesempurna­an; pd ~nya pd hakikatnya (se­sungguhnya), se­benarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya;
Sebarang
biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;
Keseragaman
keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna;
seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);
Kasta
1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka;
Merakamkan
1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya;
Aksi
1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya;
Ungkapan
ungkapan1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara;
Lucah
lucahhina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.
Disebarluaskan
akademik(akadémik)
1. mengenai atau ber­kaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu penge­tahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg ~.
Akal
1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran
Mustahil
tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;
Sita
1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mah­kamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau peri­hal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita.

Isi-isi penting

1.Tugas guru disiplin bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah.
2.Tugas hakiki terganggu
3.Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melayan khidmat pesanan ringkas
4.Jika berlakunya pergaduhan dengan rakan di kelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka di luar sekolah.
5.Wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu.
6. Sanggup menggunakan perbelanjaan seharian dan keperluan membeli buku hanya untuk membeli telefon bimbit.
7. Akan mencuri telefon bimbit rakan
8.Wujud kasta apabila pelajar anak keluarga berada akan berkawan dengan anak daripada golongan yang sama.
9.Pelajar yang nakal berkemungkinan akan merakamkan aksi pelajar perempuan
10.Rakaman gambar dan ungkapan lucah disebarluaskan

pengubahsuaian
1.Implikasi negatif pengaplikasian telefon bimbit termasuklah pertambahan tugas guru displin dan mengganggu tugas hakiki mereka. (15)

2.Seterusnya, banyak masa pelajar disia-siakan dengan melayan khidmat pesanan ringkas, sekali gus pelajar akan menelefon kawan di luar sekolah semasa pergaduhan berlaku. (19)

3.Selanjutnya, perasaan rendah diri akan wujud kerana tidak mempunyai telefon bimbit. (11)

4.Rentetan itu, perbelanjaan seharian digunakan untuk membeli telefon bimbit, sementelahan kes pencurian telefon bimbit akan berlaku.(15)

5. Tambahan pula, wujud kasta antara pelajar berada dengan pelajar miskin.(10)

6. Tuntasnya, aksi pelajar perempuan akan dirakamkan oleh pelajar nakal, justeru menyebarluaskan rakaman itu. (13)

(83 patah perkataan)

contoh-contoh ringkasan kawan
Kesan-kesan negatif penggunaan teelefon bimbit di sekolah termasuklah membolehkan pelajar dihenti bersekolah. Telefon bimbit mengakibatkan tugas sebenarnya terganggu justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas. Selain itu, pergaduhan akan berlaku sekiranya rakan sekelas menghubungi rakan di luar sekolah untuk menuntut bela terhadap pelajar-pelajar. Seterusnya, pelajar miskin ingin membeli telefon bimbit lalu sanggup menggunakan perbelanjaan seharian untuk mendapatnya dan bukan untuk bertabung sekaligus pencurian telefon bimbit akan semakin menjadi-jadi. Akhirnya, pelajar yang nakal akan merekodkan aksi perempuan di tandas dan menyebarluaskan ungkapan cabul kepada rakan-rakan lain.

( ulasan: dengan 5 ayat sahaja, sangat berbahaya, kalau 1 ayat salah, akan mempengaruhi markah isi keseluruhannya... pandai-pandaikanlah, kita cuma banyak ayat asalkan selamat.justeru membazirkan masa dan wang dengan melayan khidmat pesanan ringkas.. betulkan setengah sahaja kerana masa pelajar tidak ditekankan.)

kelemahan lain:
Kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah termasuklah tugas yang sebenar akan terganggu. Hal ini demikian kerana jika pertengkaran dengan rakan dalam kelas berlaku, pelajar tersebut akan menyuruh rakan melalui telefon di luar kawasan sekolah untuk membalas dendam selepas masa sekolah.sementara itu, rakaman gambar akan disebar kepada rakan-rakan yang lain

...ulasan: dalam ringkasan, tidak perlu buat huraian isi, contohnya hal ini demikian kerana...adalah salah...


kelemahan yang sangat jelas:

Pada globalisasi kini, telah mendapat banyak kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah. Terdapat masalah berlaku jika kalangan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Guru disiplin akan membuat pemeriksaan walaupun mempunyai banyak tugasan akademik yang lebih penting. Kita harap ibu bapa pelajar memastikan anak tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, mereka akan wujud perasaan rendah diri kerana menyedari diri tidak mampu membeli telefon bimbit. Hal ini mungkin menyebabkan kes jenayah seperti mencuri telefon bimbit. Akhirnya, kita kerap mengambil brat akan sendiri dan orang lain supaya tidak membawa telefon bimbit ke sekolah (93)

