Saturday, May 22, 2010

esei yang lemah dan kesalahan















kesalahan biasa dilakukan:
1. ia -
perkataan ini langsung tidak boleh digunakan dalam esei.

2. Ini merupakan......
( ini tidak digalakkan sebagai permulaan ayat, tukarkan menjadi Hal ini/ senario ini/ fenomena ini/ gejala ini/ persoalan ini...)


3. tiada perenggan
4. perenggan yang tidak teratur, pendahuluan dan isi bercampur aduk

5. bahasa kurang memuaskan, kurang gramatis ( kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah ini)

6. Tetapi, .....( tetapi tidak boleh dimulakan dalam sesuatu ayat... mesti tukar menjadi Akan tetapi)

· 1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

· 2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

· 3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

· 4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

· 5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

· 6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

· 7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

· 8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

· 9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

· 10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

· 11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

· 12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

· 13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

· 14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

· 15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

· 16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

· 17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

· 18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…

· 19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

· 20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

· 21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

esei berpandu-sumbangan sains dan teknologi


Gred:
20 - 19 (A+)
18 - 17 (A-)
16 - 15 (B+)
14 - 13 (B-)
12 - 11 (C+)
10 - 9 (C-)
8 - 7 (D+)
6 - 5 (D-)
4 - 3 (E+)
2- 1 (E-)




jawapan ringkasan dan pemahaman: kesan industri








Pemahaman.

1. 1. Rangkai kata ini bermaksud banyak syarikat(1m) yang berorientasikan pelancongan ditubuhkan(1m) dengan pesat.

2. 2. Punca yang mengembangkan industri perhotelan termasuklah cita rasa pelancong yang berlainan. Di samping keperluan atau kehendak pelancong juga berbeza. ( 1m )

3. Prakrasa untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang popular termasuklah peranan kerajaan dalam melancarkan kempen yang berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia untuk menggamit pelancong asing atau domestik. Selain itu, usaha sama dengan media massa dalam menwartakan rancangan tentang keindahan Negara kita. ( jawapan lain: pihak kerajaan wajar mengenakan hukuman kepada pesalah yang mengotorkan alam sekitar destinasi pelancongan. / masyarakat dididik sejak kecil lagi untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan memulihara alam sekitar dengan penanaman lebih pokok hijau. / pihak kerajaan menubuhkan pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan Pelancongan untuk mempergiatkan promosi, sekali gus mengedarkan risalah tentang keindahan Negara kita kepada khalayak ramai. / Rancangan tentang dokumentasi dan iklan tentang Negara kita giat disajikan melalui pelbagai wahana kepada khalayak ramai.) … pilih mana-mana dua.(1 ayat 2 m)


Friday, May 14, 2010

Cara menulis karangan ( Isi 1 )

1. Salah satu peranan institusi keluarga termasuklah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2.Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah termasuklah mengadakan program bergotong-royong.

Cara menulis karangan- pendahuluan

soalan tentang gejala sosial (masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah , mat rempit, bohsia, bohjan,
1. Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar.
2. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat.
3.Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita.
4. penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?
5. ........... sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga.
6. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.
7.berita acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan.
8. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia.
9.Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia.
10. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi.
11.isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kesibarat cendawan tumbuh selepas hujan,

Soalan Karangan: Bersempena dengan Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana tentang peranan guru dalam pembangunan Negara.

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Oleh : Aristotle Tan

Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.

Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru. http://twoohiok.wordpress.com

Cara Menulis Karangan Bahagian C (40%)

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:

Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu

· Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur:

  1. Unsur 1 (ayat utama)
  2. Unsur 2 (ayat huraian)
  3. Unsur 3 (ayat contoh)
  4. Unsur 4 (ayat penegas)

B. AKSESORI KARANGAN

  1. Kosa Kata Menarik
  2. Penanda Wacana Menarik
  3. Ungkapan Menarik
  4. Frasa Menarik

PERENGGAN 4 UNSUR:

1. Ayat Utama:

·

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

· Gunakan ayat mudah.

2. Ayat Huraian:

·

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

· Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

· Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

· Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Ayat Contoh:

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

· Data statistik

· Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

· Penemuan atau kajian sains.

