Sunday, January 2, 2011

Karangan 1: Pengalaman pahit sebuah rumah tangga( novel ting2)

Karangan 1: cerpen/cerita
Sempena sambutan Hari keluarga, sebuah akhbar telah menganjurkan pertandingan bercerita yang bertemakan pengorbanan. Anda berminat untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya. ( 45minit. 40%)

Iman bersandar di atas sofa sambil membelek-belek surat khabar. Tiba-tiba suara nenek melayang dari luar. “Tadi, ayah telefon,”. Iman tersentak sambil menatap wajah nenek sedalam-dalamnya.Nenek memberitahunya ayah akan balik dua hari lagi. “Ayah ada tanya pasal ibu?” Nenek menggeleng-gelengkan kepala. Air muka Iman berubah secara tiba-tiba. Raut wajahnya menjadi sayu. Pandangannya dilontarkan ke halaman rumah. Satu keluhan dilepaskan. Dia mengetap bibirnya. Jelas terpancar kekecewaan pada wajahnya. Kakinya melangkah menuju ke bilik. Daun pintu bilik ditolak perlahan-lahan. Beg sekolahnya diletakkan di atas katil. Segenap ruang bilik itu diperhatikan satu-persatu, pandangannya tertumpu ke atas meja tulisnya.Dia merenung tepat gambar ibu dan ayah yang diletakkan di atas meja tulis.Entah apa malang nasibnya, tatkala dia berusia 12 tahun, ayah dan ibunya terpisah. Iman sendiri tidak mengetahui puncanya. Walaupun telah berpisah, hubungan mereka sebagai sahabat masih diteruskan. Namun kasih sayang Iman terhadap kedua-duanya tidak pernah luntur walau sedikit pun. Malah ayah dan ibu mengharapkan agar Iman belajar berdikari dan menerima hakikat bahawa mereka bukan suami isteri lagi.

Keputusan mahkamah menetapkan bahawa ibu mendapat hak penjagaan ke atas Iman, tetapi Iman boleh menziarahi ayah sekali-sekala.Semenjak itulah hidup Iman berubah. Iman tinggal bersama-sama dengan ibu di Kuala Lumpur.Tidak berapa lama kemudian, ibu mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ibu mahu Iman tinggal bersama dengan datuk dan nenek di kampung.

Kini Iman bertekad. Sejak mereka berpisah setahun yang lalu, visi Iman mahu menyatukan mereka kembali sebagai pasangan suami isteri. Dia ingin membina semula keluarganya yang runtuh. Iman menatap potret ibu yang disisip ke dalam bingkai berwarna emas. Ibunya berada jauh di New Zealand untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah kedoktoran. Pada minggu yang lepas, datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran sempena keberangkatan ibunya. Ibu akan menetap di sana selama dua tahun.

Jika diikutkan rasa hati, dia mampu melakukan apa-apa sahaja selain terpaksa merelakan kepergian ibunya. Dia ingin terbang bersama dengan ibunya. Namun, apabila difikirkan tentang persekolahannya, Iman menyingkirkan perasaan itu jauh-jauh. Dia pelajar yang bertanggungjawab dan sentiasa bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan ibu dan ayahnya, serta-merta semangatnya berkobar-kobar untuk Berjaya dalam pelajaran. Yang penting, Iman tidak mahu menghampakan harapan ibu, datuk, dan nenek. Walau bagaimanapun, Iman bertekad ingin menyatukan ayah dan ibu. Setiap malam sebelum masuk tidur inilah rutin Iman, dia akan membalas e-mel-e-mel yang dikirim oleh ibunya. Baik ibu mahupun Iman, tidak pernah terlupa menulis e-mel antara satu sama lain. Inilah penawar rindu dan sepi Iman kepada ibunya yang jauh beribu-ribu batu.

Mata Iman melirik kea rah kotak e-melnya dengan semyuman melebar.Dia berpuas hati kerana dapat mengirimkan e-mel yang bermakna kepada ibunya. 15 haribulan ialah hari jadi ibunya. Iman tersenyum sendirian .. dia sudah mempunyai rancangan yang tersendiri. Lampu kamar dimatikan, Iman dilamun dalam mimpi.
Iman telah dipilih untuk menjuarai pertandingan berpidato sekali gus mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah.Namun hatinya tergores juga apabila dicabar oleh kawan sekelasnya Linda. Melalui e-mel daripada ibu, ibu telah memberi dorongan kepada Iman dan menasihati Iman agar bersabar untuk menghadapi segala dugaan yang ditimpa. Yang penting, kita ikhlas dengan niat kita.

Pagi ini, Iman benar-benar gembira apabila mendengar suara ayah, Yusri di corong telefon. Dulu, Yusri dan Ruhaida, ibu Iman pernah bertugas sebagai pensyarah di kolej yang sama. Ayahnya agak sibuk menguruskan perniagaan perhotelan yang sedang meningkat maju. Dia sering berulang-alik ke luar negara sampai tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Iman. Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak tunggalnya. Walaupun menetap di Kuala Lumpur, Yusri sering menghubungi anak tunggalnya. Dia rajin menelefon dan bertanya khabar kepada bapa dan emak mertuanya sungguppun kurang menjenguk Iman.
Iman mengambil kesempatan mengingatkan hari jadi ibu terjatuh pada 15 haribulan. Iman mendesak ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38 tahun.Namun, Yusri hanya berdiam. Iman mohon untuk mengirimkan kad ucapan bagi pihak Yusri. Ayahnya tidak melarang atau mengeyakan cadangan Iman. Iman menganggap ayahnya bersetuju dengan cadangan itu. Iman sering terkedu dan leka melayan fikirannya, dia memikirkan ayahnya sudah lama tidak menjenguknya malahan emak jauh di luar negara.

Hari pertandingan telah tiba. Sebelum sampai gilirannya, dia bertafakur sebentar sambil mengingati wajah-wajah kesayangannya. Wajah ibu dan ayah silih berganti dalam ingatannya. Tiba-tiba, tatkala dia ingin memulakan pidatonya, dia terpandang seorang lelaki melambaikan tangan kepadanya. Iman tersenyum dan tambah bersemangat. Ayah muncul akhirnya. Keputusan telah memihak kepada Iman, dia diumumkan sebagai juara untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato pada bulan hadapan.Iman terlalu gembira sehingga menitiskan air mata. Iman mendapatkan bapanya sambil menguntum senyuman terhadap bapa yang sedang rancak berbual dengan beberapa orang guru.

Malam ini, Yusri membawa anaknya makan malam di sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan sebuah tasik. Pemandangan di kawasan ini sungguh indah. “Cantik anak ayah hari ini,” puji Yusri sambil menatap wajah anak kesayangannya. Iman memakai baju berwarna ungu, iaitu baju sedondon dengan ahli keluarga sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri. “MAsihkah ayah ingat lagi baju ini?” ujar Iman cuba mengingati kenangan masa lalu. Yusri hanya tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melihat telatah anak tunggalnya. “Jangan ingati lagi kenangan yang dah berlaku,”ujar Yusri secara berjenaka. “ Kenangan itu sudah berlalu daripada hidup kita. Sekarang, kita perlu membina hidup baharu.” Pandangan Yusri dilemparkan jauh, “Alangkah baik jika keluarga kita dapat bersatu semula, Iman saying akan ayah dan ibu,” ujar Iman dengan nada perlahan. Yusri terdiam, bibirnya seakan-akan bergerak-gerak bagaikan ingin menuturkan sesuatu. “Ayah tahu niat Iman selama ini. Iman mahu ayah membina hubungan kita sekeluarga semula, Iman…dalam dunia ini, ada kalanya apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Ayah fikir, Iman terlalu mentah untuk memikirkan hal ini. Kini, ayah telah temui pengganti ibu…” Kata-kata ayah sebentar tadi amat mengejutkan dirinya malah menyinggung perasaan Iman. Sepasang matanya masih terpaku tepat ke wajah ayahnya. Hatinya bergetar dan berdebar-debar apabila mengetahui hakikat bahawa ayah telah menemui jodohnya, iaitu Sofia yang kematian suami. Iman mengalihkan pandangannya ke tengah-tengah tasik, dia cepat-capat menyeka air matanya yang hamper mencecah pipinya yang gebu itu.Iman melepaskan keluhan yang panjang.Nasi goring yang masih berbaki, tidak terasa untuk dijamah lagi. Seleranya hilang secara tiba-tiba.

Hasrat Iman untuk menyatukan kembali ayah dan ibu tidak kesampaian. Dia bakal menerima seorang ibu tiri.Yusri memahami apa yang bermain dalam fikiran anak gadisnya itu. Dia tidak mendesak malah membiarkan Iman melayani fikirannya. Selepas itu, Yusri menghantar Iman balik ke rumah mentuanya. Wajah nenek berseri-seri sambil menyambut cucu kesayangannya. Tiba-tiba, air mukanya berubah menjadi redup, dia tidak dapat menyembunyikan keresahan yang bertapak di sudut hatinya lagi. Iman memandang tepat ke wajah nenek. Air mata yang menanti masa untuk gugur tidak dapat dibendung lagi. Iman memeluk nenek erat-erat.

Iman meluahkan perasaannya dalam e-mel. Tanpa disedari, air mata telah membasahi pipinya.Iman tersedu-sedu menahan tangisannya.Dia berasa kecewa tentang kehancuran hasratnya. Akan tetapi, dia tetap menyemarakkan semangatnya untuk menghadapi pertandingan berpidato yang akann berlangsung pada minggu depan. Segala teks pidatonya disisipkan di dalam diari berwarna ungu. Iman tidak pernah berenggang dengan diari itu.

Kira-kira pukul 8.15 pagi, Iman sudah sampai di sekolah. Iman ialah peserta kedua terakhir yang akan menyampaikan pidatonya. Kawan setianya, Pei Wen menjadi peneman setia dan pendorong Iman tatkala itu. Tiba-tiba, Pei Wen menuding jari ke arah lelaki yang sedang masuk ke dalam dewan. “Eh, lelaki itu macam ayah engkau,” ujar Pei Wen. Iman bingkas bangun.Memang benar, kelihatan ayah sedang bersalaman dengan datuk dan nenek. Perlahan-lahan rasa gementar yang menyelubungi hatinya sebentar tadi kian pudar. Iman tidak tersangka, ayah sudi dating menyaksikan persembahannya pada hari ini. Siapa yang memberitahu ayah ? Iman sudah berpesan kepada datuk dan nenek agar tidak memaklumkan tarikh pertandingan kepada ayah. Setahu Iman, mereka berdua amat berpegang teguh pada janji. Ah, Iman harus memberikan tumpuan kepada persembahannya. Dia berjanji akan memberikan persembahan yang cukup mantap.

Sebagaimana yang diharapkan, Iman muncul sebagai johan dalam pertandingan itu. Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran sebagai tanda kesyukuran kerana kejayaan Iman dalam pertandingan pidato dan peperiksaan baru-baru ini. Selain itu, datuk dan nenek juga mengharapkan kesejahteraan mereka sekeluarga berpanjangan sentiasa. Iman mendapatkan ayahnya yang berada di muka pintu kerana menunggu kehadiran tetamu. “Mak Cik Sofia pun datang bersama dengan anaknya,Adif.” Ujar ayah sambil mengerling ke arah Iman. Ayah menuding jari nya ke arah sebuah kereta yang memasuki perkarangan rumah. Pada pandangan Iman, Mak Cik Sofia merupakan wanita yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Tingkah laku Mak Cik Sofia hamper sama dengan tingkah laku ibunya. “Kenapa Iman pandang mak cik begitu?” soal Mak Cik Sofia tiba-tiba. Iman tersentak. Dia tersipu-sipu malu. Rupa-rupanya Mak Cik Sofia menyedari bahawa dirinya diperhatikan. “Iman, sebenarnya, buat pengetahuan Iman, mak cik dan ayah Iman tiada hubungan lagi. Kami sekadar berkawan baik.” Iman diamkan diri sambil merenungi kepekatan malam. Iman dapat melihat ada sinar yang terang menantinya di hujung sana.

Malam itu, Iman duduk di anjung rumah sambil menghirup udara malam. Suasana riuh rendah kembali sunyi sepi. “ Iman fikir pasal apa?” ujar suatu suara secara tiba-tiba. Iman menoleh sambil tersenyum. Iman menggeleng-geleng, “ Cuti Iman masih panjang. Jadi, ayah pun ambil cuti. Ayah nak bercuti bersama dengan Iman.” “Kita nak pergi ke mana?” soal Iman dengan nada yang ceria. Ayah terdiam. Dia merenung wajah Iman sedalam-dalamnya. “Kita ke New Zealand. Ayah sudah fikir masak-masak tentang keluarga kita. Iman amat memerlukan ayah dan ibu di sisi Iman,” ujar Yusri sambil merenung kegelapan malam. “setelah berfikir sedalam-dalamnya, ayah tidak mahu melakukan kesilapan kali kedua lagi. Bagi ayah, Iman adalah segala-galanya,” Yusri menahan sebak. Iman menggengam telapak tangan ayahnya erat-erat. Mata ayahnya direnung sedalam-dalamnya. “Ayah berkorban demi kebahagiaan Iman?” Tanya Iman. Ayah tidak menjawab. Pandangannya masih lagi merenung tepat ke arah kepekatan malam. Kali ini, ayah telah menunaikan pengorbanan yang tidak ternilai buat dirinya.

“ Iman, kita bina semula ikatan keluarga kita yang runtuh selama ini,” tegas Yusri dengan semangat. Iman faham dari sanubarinya, ayah berkorban demi kebahagiaannya. Dia merenung ayah, pandangan ayah masih tepat merenung kea rah kepekatan malam.

Make Learning is Fun: 2011 starting

Make Learning is Fun: 2011 starting

2011 starting

Ok.. my Bm Class for 2011 be back again
2010 ciao
anyway. my new students
cikgu phong being back and try to serve the best for all of U.
YUP...wondering also, who will u be
jz follow me, fr time to time


some of the exercises are subjected to be copyright reserved

Saturday, September 25, 2010

LAST WORD..good bye for this blog

today i coped with with some stuffs, but i still rushing to school, jz hope that can help my students to solve their problems. I knew they surely get something on theirs nerves ... i tried my best, today is the last striving... i wanna lift my finger to my students...
and perhaps can give them some tips..soothing..and inspired them

jz hope that they have fully confidences facing their exams

BUT

when arriving, thousand of expressions flipping on my mind

BUT i knw..they will be happy n clapping their hand .. they were over the moon ( u knw my feeling..jz like doing a merit to them, made ppl happy always my philosophy of life)

AND me...jz like a spoilsport to them, moody whether had drenched their body and me.. the turns ,,, made them under the whether after seeing my presence ..
me.. as a wet blanket

what can i do??? ( i keep asking myself ..enter the class?? if not entering, i being DEMERIT)

haha.. feeling so sorry by that moment to let them feeling disappointed..i wanna bury myself in somewhere

my students, so sorry..made u upset jz becoz of my appearence

i need to repent of my teaching .. i must confess i m afailure teacher

LAST word to my 2010 students...
i apologized for my words if hurt u before and so appreciated if u appreciated me b4

having a whale of time for this final year exam and holiday

this blog will be ended up in memory

GOOD BYE

and blessing you all get a good result

thx ...for passing by this year

cikgu phong..released burden starting from tonight

BYE

no matter u are, u still the cream of the crop... in my remembrance to U

GRATITUDE for being my STUDENT

THANKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Friday, September 24, 2010

komsas tingkatan 1

Drama: mendung hitam beralih jua

bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;

merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi ke­biasa­anku, tidaklah ibuku berungut lagi;

cekak Iukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas.

senang1 tidak berasa susah; tidak ada yg menyusahkan: Orang kaya belum tentu ~ hidupnya. 2 berasa puas atau lega: Sekarang barulah ~ hatinya. 3 tidak susah atau tidak sulit melakukannya; mudah: Hitungan ini ~ saja. 4 suka; sesuai: Saya tidak ~ tinggal di sini.
mengunjukkan1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan;

membelek-belek
memerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: ia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar.

menyangkutkan1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyang­kutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta;

rezeki
segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita.

pitih
Mn, Kl pitis, duit.

berang(bérang)
marah (yg amat sangat), gusar: ia masuk dgn muka yg ~; Hasyim membentak dgn ~;

heboh(héboh)
1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan ke­gemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkata­kan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang;

Gadai1
. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;

Menoleh
berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun;

menjenguk1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini;

gelap1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar;

Latihan Mendung hitam Beralih Jua
1. Nyatakan teknik plot dan gaya bahasa
a) Pak Jusuh: Baiklah, Man. Nampaknya kalau saya tidak menyertai tanah rancangan, hidup saya akan terus gelap. Hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni. teknik plot(TP): imbas muka, Gaya bahasa(GB): simile
b) Mutu duduk, Mak Limah masuk, kemudian keluar membawa sebuah radio.TP:pemerian
c) Mak Limah: (merungut) Hai, di rumah ini kalau aku…..TP: monolog
d) Pak Jusuh: Wah, 75 ringgit! Lagi-lagi duit, lagi-lagi duit! Di manakah aku nak mencari duit sekarang? TP:konflik GB: sinkope, repetisi
e) Mak Limah: Mengapa pula ribut-ribut ini bang? GB: simbolik, kata ganda, sinkope
f) Mutusami: Bayarlah sikit, Mak Limah. Kalau saya bawa ke mahkamah nanti, awak susah pula. TP: imbas muka
g) Duit bukulah, duit bajulah, duit periksalah.GB: anafora
h) Mereka itu biarlah, MIlah. Mereka semuanya sudah pandai.GB: repitisi
i) Mak Limah cepat-cepat bayar. GB: kata ganda
j) Awak hutang saya punya kedai sudah banyak. GB: inversi(hutang awak kedaisaya punya sudah
k) Pak Jusuh mendapatkan pertolongan daripada Pak Seman untuk berjumpa dengan tuk penghulu bagi menyertai tanah rancangan. (plot: peleraian TP: kejutan kerana tiba-tiba menerima pertolongan)
l) Mutusami mendesak Pak Jusuh menjelaskan hutangnya. Pak Jusuh bertengkar dengan Mutusami kerana kegagalannya menjelaskan hutang. TP: saspens
m) Mak Iimah mahu menyerahkan radio miliknya bagi membiayai sebahagian hutangnya kepada Mutusami. Hasil perundingan dengan Mak Limah, Mutusami menangguhkan pungutan hutang tersebut. ( plot: klimaks, TP: konfliks)
o) Tindakan Pak Jusuh apabila Mutusami terus-menerus mendesaknya untuk menjelaskan hutangnya. ( plot: peleraian)
p) Pak Jusuh tiba-tiba membuat keputusan untuk menyertai tanah rancangan. (TP:kejutan)

2. Nilai:
q) Mutusami: jangan itu macamlah, Jusuh. ( nilai Mutusami: sabar/bertolak ansur)
r) Pak Jusuh: Mutu! Awak boleh balik sekarang! Balik! Balik! ( nilai Pak Jusuh: panas baran)
s) Jamilah: Alah, mak ini! Milah nak tengok-tengok saja. Kawan-kawan Milah yang lain pun banyak yang pergi…(nilai Jamilah: tidak akur kepada perintah)

2. Perwatakan
Watak dinamik:Pak Jusuh
watak protoganis:Mutusami/ Mak Limah
Watak pipih:Pak Seman
Watak sampingan:Jamilah

b) Berikan contoh nilai yang terdapat pada perwatakan di bawah inL
(a) Pak jusuh(berpandangan jauh)
Pak Jusuh menyertai tanah rancangan kerana merasakan kehidupan keluarga mereka akan berubah
(b) Mak Milah (bertanggungjawab)
berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keluarganya
(c) Mutusami (bertimbang rasa)
menangguhkan hutang Pak Jusuh
(d) Pak Seman(baik hati)
membantu Pak Jusuh yang ingin menyertai tanah rancangan

3. Mengapakah Pak Jusuh tidak dapat membayar hutang Mutusami?
Pak Jusuh tidak mempunyai wang pada masa itu

4. Mutusami mahu menyaman Pak Jusuh di mahkamah kerana
Pak Jusuh tidak mahu membayar hutangnya

5. Persoalan dalam drama ini:
a) bertolak ansur dalam sesuatu perkara
b) berusaha untuk mengubah kehidupan
c) bantu-membantu dalam masyarakat

6. Drama ini bermula dengan perbualan antara Mak Limah dengan Jamilah tentang aktiviti Jamilah

7. Masalah yang dihadapi ole Pak Jusuh, ialah
a) tidak mempunyai wang untuk membiayai yuran anaknya.
b) hutang di kedai semakin meningkat
c) hasil tangkapam ikannya semakin menurun

8. Apakah cadangan oleh Mak Limah kepada Pak Jusuh?
Menjadi peserta tanah rancangan

9. Nilai pada perwatakan Mak Limah:
belas kasihan, prihatin, bertanggungtawab

10. Peleraian drama ini ialah
Pak Jusuh menyatakan keinginannya untuk menjadi peserta tanah rancangan

11. Klimaks drama ini ialah Pak Jusuh menghalau Mutisami keluar dari rumahnya.

12. Nyatakan benar atau salah tentang Pak Jusuh:
a) menyesali diri kerana hidup dalam kemiskinan ( betul )
b) seorang yang buta huruf ( betul)
c) menjalankan aktiviti menangkap ikan secara tradisional ( betul )
d) masih belum memiliki kesedaran bagi membaiki cara hidup ( salah)

13. Milah memohon kebenaran ibunya untuk pergi (a) Ibunya agak keberatan memberikan kebenaran kerana (b) Milah menyerahkan surat yang meminta ayahnya menjelaskan (c)sebanyak tujuh puluh lima ringgit. Akibat kesempitan hidup sebagai nelayan, Pak Jusuh tidak mampu (d) Pak Jusuh mengeluh kerana (e)manakala hasil tangkapan amat berkurangan. Mak Limah pula merungut akibat kesempitan hidup mereka. Mutusami datang (f) daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh bertengkar dengan Mutusami kerana kegagalannya menjelaskan hutang. Hasil perundingan dengan Mak Limah, Mutusami (g) . Pak Jusub mendapatkan pertolongan daripada Pak Seman untuk berjumpa dengan tuk penghulu (h)Menurut Pak Seman, banyak kemudahan yang akan diperoleh peserta tanah rancangan.


a: ke perjumpaan belia di balai raya
b: Milah masih bersekolah lagi
C: yuran peperiksaan SPM
d: untuk menjelaskan bayaran berkenaan
e: di kedai Mutusami semakin meningkat
f: untuk mengutip hutang
g: menangguhkan pungutan hutang tersebut
h: bagi menyertai tanah rancangan

14. Pemikiran yang paling relevan dengan drama ini ialah seorang yang tidak mahu mengubah sikap akan terus ketinggalan

15. Nyatakan kemudahan yang terdapat di tanah rancangan
bantuan pelajaran anak-anak

16. maksud rangkai kata hidup saya akan terus gelap : Masa depan hidup seseorang yang masih belum menentu

17. Latar tempat dalam drama ini
ruang tamu rumah Pak Jusuh

18. Apakah tujuan Mutusami datang ke rumah Pak Jusuh?
Untuk menuntut hutang daripada Pak Jusuh.

19. Susun semula ayat-ayat di bawah mengikut jalan cerita drama Mendung Hitam Beratih Jua.

a)Pak Jusuh susah hati kerana dia tidak ada wang.......(5)
b)Pak Jusuh tidak dapat membayar hutangnya.........(8)
c)Jamilah menyerahkan surat dan sekolah yang meminta pembayaran yuran peperiksaan SPM kepada ibunya. ...........(3)
e)Mak Limah menawarkan untuk memberi Mutusami radio..(10)
f)Jamilah hendak menghadiri perjumpaan belia di balai raya kampungnya...(1)
g)Apabila Pak Jusuh pulang, Mak Limah memberitahunya tentang yuran SPM Jamilah....(4)
h)Mutusami datang untuk mengutip hutang dan Pak Jusuh. .....(7)
i)Hasil tangkapan tiada dan hutang barang makan makin bertambah.....(6)
j)Mak Limah lebih suka jikalau Jamilah meluangkan rnasa untuk rnerigulang kaji pelajaran kerana peperiksaan SPM menjelang tiba. ........(2)
k)Mutusami tidak mengambil radio itu dan bersetuju untuk mernanjangkan tempoh hutang...11
l)Pak Jusuh menjadi marah lalu menghalau Mutusami dan rumah kerana Mutusami terlalu mendesaknya menyelesaikan hutang..........(9)
m)Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh.....12
n)Pak Seman memberi galakan kepada Pak Jusuh untuk menyertai tanah rancangan kerajaan............14
o)Pak Jusuh mengadu kepada Pak Seman tentang masalah kewangannya........13
p)Pak Jusuh berminat untuk mengikuti rancangan kenajaan........15
q)Pak Seman akan membawanya berjumpa tuk penghulu untuk menguruskan hal tersebut.......16

20. Nyatakan persoalan yang sesuai dengan petikan drama di bawah.
(a) MAK LIMAH: Dulu saya suruh awak masuk tanah rancangan awak tak mahu. Kalau tidak, kehidupan kita tentu sudah berubah. Tengok Pak Seman itu. Sekarang sudah senang. (hal. 164)
usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kehidupan para peneroka tanah rancangan

(b) PAK JUSUH Habis, kalau tak ada duit, hendak dibayar dengan apa? Tengok hari ini, sia-sia saja aku ke laut. Seekor ikan pun tak dapat. Hutang barang makan di kedai ... makin bertambah. (hal. 164)
pembelian secara hutang oleh masyarakat kampung/ kesusahan golongan nelayan

(c) MAK LIMAH Tolonglah, Mutu. Kami tidak ada wang sekarang. (hal. 167)
kepayahan yang dihadapi oleh si piutang tatkala memungut hutang/ desakan perasaan yang dirasai oleh golongan miskin

21. Maksud Rangkai kata
(a) PAK SEMAN: Wah, sudah besar Jamilah sekarang!: (hal. 169)
kini Jamilah sudah dewasa
(b) PAK JUSUH : Tambahan pula sekarang ini musim tengkujuh. (hal. 164)
kini masa hujan lebat


Penggunaan Kosa Kata:
1) rambut dan habuk ~ di lantai (bersepah-sepah)
2) bukankah banyak buah belolok dalam kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan. (bersepah-sepah)
3) ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising;(merungut)
4) Dia ~ rambut untuk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas (mencekak)
5) Suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding (heboh)
6) Jangan buat ~ di bilik guru. (heboh)
7) Peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang; (heboh)
8) Dia berjalan terus dengan tidak ~ ke kiri ke kanan pun ( Menoleh)

9) kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini (menjenguk)
10) setelah mendengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu (menjenguk)
11) ia menghunus goloknya dan mem~nya sebentar. (membelek-belek)
12) ia masuk dgn muka yg ~; Hasyim membentak dgn ~ (berang)
13) satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; bb(menyangkutkan)
14) sejak peristiwa itu, dia telah ~ hati terhadap gadis itu. (senang)
15) Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa. (mengunjukkan)


Sajak : Asap

bisa I
1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~
bisa III
boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan.
rongga I
lubang, ruang; ~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut;
lemas I
tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung;
lemas II
1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan);
belas I
hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;
berbelas= ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati.
bahang Ihawa panas, kehangatan (yg terbit drpd api, panas tubuh, dll): tidak tertahan ~ api;
Matahari ~ haba unggun api ~ badannya.
marahnya ~ muka;
Latihan

Maksud

a)Rangkap ketiga Asap :Perokok
b) Memedihkan mataku menangis-tanpa sebab?
Asap menyebabkan mata penyajak berair tanpa sebab
c) Dan aku tenggelam lemas tanpa airnya?
Penyajak berasa sukar untuk bernafas
d) Dengan sentuhan
Senggolan, singgungan
e) Tetapi bahangmu cukup memusnahkan segala
Kesan asap sudah cukup membawa kerosakan alam
f) Tanpa belasan
Tidak berperikemanusiaan

2. Mengapakah penyajak menangis?
Asap yang pedih telah menyakitkan matanya sehingga matanya beralir

3. Bagaimanakah penyajak boleh lemas tanpa kehadiran air?
Sebenarnya ada air tetapi penyajak yang terlalu panik tidak menyedari keadaan sebenar.

4. Apakah perasaan penyajak ketika menulis sajak ini?
Marah / ironi/ kecewa/ sedih

5. Tema sajak
Masalah pencemaran udara / kesan negatif pencemaran udara

6. Pada pendapat anda, apakah kaedah yang paling berkesan untuk memastikan supaya kehidupan manusia bebas daripada masalah asap?
Mendidik manusia tentang cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
perbuatan membakar dan menyedarkan mereka tentang akibat buruk pembakaran

7. Kesan daripada asap dapat menyebabkan
Kerosakan jantung seseorang

8. Mengapakah air mata penyajak keluar tanpa sebab?
Mata dimasuki asap

9. Apakah punca berlakunya pencemaran alam sekitar mengikut sajak Asap?
Pelbagai jenis asap buatan manusia

10) Apakah maksud rangkap pertama?
Asap menyebabkan mata berair kerana pedih

11) Pada rangkap yang manakah penyajak menyatakan asap menyebabkan jantung sukar berfungsi?
Rangkap ketiga

12) Apakah ciri yang membezakan sajak ini dengan pantun..
Berbentuk bebas

13) Dalam rangkap satu, mengapakah asap dikatakan mempunyai bisa?
Boleh memedihkan mata

14) Nyatakan 2 pengajaran…

kita mesti menjaga alam sekitar
kita mesti memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar

Latihan : Sajak : Jangan

Mengapakah penyajak tidak mahu berpisah dengan anaknya?
Penyajak terlalu menyayangi anaknya
2. Permata hati bermaksud…
Berbudi tinggi/ cantik/ dikasihi/diingati
3. Apakah permintaan penyajak?
Tidak memisahkan kasih sayang dengan anaknya
4. Tema sajak lebih berpusat kepada…
Kasih sayang
5. Persoalan diketengahkan oleh penyajak…
Bertanggungjawab kepada amanah yang diberi
Perjuangan mempertahankan hak
Semangat hormat-menghormati
6. Mata hati:
Orang yang paling disayangi
7. Dua pengajaran:
Kita hendaklah mengasihi anak yang diberikan Tuhan
Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada anak yang merupakan amanah Tuhan
8. Penyajak bimbang akan berpisah dengan anaknya kerana…
Terlalu sayang akan anaknya
9. Maksud pembalut luka…
Mengubat hati yang dukacita
10. Belahan jiwa merupakanunsur gaya bahasa…
Metafora
11. Rangkap ketiga, penyajak berazam…
Mencari anaknya walau di mana-mana sahaja anaknya itu berada
12. Rangkap kedua, sajak menyatakan..
Kesedihan penyajak apabila berpisah dengan anaknya
13. Maksud baris-baris sajak..
Pembalut luka dan penghibur lara
Pengubat hati yang sedih dan tempat untuk bergurau senda
(b) Menjadi mata hatiku
Segala tumpuan kasih sayang hanya pada anaknya seorang
14. Perwatakan penyajak ialah seorang yang
Nekad
15. Sajak ini ________ kesedihan yang dirasai oelh penyajak
16. Sajak ini merupakan _______ penyajak yang terpisah daripada anaknya.
17. Rayuan penyajak supaya anaknya tidak __________ daripadanya.
18. Siapakah penyajak?

Wednesday, September 22, 2010

Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

Saban hari, kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya melalui pelbagai media massa. Fenomena kecelakaan jalan raya telah menjadi agenda aktuil yang glamor dipertikaikan dalam persidangan parlimen. Kejadian ini bukan sahaja melibatkan kecederaan biasa, malahan melibatkan kecacatan anggota badan serta kehilangan nyawa pengguna jalan raya. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengorak langkah yang drastik dan pragmatik untuk mencegah fenomena ini daripada terus menular.

Langkah dominan yang diambil adalah dengan meningkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan-kawasan yang kerap kali tercetusnya kemalangan oleh pihak berkuasa. (AJ) Hal ini demikian kerana amalan pemantauan ini diibaratkan mencegah lebih baik daripada merawat, malahan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.(M) Tindakan kawalan dan pemantauan ini wajar dilaksanakan terutamanya semasa musim-musim perayaan. (C) Hal ini kerana pada musim tersebut, bilangan kenderaan di jalan raya meningkat secara mendadak, justeru para pengguna jalan raya seakan-akan melupakan keselamatan diri mereka lantaran dibuai dalam kegembiraan menyambut sesuatu hari perayaan. (M) Dalam konteks ini, tindakan pihak polis menjalankan operasi mendadak secara berkala amatlah diperlukan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (P)

Selain itu, kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya yang lebih tegas. (AJ) Hal ini kerana hukuman yang setimpal dengan kesalahan akan menyerikkan pesalah malahan menanam kesedaran para pengguna jalan raya agar menghargai nyawa setiap individu mengikut nilai-nilai syamul keinsanan. (M) Misalnya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, dan lain-lain wajarlah dikenakan denda atau kompaun secara serta-merta. Di samping, kesalahan berat misalnya membabitkan kehilangan nyawa orang lain, lessen pemanduan mereka perlulah digantung atau dikenakan hukuman mandatori. (C ). Dengan ini, pihak berkuasa yang melaksanakan undang-undang mestilah tidak bersikap memilih bulu.(K) Sesungguhnya kealpaan mereka walaupun dalam sedetik akan menyebabkan kedukaan seseorang akan berlanjutan sepanjang hayat mereka.(P)

Seterusnya, kempen kesedaran yang berkesan dipraktikkan secara berterusan melalui usaha sinergi antara pihak media massa dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).(AJ) Kempen sifar kemalangan ini tidak patut melepaskan batuk di tangga sahaja kerana kempen ini penting untuk mendedahkan kesedaran kepada masyarakat bahawa jalan raya bukan medan perlumbaan.(M) Melalui ceramah dan iklan yang disiarkan atau penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah amat penting untuk mendedahkan para pelajar tentang peraturan jalan raya yang wajar dipatuhi. (c) Dalam konteks ini, sikap pandu cermat jiwa selamat akan terpasak dalam jiwa raga semua pengguna jalan raya, khususnya anak watan pewaris bangsa sejak di bangku persekolahan lagi.(P)

Sementara itu, dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pihak kerajaan juga hendaklah menyelenggarakan keadaan jalan raya. (AJ) Hal ini kerana permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata akan mencetuskan kemalangan, justeru pemandu terpaksa berhenti secara mendadak untuk mengelak lubang ini. (M) Misalnya, peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan wajarlah berterusan untuk membaiki keadaan jalan raya yang tidak selamat. (C) Sesungguhnya persekitaran dan keadaan jalan raya di negara kita masih ketinggalan dan masih tidak mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang mempunyai persekitaran yang konduktif di jalan raya.(P)

Dalam perspektif yang lain, para pemilik kenderaan perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan mereka secara berkala.(AJ) Hal ini penting kerana keadaan tayar yang botak dan brek yang kurang berfungsi akan menyebabkan kemalangan halimun. (M) Misalnya, kenderaan pemandu boleh diselenggara melalui Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM) yang terdapat di merata-rata tempat. (C) Sesungguhnya sikap sediakan paying sebelum hujan perlu dipraktikkan oleh semua pemandu. (P)

Tuntasnya, kemalangan jalan raya merupakan musibah yang tidak diingini oleh semua orang. Oleh itu, semua pihak wajar menarik rambut di tepung semasa menggunakan jalan raya kerana malang tidak berbau.

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan melanda masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

Usaha perdana untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.(AJ) Wadah ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain. (M) Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman penghuni, fenomena ini bersesuaian dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. (M) Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong dijalankan melalui pembersihan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. (C ) Oleh itu, aktiviti ini dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata pujangga yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni.(P)

Selain itu, perpaduan kaum di Malaysia dapat dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum secara bersama. (AJ) Melalui aktiviti ini, talian ukhuwah dan hubungan silaturahim antara jiran daripada pelbagai kaum dapat dijalinkan. (M) Contohnya, sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. (C ) Melalui aktiviti kunjung-mengunjungi sesama kaum, perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain dapat diterbitkan, sementelahan semangat kental ini akan memacu anak watan ke arah kegemilangan dan menangani syak wasangka antara kaum. (K) Ibarat kata mutiara, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (P)

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum. (AJ) Wahana yang dijalankan ini dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia, justeru semangat patriotik dapat ditanam malahan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. (M) Tamsilannya, sepak takraw yang dikuasai oleh kaum Melayu sejak zaman leluhur juga dikongsi bersama-sama dengan kaum lain. Dalam konteks ini, sukan badminton merupakan teladan yang relevan kerana mampu dikuasai oleh pelbagai kaum sejak belakangan ini. (C ) Dalam kontek ini, bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan semasa pertandingan di peringkat antarabangsa akan mengutuhkan masyarakat sarwajagat sekali gus meningkatkan imej negara di seantero pelosok dunia. (P)

Memang tidak dapat disangkal, sambutan Hari kebangsaan afdalnya membuka tabir dalam usaha memupuk perpaduan masyarakat mutakhir. (AJ) Hal ini kerana tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang mengingatkan rakyat jelata tentang jerih perih yang pernah ditempuhi oleh pejuang kita. (M) Melalui pelbagai aktiviti dan upacara sambutan yang dijalankan ini nescaya dapat menyemarakkan ukhuwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, malar-malar sebagai sumber inspirasi kepada para remaja. (C + M) Di samping, penghayatan sambutan Hari Kebangsaan akan menyuntik elemen positif dalam jiwa anak watan sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. (K) Amalan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri perlulah dipasakkan hingga akar umbinya agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.(P)

Intihanya, semua pihak wajar sedar akan pentingnya memupuk perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka malahan memandang enteng akan perpaduan, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya. Sesungguhnya, terlajak perahu boleh dilundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.


Permainan tradisional dan Usaha Mempopularkannya

Kini, permainan tradisional makin dipandang enteng oleh generasi muda malah kedapatan juga telah pupus ditelan zaman. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Oleh itu, pelbaga langkah pragmatik telah diambilkan untuk mempopularkan permainan tradisional yang dijalankan sejak zaman leluhur lagi.

Ghalibnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional yang dicipta oleh masyarakat leluhur merupakan lambang sesuatu bangsa. (AJ) Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. (M) Pada kebiasaanya, permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing dan sepak takraw dimainkan pada masa lapang pada perayaan tertentu seperti musim menuai padi. (C ) Namun demikian, permainan tradisional kini hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini kerana permainan tradisional diibaratkan warisan tradisi dan lambang kemegahan masyarakat terdahulu semakin dikikis dalam arus globalisasi. (P)

Realitinya, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini. Faktor perdana disebabkan remaja zaman muasir ini beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman. (AJ) Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer merupakan ancaman halimun kepada permainan tradisional. (M) Malahan remaja mutakhir lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar sekali gus memerlukan daya saing serta daya tahan yang kental. (C ) Oleh itu, generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai asal-usul sesuatu permainan tradisional. (P)

Walakin begitu, pelbagai usaha wajar ditelaah hingga akar umbi agar memartabatkan permainan tradisional seperti kata pujangga tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pihak sekolah merupakan pundak harapan nusa untuk menyemarakkan semangat ini. Untuk melaksanakan wadah ini, pihak sekolah mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam permainan tradisional. (AJ) Langkah ini akan memperkanalkan cara-cara memain agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. (M) Sebagai contoh, Festival Layang-layang peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. (C ) Oleh itu, selain dapat memperkenalkan warisan tradisi masyarakat, malah dapat menggamit kedatangan pelancong asing dari seantero glabal.(P)

Sementara itu, pihak kerajaan bersinergi dengan media massa domestik dan luar negara untuk mempopularkan permainan tradisional. (AJ) Pihak berkuasa wajar berganding bahu untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mempromosikan permainan tersebut dengan mengadakan pameran dan pertandingan kepada khalayak ramai dan para pelancong di tempat pelancongan. (C ) Hal ini kerana kempen tersebut akan meningkatkan publisiti negara kita serta menuntut anak watan mengotakan aspirasi nenek moyang leluhur. (M) Tegasnya, semua pihak perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. (P)
Ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikant untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. (AJ) Ibu bapa merupakan modal teladan untuk mengajar anak mereka tentang cara-cara permainan tradisional sejak kecil lagi. (C ) Situasi ini dapat bersangkut paut dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional , malah bermain bersama-sama dengan anak mereka. (C ) Situasi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air. (P)

Natijahnya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama mempopularkan permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda.

nota tatabahasa

bentuk jamak

1.Deretan kereta-kereta - Deretan kereta
2.Beberapa buah buku-buku- Beberapa buah buku
3.Lima orang murid-murid-Lima orang murid
4.Jumlah peserta-peserta - Jumlah peserta
5.Ibu bapa-ibu bapa - Ibu bapa
6. Burung-burung berterbangan - burung berterbangan
7. Penduduk-penduduk negara kita - Penduduk negara kita
8. Setiap butir-butir - setiap butir
9. Sebahagaian daripada calon-calon - sebahagian daripada calon
10.Rangkaian pasar-pasar raya - rangkaian pasar raya

Hukum D-M

1.Lembu kereta 牛车 - kereta lembu
2.Penghawa dingin 冷气 - dingin penghawa** (weird lor)
3.Pejabat besar pos 大的邮政局 - pejabat pos besar
4.Ekspress bas 快车- bas ekspress

Frasa kerja transitif
1.Meningkatkan lagi pencapaian - meningkatkan pencapaian lagi
2.Menyatakan tentang perkara - menyatakan perkara
3.Membawa juga alat - membawa alat juga
4.Memahami akan masalah - memahami masalah
5.Menyalin semula lirik lagu itu - menyalin lirik lagu itu semula

kk transitif mesti diikuti dengan kana nama

Frasa kerja tak transitif
1.Bergantung kepada – bergantung pada
2.Tertakluk kepada – tertakluk pada
3.Berdasarkan kepada – berdasarkan
4.Berjumpa pengetua – berjumpa dengan
5.Muncul juara - muncul sebagai juara
6.Teringatkan kekasihnya – teringat akan kekasihnya
7.Rindukan – rindu akan
8.Sukakan – suka akan

(kk tak transitif mesti diikuti dengan kata sendi)

Frasa kerja pasif

1.Dibaca oleh saya - saya baca
2.Kami akan kaji - akan kami kaji
3.Terambil Ali - terambil oleh Ali
4.Akan ditulis oleh kamu - akan kamu tulis
5.Mereka tulis - mereka menulis atau ditulis oleh mereka

(** kalau ter- mesti diikuti OLEH)

Frasa sendi nama
1.Hingga ke petang
2.Demi untuk
3.Selain daripada
4.Oleh kerana
5.Di dalam pelbagai
6.Dalam bilik

Kata adjektif

1. memper…kan cth: memperbesarkan (X) - memperbesar
2. KA( perasaan) tanpa berimbuhan + kata sendi akan apabila diikuti KN
suka
Benci
Rindu
Sayang
Cinta
Kasih
Marah
Gemar
Yakin
Percaya
Lupa
Ingat
Sedih

3. KA (perasaan) berimbuhan ter- + KS oleh ( diikuti KN)
Tertarik oleh kejelitaan
Terpesona oleh
Terpengaruh oleh
Terpedaya oleh

4. KA berapitan ke…an yang bermaksud SEPERTI tidak diikuti oleh KN
Perangainya seperti keanak-anakan sahaja ( salah)
Perangainya keanak-anakan sahaja. (betul)
Perangainya seperti anak-anak sahaja. (betul)

5. KA berawalan se- bermaksud sama dengan tidak diikuti oleh KS dengan
Kehebatannya setanding dengan pemain import itu. (salah)
Kehebatannya setanding pemain import itu. (betul)
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu. ( betul)

6. KA ke…an bermaksud seakan-akan / agak tidak diikuti dengan kata penguat agak
Warna bajunya agak kekuning-kuningan.(salah)
Warna bajunya kekuning-kuningan. (betul)
Warna bajunya agak kuning. (betul)

7. Kata Ganda tidak perlu diikuti dengan Kata Penguat
Sangat hiruk-pikuk(salah) agak riuh rendah (X)

8. kata penguat kurang tidak digunakan untuk menegaskan kata adjektif yang mempunyai sifat negatif.
Keadaannya kurang tenat semalam. (salah)
Keadaannya kurang baik semalam. (betul)

sempang

Kata ganda memerlukan sempang, tetapi kata majmuk tidak memerlukan sempang. Dalam konteks di atas kuih-muih ialah kata ganda, dan muih tidak ada makna dan tidak boleh berdiri dengan sendiri. Jadi memerlukan tanda sempang.

1. kata ganda dieja dengan tanda sempang ((kuih-muih)
2. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang - apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan (bukit bukau)cth sampah sarap, sangkut paut, semak samun
2. Yang tiada sempang dipanggil kata majmuk)
3. Penggunaan sempang
i. kata ulang cth. anak-anak,
ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,
iii. memperjelaskan ungkapan,
iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,
v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar.

4. kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang (rakan-rakan, kuih-muih, dll)
5. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang - apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan (bukit bukau, sampah sarap). (Kata majmuk)

6. Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun).

7. Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.

8. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu, penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 76.

9. Kata ganda berentak dieja tanpa tanda sempang jika kedua-dua perkataan ada makna tersendiri spt bukit bukau, namun kekecualiaan pada beberapa perkataan spt kiuh-muih (kedua-duanya ada makna tetapi tidak berkaitan - saki bermaksud kawan), tanah-tanih (tanih ialah istilah dlm bidang Geologi)

10. berjimat- cermat ada sempang.

11. Ejaan yang betul ialah "bukit bukau" = kata ganda tetapi dieja terpisah kerana kerana kedua-dua perkataan membawa makna tersendiri (bukau juga bermakna lembah)

12. Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:

13. i. penggandaan penuh
ii. penggandaan separa
iii. penggandaan berentak.

16. Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya:

17. laki ---> lalaki --- >lelaki

18. siku ---> sisiku ---> sesiku

19. jari --- > jajari --- >jejari

20. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus .

21. Gerak kerja dan kemas kini dieja terpisah sebagai dua perkataan.
Kasih sayang dieja dua perkataan tanpa penggunaan tanda sempang.

22. Tanda sempang digunakan untuk menyambungkan unsur-unsur kata ulang, cth. anak-anak, gotong-royong, adik-beradik