.. ulasan: dia salin bulat-bulat dari petikan, lagipun dia lebihan perkataan - 93 patah perkataan; memanglah dikatakan dia tidak memahami apakah permintaan tajuk soalan. sangat kesian, markah yang dapat olehnya cuma 3/20... satu kesalahan yang sangat kesian

pemahaman

1.Apakah maksud rangkai kata tidak masuk akal sama sekali?
Rangkai kata ini bermaksud alasan yang tidak boleh diterima langsung

2.Berdasarkan petikan, nyatakan dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bagi memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah, guru-guru akan membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar.Selain itu, guru bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.Sementara itu, mengenakan kesalahan kepada pelajar yang membawa telefon sehinggakan membuangkan pelajar tersebut daripada sekolah.

( permintaan 2 tindakan sahaja: ada 3 .. pilih dua)

3. Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa tidak melarang anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah?
Ibu bapa tidak melarang kerana mudah untuk ibu menghubungi anak mereka. Selain itu, anak mereka sudah besar dan ibu bapa tidak sanggup bertelagah dengan anak mereka. Seterusnya, bagi keluarga yang berada, kos penggunaan telefon bimbit terlalu kecil berbanding dengan faeadah yang diperoleh. Akhirnya, telefon bimbit merupakan hadiah ulang tahun kelahiran anak, jadi berasa bersalah untuk melarang penggunaannya.

Rujukan jawapan pelajar:
2. Antara dua tindakan termasuklah guru boleh bertindak tegas dengan memangil ibu bapa pelajar. Tindakan ini membolehkan ibu bapa memberi perhatian terhadap anak masing-masing. Selain itu, guru boleh membuat pemeriksaan mengejut. Melalui tindakan ini, telefon bimbit yang dibawa pelajar akan dirampas. (Lee khai heng)
... ulasan : sangat baik

2.Dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah adalah seperti mengadakan pemeriksaan terkejut. Tujuan ini adalah untuk mengambil telefon bimbit pelajar dan disimpankan. Seterusnya, guru seyogianya bertindak tegas. Contohnya, menghubungi ibu bapa pelajar untuk menetukan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. (Ng Zhi Yu)

ulasan : baik

2. Untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah guru-guru mesti bertindak tegas dengan memanggil ibu bapa pelajar untuk memastikan anak mereka tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan sering membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar(tung hung chun )

ulasan : lemah : dengan 1 ayat saje.. markah 2 saje

2. Berdasarkan petikan, dua tindakan yang perlu dilakukan guru untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah termasuklah membuat pemeriksaan mengejut dengan tujuan merampas telefon bimbit pada bila-bila masa. Selain itu, pengawas sekolah juga harus melaporkan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Misalnya, sebagai seorang pengawas sekolah yang bertanggungjawab harus adil apabila melaksanakan tugas dan melaporkan murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah kepada guru.( chin kai)

ulasan : lemah ... sungguhpun panjang lebar tapi 2 markah kerana tambahan isi sendiri tanpa daripada petikan

jawapan ringkasan: peranan wanita

Peranan wanita

kosa-kosa kata:
1.Fatwa
Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang tentang keputusan hukum syarak);

2.dasar
1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya.
2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang.
3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen.
4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda.
5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan.

Martabat
kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat: dianugerahinya aku ~ yg amat besar;

Belanjawan
1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun;
2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

Isi-isi penting

1. Wanita berperanan mengasuh anak untuk menjadi orang yang berguna.
2. Wanita menjadi seorang isteri yang baik.
3. Wanita bekerja membantu ekonomi keluarga
4. Wanita akan memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna
5. Memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi akan datang.
6. Sumber tenaga penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial negara.
7. Memberikan idea-idea bernas untuk dimanfaatkan oleh negara.
8. Terlibat dalam pembentukan fatwa dan aktiviti agama.

pengubahsuaian

1.Peranan wanita termasuklah mendidik anak supaya menjadi modal insan , sekali gus memastikan
anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna. (16)

2.Selanjutnya, wanita menjadi seorang isteri yang baik . (7)

3.Malahan, wanita bekerja menunjangi ekonomi keluarga. (6)

4.Seterusnya, penting untuk menjana generasi akan datang. (7)

5. Selain itu, wanita merupakan sumber tenaga penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial
negara. (12)
6. Di samping itu, wanita memberikan pendapat-pendapat berisi untuk menyumbang kepada negara. (10)

7. Tuntasnya, wanita terbabit dalam penjanaan fatwa dan kegiatan agama.(9)

67 patah perkataan

pemahaman
1. Rangkai kata ini bermaksud lebih ketara pada peringkat negara.

2. Tanggapan buruk masyarakat terhadap wanita termasuklah ramai yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita dalam menjalankan kerja.Selain itu, membuat kesimpulan gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada wanita.Seterusnya, membuat kesimpulan bahawa golongan wanita hanya sesuai menjadi suri rumah tangga.

3.Wanita lebih berjaya dalam bidang yang diceburi kerana sifat tekun wanita dalam menjalankan kerja. Selain itu, wanita mempunyai keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Seterusnya, berkeinginan memperbaik nasib diri dan keluarga, lalu diusahakan sehingga berjaya. Akhirnya, tidak mudah patah semangat walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

esei berpandu- peranan media dalam arus pemodenan negara.

1. Media memainkan peranan penting dalam proses pemodenan negara.
2. elemen penggerak bagi mencapai matlamat negara lebih maju.
3. melaporkan peristiwa di seluruh dunia.
4. cermin masyarakat dan saluran suara
5. membangkitkan kesedaran tentang kepentingan proses pembangunan.
6. menyampaikan dasar kerajaan
7. media harus menjalin hubungan yang baik dengan pihak kerajaan dan pihak swasta

Wednesday, August 25, 2010

Arah Ke Mana

Permulaan


Muzik sayu mengiringi suara takbir Hari Raya yang sayup-sayup, Haji Pakir dan Hajah Derisah berlutut di hadapan kubur anak tunggal mereka, Rohani yang mati kerana ketagihan dadah yang teruk kira-kira setahun yang lalu. Haji terkumat-kamit membaca doa, tiba-tiba haji terenjut-enjut menahan esakan, hajjah tidak tahan juga lalu teresak-esak sama-sama. Mereka _meluahkan perasaan pilu apabila melihat pusara anak mereka. Hajjah memujuk suaminya segalanya takdir tuhan yang esa. Haji memohon Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada Rohani dan merestui pemergiannya sambil menekap mukanya.


Perkembangan ( imbasan kembali)


Haji Pakir menghisap paip sambil berlegar-legar sebentar. Haji mencemik memarahi anaknya, Hajah membantah ejekan haji yang mengatakan sikapnya tidak berubah sejak anak sikit lagi. Hajah menuduh haji _merutup tiba-tiba tak tentu fasal dan dia tahu akan hujung pangkal haram dan __________. Haji menyalahkan isterinya terlalu memanjakan Rohani dan dia tidak berkenan dengan cara Hajah mendidik anak. Haji mengejek mentang-mentang anak tunggal, hajah terlalu memanjakan anak. Haji menegas kasih sayang hajah sudah melampaui batas. Haji insaf bahawa dia tidak menunaikan tanggungjawabnya kerana mendidik anak bukan setakat memberikan segala kemewahan tetapi memberikan tunjuk ajar yang akan mendorong anak ke jalan selamat yang diredai Allah. Anak ibarat kain kain yang kain putih lagi kudis perlu diwarnai dan dicorakkan oleh ibu bapa kerana melentur aur biarlah dari rebungnya. Tumpahkan sepenuh kasih sayang tanpa didikan yang sewajarnya, jangan harap rebung akan dapat dilentur. Anak yang terlalu diberi muka akan memijak kepala orang tua. Namun, kini sudah terlambat, sudah menghancurleburkan harapannya, Hajah pula membantah suaminya bertindak membabi buta, bercakap ikut rasa tanpa menyelidik telah menuduh Rohani. Haji bercakap keras dia telah jemu jelak dengan perangai Rohani. Hajah menangis teresak-esak, mencemuk dan meleleh-leleh air mata atas tuduhan suaminya. Hajah Cuma berharapkan suaminya boleh berlembut dengan Rohani, jangan panas baran kerana takut akan Rohani akan kecil hati. Haji tidak bersetuju kerana dia pantang besar kalau anak tidak mengendahkan ajarannya sampai dia ingin memijak-mijak perut Rohani.


Klimaks


Bunyi pintu diketuk berkali-kali dengan keras. Haji Pakir memerhatikan perangai anaknya dengan geram. Rohani memarahi hajah memekak telinga dan duduk di sebuah bangku dengan gaya jelek sambil bersiul-siul tanpa menghiraukan teguran ayahnya. Rohani tersentak dan berpaling benci kepada ayahnya apabila ditengkar dengan keras. Rohani membuat selamba dan berasa bosan mendengar teguran ayahnya. Haji mengatakan kalau Rohani masih mengikut-ikut hati, dia akan mematah-matahkan tulangnya kerana Rohani tidak mengetahui beradab dan tidak lekang duduk di rumah sampai berhari-hari tidak balik ke rumah. Rohani memarahi ayahnya masih mengkontrolnya walhal dia sudah besar, Haji mengatakan pelajaran setinggi langit pun tidak bererti kalau tidak menghormati orang tua-tua, selama ini, dialah yang setolol-tolol itu menyekolahkan Rohani dari dua jari tapak kaki. Namun, Rohani tidak memahami teguran bapanya dan anggap teguran bapanya macam teka-teki. Pada waktu itu, hajah kedengaran gamat lalu masuk ingin mencampur urusan. Haji lalu mengatakan selama ini, dia menahan perasaan melihat perbuatan Rohani, ibu bapa hanya berendam air mata melihatnya dan Rohani telah menyalahgunakan kebebasan yang diberikan. Akhirnya, haji hilang kesabaran dan memarahi Rohani celopar dan kurang ajar. Rohani bersuara dengan keras kepada ayahnya dengan mengatakan :”Pergi _jahanam dengan leteran ayah itu.” Haji berdiri kaku , memekap muka kemudian berlutut selepas melafazkan perkataan “ berambus” dengan sekuat hati.
 
Peleraian


Haji Pakir dan Hajah Derisah menekur di atas _kubur Rohani. Mereka meratapi pemergian anaknya tunggal yang membakar dirinya dengan racun. Hajah memohon mudah-mudahan Tuhan akan merestui pemergiannya dan memberikan taufik dan hidayah ke atas roh Rohani. Haji meratapi dia yang bertanggungjawab membawa anaknya ke jalan sesat. **segala-galanya sudah suratan....

latihan
1. Apakah perkara yang hendak disampaikan oleh Haji Pakir kepada isterinya?
Memanjakan anak secara keterlaluan merupakan suatu kesilapan
2. Apakah perwatakan tentang Haji Pakir dalam babak dua?
Kecewa dengan anaknya, Rohani.
Kesal terhadap apa-apa yang berlaku kepada anaknya
Dia telah memberikan kasih sayang yang sepenuh kepada anaknya.
3. frasa kurang ajar merupakan gaya bahasa…
Peribahasa
4. Apakah tema bagi drama ini?
Penyesalan ibu bapa terhadap kesilapan mendidik anak.
5. pengajaran dalam drama ini…
Anak haruslah menghormati ibu bapa
Ibu bapa harus bijak mendidik anak mereka
Janganlah terlalu memanjakan anak dan mengikut segala kehendaknya.

2 Nyatakan perwatakan bagi watak-watak di bawah.
(a) HAJAH DERISAH: Sudahlah, Bang Ajil ... Kita hambanya Tuhan lebih berkuasa ... (hal. 147)
Seorang yang pasrah/redha kepada Tuhan
(b) ROHANI: Mak ni agaknya tak bolehkah cepat-cepat buka pintu? Pekak telinga mak agaknya! (hal. 153)
Seorang yang kurang ajar
(c) HAJI PAKIR: Kerana aku sayangkan kau, aku buat begini, Ani! Kalau aku tak sayangkan kau, ... (hal. 157)
Seorang yang penyayang
(d) HAJI PAKIR: Oh, mentang-mentanglah dia anak kita seorang saja, awak biarkan begitu rupa? Awak manjakan dia begitu cara? ltulah salahnya ... Bukan begitu caranya mendidik anak!
Seorang yang tegas
 3 Berikan maksud rangkai kata di bawah
(a) mentang-mentang dia anak kita seorang saja:
Oleh sebab dia satu-satunya anak kita
(b) rebung itu akan dapat dilentur!
Anak masih boleh dibentuk
 4. Mengapakah Haji Pakir memarahi Rohani?
Rohani terjabak dengan gejala dadah

5. Apakah perkara yang dimaksud dalam dialog ini: “Aku tak sangka kau boleh menjadi macam ini, Ani!”
Tidak menyangka Rohani boleh menjadi sebegitu kurang ajar

6. Watak dinamik: mengalami pelbagai konflik dari awal ke akhir : Haji
7. watak antogonis : watak jahat :
8. watak putih:watak pipih : tidak berkembang
9. Apakah punca yang menyebabkan Haji Pakir menegur isterinya?
Isterinya terlalu memanjakan dan menyebelahi anak perempuannya
10. Apakah alasan yang diberikan oleh Hajah Derisah dalam mempertahankan anak perempuannya,
Anak sudah besar
Anaknya sudah meningkat dewasa
Anaknya sudah pandai menjaga diri
11. Maksud bukan setahun dua umurnya…
Bukan budak kecil lagi
12. Apakah yang terjadi kepada Rohani?
Dia meninggal dunia akibat pengaruh dadah
13. Perwatakan Rohani yang paling relevan:
Anak bijak
Bergaul bebas
Tidak mengendahkan nasihat ibu bapa

14.Maksud hari ini hari baik bulan baik..
Hari Raya
15. Nyatakan jalan sesat yang diikuti oleh Rohani
Menagih dadah
16.Mengapakah Haji Pakir menghalau Rohani keluar dari rumahnya? _
kerana tidak beradab dan menagih dadah

Budi seorang Bapa Angkat

Plot: permulaan


Tuanku Si Helang Laut dan permaisuri baginda kamangkatan di negeri Bandar Mengkelih tanpa diketahui oleh kakandanya Uli Emak Si Anjing. Suatu malam Datuk Batin Alam mendapat alamak dalam mimpi bahawa adindanya mendapat kesusahan. Mereka segera pergi ke istana Bandar Mengkelih untuk memastikan kebenaran itu. Setiba di istana, DBA dan isterinya berasa hairan kerana suasana yang terlalu lengang dan sunyi sepi, hanya tinggal anak saudara , Awang Sulung Merah Muda sahaja. “ apakah gerangan yang telah berlaku? Kalaupun bidan salah mengeluarkan uri tembuni sekalipun isterinya saja yang mati, mustahil suaminya ikut mati!” Awang Sulung menjadi anak susu kepada Uli Emak Sri Anjing dan menjadi saudara susu kepada Tuan Puteri Dayang Nuramah. DBA pula menjadi bapa angkat kepada Awang Sulung.

Plot: perkembangan


Apabila mereka besar, DBA menyerahkan Awang Sulung mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim . Namun, pada mulanya AS enggan mengikut ajaran Tuan Kadi Alim dan menutup Quran.Tuan Kadi Alim menggeleng melihat telatah AS yang belum berakal lagi. Sehingga malam ketujuh, barulah AS menunjukkan raghib. ( Kadi sehelai-As sejuzuk; Kadi sejuzuk-AS 3 juzuk; Tuan Kadi 20 juzuk-baginda sampai khatam). Pada keesokan hari, AS dihantar menemui DBA dengan gembira kerana kecerdasan dan kecekapan AS. Tuan Kadi dihadiahi emas setaka kuning. DBA meminta Tuan Kadi menghantarkan AS belajar mantik dan nahu Bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil, guru bahasa Arab yang tinggal di hujung negeri itu. Puaslah Tuan Malim memujuk AS tetapi masih tidak raghib untuk belajar sehingga malam ketujuh barulah AS terbuka hati untuk belajar. Tuan Malim kagum dan takjub melihat kebijaksanaan putera raja ini.kata dalam hati Tuan Malim:” patutlah dilahirkan segera menjadi yatim piatu.”Mereka menghantar As kembali ke rumah DBA.


Perumitan


Pada suatu malam, DBA bercadang hendak menjodohkan AS dengan puteri baginda Dayang Nurawah. Uli Emak menyahut dengan senyuman simpul. Sejurus termenung DBA bercadang bahawa baginda ingin mengajar AS ilmu-ilmu keduniaan, AS mengatakan bahawa sedangkan rela diajar orang lain, inikan diajar oleh bapa angkatnya. DBA memulakan pengajarannya dengan mengambil dua bilah belabat, tetapi pada permulaannya AS tercengang-cengang dan berdiri bertelekan pinggang sahaja, sehingga DBA membuka langkah lima, meredah dan memecah langkah dua belas, AS pun tidak menurutinya. DBC melepaskan tuju-tujunya , AS menepiskan penuju ayahandanya, sementara mengelakkan belabat dan menepuk kepala DBA hingga DBA terjatuh tengkolok. DBA amat gembira melihatkan kepantasan dan kecekapan deria AS bersilat, selepas itu, DBA mengajarkan ilmu kebal dan ilmu apung kepada AS. Pada malam berikutnya, DBA menyuruh AS mandi berlimau. DBA menunggui AS di muka tangga dengan sebilah keris Majapahit terhunus di tangan. Sebaik-baik AS menjejak ke tangga bongsu, DBA menikamnya bertubi-tubi untuk menguji kekebalannya. Kemudian DBA mengambil sebuah batu besar lalu dihumbankan batu sepikul itu ke atas kepala AS. Dengan senangnya, AS menyepak batu itu. Selepas pengajaran selesai, DBA ingin mengkhatankan AS kerana ilmu AS sudah penuh dalam dada . DBA menghimbunkan rakyat untuk mengadakan keraian.Sebentar penuh _sesak dengan sekalian rakyat berkampung selepas _tabuh larangan dipukul, canang pemanggil dan gong pelaung dibunyikan. DBA mengumumkan bahawa gelanggang dibuat kerana AS akan _dikhatankan
 
Klimaks


Pada malam Isnin yang cerah, perayaan dimulakan dengan menguraikan tombak dan mengembangkan payung kerajaan diikuti dengan tembakan bedil sambung-bersambung. Segala permainan berlangsung selama seminggu.DBA menitahkan Bujang Selamat memanggil Datuk Mudim Raja kerana DBA berhajat mengkhatankan anakananya. Adat berjaga-jaga dan merium ditembakkan. Setelah itu, DMR meminta pakaian putera raja selengkapnya. Kelihatan wajah AS berseri-seri bagai wajah purnama terlepas dari saputan awan. Sementara itu, para juak-juak, panglima, menteri, laksamana masing-masing dengan pakaian kebesarannya. Maharaja Menteri menjulang AS dan disambut rakyat dengan bunyi yang menggema lalu berarak sekeliling istana sebanyak 7 kali. perarakan didahului , para pendekar leka dengan silatnya, ahli lagu leka dengan dikir dan para khalifah kekebalan leka dengan bermain dabusnya.


Sampai pangkalan AS dimandikan lalu diarak kembali ke istana dengan penuh kebesaran. AS kemudian di dudukkan di atas sebuah peterana dan di kira kanan peterana terdiri daripada 8 orang hulubalang, masing-masing menyelampai selendang kuning, manakala anak-anak beserta dengan tombak menderang. Pada waktu itu, AS diapit oleh dua orang gurunya, diikuti dengan persembahan tarian Ceracap Inai yang ditarikan oleh para pendekar dengan iringan pukulan rebana . Keesokan hari ketika sejuk subuh menggigit tulang, sebelum fajar menyingsing AS telah berendam di telaga diraja lalu dikahtankan oleh DMR. Setelah sembuh khatan, tiba-tiba AS terpandangkan sebuah tongkang masuk ke kuala dari atas anjung perak gemala gantih. DBA segera menitahkan Bujang Selamat bersampan menuju ke tongkang itu bertanyakan sama ada orang di dalam perahu pandai mengasah gigi atau tidak, kerana baginda bercadang melengkapkan AS sebagai seorang muda bangsawan. Setelah berunding antara juragan dengan Cuti, seoang pandai asah gigi, dipanggil ke istana, dijamu dan diberi penghormatan. Upahnya istimewa, iaitu kurang dua, 30 rial batu, emas tiga sejangka, sehari sudah tukang dibunuh, jangan tertiru di Mengkasar.


Peleraian:

Setelah 9 hari 9 malam disapukan baja kayu ke gigi AS sehinggakan wajah AS akan menjadi terpesona oleh keelokannya. Malangnya, Cuti telah dibunuh dan segala bayaran upah dan perkhidmatan diserahkan kepada keluarga Cuti.

contoh karangan panjang-kepentingan Bahasa Inggeris