· Contoh langsung

4. Ayat Penegas:

Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

· Penutup kepada perenggan

· Menegaskan semula isi utama

Rumusan( setiap perenggan terdapat 4 hingga 5 ayat)
(A1) Apa?Ayat Utama:
-
Apakah isi pokok yang mahu disampaikan

(A2)
Mengapa?Ayat Huraian:
-
Mengapa boleh berlaku (isi pokok)

(A3)
Bagaimana/ Kesan daripada apa?Ayat Huraian
-
Bagaimana boleh berlaku (isi pokok)

(A4)
Contoh/ BuktiAyat Contoh:
-
Apakah contoh yang dapat menunjukkan (isi pokok)

(A5)
PenegasanAyat Penegas:
-
Kesimpulan daripada isi-kembali kepada persoalan pokok






Contoh Soalan Karangan:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. (TUGASAN)

Contoh Perenggan 4 Unsur

  1. · Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA).
  2. · Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian)
  3. · Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH).
  4. · Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian) Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS) (100patah perkataan)

正己,而无求于人,则无怨。

能知足者,则天下无贫
能无求者,则天下无贱
能忍辱者,则天下无祸
能随遇而安着,则天下无困
能造就人材这,则天下无孤
能以身任天下后世者,则天下无绝

万类相感,以诚以心。
人生无求时才能心安。


Sunday, May 9, 2010

Soalan asal ditanya dalam peperiksaan May 2010

29. Tuk Penghulu menasihati penduduk supaya tidak memecahbelahkan perpaduan yang dibina dan hidup dalam suasana aman. Amin berasa marah atas teguran itu kerana berasakan teguran itu ditujukan buatnya. Keadaan ini dikatakan

A hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

B siapa yang makan cili, dialah yang berasa pedas.

C seperti dian, membakar diri menerangi orang lain.

D seperti melukut di tepi gantang.

6. Pihak polis akan melakukan___________ tentang aduan yang dilakukan oleh

wanita itu dengan segera.

A pemeriksaan B penyelidikan

C penyiasatan D pemantauan

7. Sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi telah ________beberapa projek di

kawasan yang terbiar di Kampung Paya dalam usaha mereka hendak menaikkan

taraf hidup penduduk kampung itu.

A melaksanakan B menunaikan C menjalani D melakukan

30. Peribahasa yang berikut bermaksud berada dalam keadaan serba salah, kecuali

A ditelan mati emak. diluahkan mati bapa.

B dilambai tak nampak, diseru tak dengar.

C digenggam takut mati. dilepaskan takut terbang.

D bak membelah kepavang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.

23. Kebanyakan syarikat swasta tidak memberikan bonus tahunan kepada para

pekerjanya pada tahun ini kerana keadaan ekonomi yang kurang

memberangsangkan.

A Banyak syarikat swasta menangguhkan bonus tahunan kepada pekerjanya kerana

keadaan ekonomi masih belum pulih.

B Keadaan ekonomi yang kurang memuaskan menyebabkan banyak syarikat swasta

yang tidak memberikan bonus kepada pekerjanya pada tahun ini.

C Tahun ini banyak syarikat swasta tidak mendapat bonus tahunan kerana keadaan

ekonomi yang lembap.

D Para pekerja di kebanyakan syarikat swasta tidak diberikan bonus pada tahun ini

kerana ekonomi mereka tidak kukuh.

Kata Banyak Makna(1)



Lebur

lebur I

1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata;

11. tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi

  1. 2. begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu
  2. 3. Lebur hatinya gadis itu apabila suaminya bertalak dengannya.
  3. 4. dgn keris dan lembing pada tiap-tiap orang, kita akan dapat meleburkan musuh kita;
  4. 5. meleburkan diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan
  5. 6. ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat
  6. 7. Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini.

mengira-ngira

1. menghitung-hitung, men congak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya;

mengira-ngirakan

meng hitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan;

mengira

1 menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll): Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3 mempedulikan; mengendahkan: Tujuannya adalah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum.

  1. 1. pelayan itu tersenyum sambil mengira-ngira harga minuman(menghitung-hitung, mencongak-congak)
  2. 2. Basir pelayan itu tersenyum sambil mengira-ngira hotel mana yg mampu ditumpanginya;( memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir)
  3. 3. bibirnya kumat-kamit mengira wang yg baru diterimanya; (menghitung (wang dll), mencongakJ
  4. 4. mengira luas bulatan dgn menggunakan formula (menghitung (wang dll), mencongakJ
  5. 5. hatinya cuba mengira sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; (memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan)
  6. 6. dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; (memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan)
  7. 7. soalan itu dikemukakannya dgn tidak mengira kesibukan orang;
  8. 8. pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, (menjangka, menduga, menyangka: )
  9. 9. pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom (menjangka, menduga, menyangkaJ
  10. 10. barangkali ada antara pembaca yg mengira syair tersebut sbg syair bebas; (menganggap, berpendapat, menyifatkan)
  11. 11. kehidupannya bolehlah dikira senang juga; (menganggap, berpendapat, menyifatkan)
  12. 12. setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu;( menganggap, berpendapat, menyifatkan)
  13. 13. ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira;( mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan):