Thursday, August 19, 2010

Budi seorang Bapa Angkat

Merawi
beriwayat, bercerita;

Khatam
tamat atau selesai (mengaji atau membaca Quran): Setelah ~ mengaji Quran, putera itu belajar menunggang kuda dan bermain tombak. berkhatam, =~ Quran tamat atau selesai belajar atau membaca Quran.

Sekata
1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza­ beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll;

Buka hati
menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu

tepis I
menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; ke-mungkinan utk ~ tindakan tentera pihak musuh; menepiskan 1. menangkis pukulan (serang­an dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penum­buk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. meng­ibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya.

Menangkis
1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu;

Menepuk
memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya
Tengkolok
sj kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak; ~ alang destar yg lilitnya rendah; 2. sj kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita;bertengkolok memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~.
deriaalat perasa (pencium, pendengaran, pe­lihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala;

Terhunus
telah sedia tercabut (dr sarungnya): memegang pedang yg ~.
Kebal
1 tidak dpt dilukai atau tidak dpt ditembusi senjata; tidak lut: Orang itu ~, tidak lut oleh senjata. 2 tidak dpt dituntut atau tidak dpt didakwa di mahkamah

humban
I= ~ tali = penghumban alat drpd tali utk melontarkan batu; menghumban 1. melontarkan batu dgn hum­ban; 2. melontar jauh-jauh, melempar: maka dihumban oleh gajah akan orang yg di atas kandang itu; menghumbankan melontarkan, melem­par­kan: diambil pula batu berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang; terhumban terjatuh dgn kuat, tercampak.

Khatan
sunat (memotong kulup); berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi; mengkhatankan menyunati: biasanya di adakan kenduri apabila ~ anak; perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat; pengkhatanan perihal atau perbuatan mengkhatankan: begitu juga mengenai masalah ~ kanak-kanak perempuan yg sudah biasa dilakukan sbg kebiasaan dlm masyarakat Islam.

tabuh
gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat:

Menguraikan
1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen;

tombak I
sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang),

Bedil
1 beberapa jenis senjata api, spt meriam, senapang. 2 sj mainan anak-anak yg dibuat drpd buluh dan diletupkan dgn menggunakan kertas basah dsb sbg peluru.


pendekar(pendékar)
1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi;

khalifah dabus
ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak;

Berdabus
memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~.
khalifahAr
1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis.

leka(léka)
asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka.

Pangkalan
1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya;


Pencak
kepandaian menangkis (mengelak dll) utk mempertahankan diri, silat; ~ silat per­mainan menangkis (mengelak) dgn meng­gunakan senjata utk mempertahankan diri; berpencak, memencak bermain pencak, bersilat: pendekar leka memencak; memencak-mencak terlalu marah (panas hati).

Berdikir
mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mem­per­silakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai;

deram I
= deraman bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali; berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram) berulang kali.

Merendang
menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi;
merendang garam

bunyi mendedas;
dedas I
bunyi (spt bunyi) letusan yg kecil-kecil; mendedas berbunyi dgn berdetas.

Menyingsing
= menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul;
fajar menyingsing hari mula siang; terbit fajar.


selendang(seléndang)
kain panjang utk menutup kepala (leher, bahu): kusebaikan ~ku di atas bahu

selampai I
1. kain sutera yg dipakai di bahu atau dikalungkan di leher (dlm istiadat ke-rajaan), tetampan; 2. Jk sapu tangan, selam-pik; menyelampai memakai selampai (tetam­pan dll) di bahu, menyebai selampai dll di bahu: hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan masing-masing ~ selendang kain kuning;

Menderang
berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam.


Selawat
doa kesejahteraan ke atas Nabi: setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan; berselawat membaca selawat, berdoa: kadi ~ tiga kali dgn nyaring suaranya; menyelawatkan berselawat utk memohon sesuatu. saput I
lapisan yg tipis, selaput; menyaput, menyaputi melitupi sesuatu dgn benda-benda yg tipis (embun, awan, selaput, dll): masjid itu pun disaput orang dgn ber-bagai-bagai warna; di tengah tasik itu ada sebuah pulau sentiasa berasap spt disaput embun rupanya.

Terpesona
1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

Menjulang
1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya;
4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris;

Gema
1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi; bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu; menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu; menggemakan menjadikan bergema.

tepak jorong
bekas sirih yg bulat dan panjang.

Jorong
1 tempat sirih yg berbentuk bulat panjang. 2 bulat panjang: pinggan yg ~.

tepak(tépak)
1. sj bekas rokok (tembakau dll) yg dibuat drpd daun pandan dll, celepa; 2. = ~ sirih sj kotak kecil (drpd kayu, logam, dll) utk bekas sirih; ~ jorong bekas sirih yg bulat dan panjang.

lecet(lécét)
1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh; melecetkan menyebabkan melecet (kulit), melelaskan, mengelupaskan: perjalanan yg jauh itu telah ~ kakinya.

air mawar
air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar);

adat1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan:

berjaga-jaga
1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu;

jubahAr sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dll); berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan ~.

tongkangsj perahu yg agak besar (utk mengangkut barang-barang); ~ terbalik angka 96 dlm permainan loto;bertongkang menaiki tongkang.

Gemala
batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar.

Gantih
Mn; menggantih memintal benang (dgn rahat).


berseri-serikelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya;

purnama1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat­-bulatnya; cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang.

juak-juakhamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat kebesaran, biduanda.
juragan1. nakhoda (kadang-kadang juga pe­milik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik).

gesek(gésék)
gosok, geser; asah se~ sehari; bergesek bergosok, bergeser; menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar, dll): ~ mata; mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda); gesekan hasil perbuatan menggesek; pergesekan perihal bergesek (bergosok); penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola dll); 3. = ~ api Kl mancis.

Gerinjam
1. batu asah yg dipakai utk mencanai gigi; 2. benda yg digunakan utk membersihkan lubang (telinga dll), pencolek; menggerinjam membersihkan (dgn gerinjam), mencungkil.

Rial
1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~ batu di­berikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara apabila Tun Biajid bersalam, di­suruhnya ikut pd seorang hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg besarnya tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit; 5. unit mata wang utama Iran dan Oman;


Belabat
sl sj pedang: Dato Batin Alam pun mengambil ~ dua bilah.
~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan. ~

tercengang, tercengang-cengang
berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ter­nganga): mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka;

bertelekan pinggang

bercekak ping-gang.

Bertelekan
(duduk dsb) dgn kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pd sesuatu (dan biasanya tapak tangan menopang muka), berteleku: Pak Amat naik dan duduk di atas anak tangga, ~ sikunya pd ambang pintu;

Meredah
1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, me­nembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr kamarnya ~ kesunyian malam; ® rejah.

Latihan


1. Apakah maksud setelah sembuh khatannya?
telah sembuh dan selamat bersunat

2.Apakah yang berlaku seterusnya kepada Cuti?
Dibunuh supaya tidak ada orang yang serupa dengan keelokan AS

3. Buktikan kehebatan AS semasa kecilnya..
Pandai bermain senjata sehingga mengagumkan bapa angkatnya.

4. Asah gesek sehari, Asah gesek semalam.. Gaya bahasa..

5.   Senaraikan kehebatan-kehebatan yang dimiliki oleh AS:
Cepat berkhatam mengaji Quran
Cepat mempelajari ilmu mantik dan nahu bahasa Arab
Cekap menguasai ilmu persilatan.

4. Nyatakan perkara yang diperoleh AS daripada watak-watak di bawah:
a) Datuk Batin Alam:
ilmu persilatan, ilmu kekebalan,
b)Tuan Kadi Alim:
Mengaji al_Quran dan merawi
c)Tuan Malim Kecil:
ilmu mantik dan nahu bahasa Arab
d)Cuti:
mengasah gigi AS
d) Datuk Mudim Raja:
mengkhatankan AS

ms 61-62( Kemangkatan…disuruhnya AS tinggal bersama dengan Tuan Kadi Alim itu.)

5.Apakah yang telah dilakukan oleh DBA terhadap AS?
Menjadikannya sebagai anak angkatnya

6. Siapakah yang memberikan persetujuan agar AS dihantar mengaji al-Quran?
Uli Emak Si Anjing

7. Berdasarkan petikan di atas, nilai yang dimiliki oleh DBA…
Mencintai ilmu
Bertanggungjawab
Penyayang

8. Kebolehan yang ada pada AS ialah..
Cepat menguasai pelajaran

9. Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan…
Mengambil berat akan keluarga
Mementingkan ilmu
Penyayang dan bertanggungjawab

10. Apakah hubungan abtara AS dengan Tuan Puteri Dayang Nurawah?
Saudara susuan

11. Apakah yang sangat menghairankan Tuan Kadi alim tentang AS?
Tuan Kadi membaca 20juzuk, AS membaca sampai khatam

12. Quran, juzuk dan Khatam ialah bahasa
Arab

13. Setelah dibawa ke istana, AS..
Didudukkan di atas kerusi yang keemas-emasan

14. Siapakah yang mengkhatankan AS?
Datuk Madim Raja

15. Latar tempat bagi petikan di atas?
Di istana
Di telaga
Di pangkalan

16. Nyatakan susunan plot cerita:
Si helang____________________
DBA________________________
AS__________________________
Cuti______________________

Wednesday, August 11, 2010

Permainan Tradisional

Berikan pendapat anda tentang Permainan Tradisional

Dasawarsa ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan ting ting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang.

Usaha:
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional.(A1) Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (A2)Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. (A3)Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.(A4) Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.(A5) Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. (A6)

Kesan:kepentingan
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini.(AJ) Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang.(Mengapa) Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Kepentingan
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, permainan tradisional di Malaysia wajar dijadikan carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

kemerosotan sukan bola sepak

Suatu masa dahulu, negara kita terkenäl sebagai pasukan gergasi bola sepak Asia. Namun begitu, belakangan ini, mutu sukan bola sepak negara sering dikritik pelbagai pihak. Jelaskan sebab-sebab kemerosotan sukan yang paling popular ini.

Bola sepak juga merupakan sukan yang paling popular dan banyak pengikutnya. Para pemain negara dikatakan mempunyai kualiti permainan dan komitmen yang sangat tinggi. Namun begitu, hari ini Malaysia pada suatu masa dahulu merupakan antara kuasa besar bola sepak di rantau Asia. Mutu permainan bola sepak kita semakin merosot. Apakah punca-punca kemerosotan ini?

Antara yang paling ketara diperkatakan sejak kita memasuki era profesionalisme dalam sukan bola sepak adalah kurangnya semangat patriotik dalam diri para pemain. Kalau dahulu para pemain bermain kerana minat dan cinta akan sukan ini dan tanah air, kini para pemain kebanyakannya bermain kerana mengutamakan ganjaran. Apabila hal ini berlaku, wujudlah pemain yang terlibat dengan skandal rasuah. Hal ini sama sekali menjejaskan mutu bola sepak negara kita.

Tahap kecergasan pemain-pemain sedia ada juga tidak seperti dahulu. Kebanyakan mereka sering dibelenggu kecederaan dan agak “manja” dengan sistem latihan yang keras. Akibatnya, kemahiran mereka agak kurang dan prestasi mereka juga tidak konsisten. Adakalanya mereka menunjukkan mentaliti dan daya saing yang lemah. Semua ini telah merendahkan mutu bola sepak negara.

Seterusnya, kemerosotan ini dikaitkan dengan program pencarian bakat baru yang tidak sistematik. Tidak seperti negara-negara Eropah, program sebegini agak kurang ditekankan di negara kita. Jika ada sekalipun, program ini bagaikan tidak ada kesinambungannya. Bakat-bakat cilik yang dikesan sering kali tercicir separuh jalan disebabkan pelbagai faktor. Secara tidak langsung, kita ketandusan bakat baru dalam kalangan pemain muda kerana bakat mereka tidak dapat dieksploitasikan sepenuhnya.

Faktor kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan bola sepak negeri turut menghancurkan mutu bola sepak negara. Hal ini berlaku akibat kegagalan mereka membayar gaji pemain hingga menjejaskan semangat dan keinginan pemain untuk bermain habis-habisan. Dalam konteks ini, kurangnya penajaan sektor swasta di samping kutipan tiket perlawanan yang rendah menjadi sebab utama pekara ini berlaku.

Natijahnya, mutu sukan ini perlu diperbaik agar nama negara kembali sebaris dengan negara-negara lain dalam permainan ini. Oleh itu, pelbagai usaha daripada semua pihak wajar digembleng untuk menjadikan harapan ini suatu kenyataan.

rantau — kawasan yang luas
komitmen — sikap memberikan sepenuh tenaga dan perhaban terhadap sesuatu
ganjaran — hadiah atau balasan atas sesuatu perbuatan
skandal — perkara atau perbuatan keji
konsisten — tekal; tetap
mentaliti — keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir
cilik — kecil
dieksploitasikan -- tindakan yang diambil dengan sepenuhnya terhadap sesuatu sumber untuk mendatangkan keuntungan

Monday, August 9, 2010

kosa kata dan Frasa Menarik

KOsa Kata
• bermaharajarela= berleluasa
• konflik jiwa =pergolakan jiwa
• menopang dagu= termenung
• tonggak =asas/dasar
• aset =sesuatu yang bernilai
• menuding jari =menyalahkan orang lain
• seantero= seluruh
• malapetaka/musibah= bencana/ bala
• keserakahan =kerakusan, ketamakan
• konklik= kuat, kukuh, mapan
• merealisasikan =menjadikan kenyataan
• vandalism= merosakkan harta benda
• lumrah =kebiasaan
• duniawi =hal-hal dunia
• ketandusan= tidak ada
• disisihkan= dipinggirkan
• kritikal= serius
• sanubari= jiwa
• akar umbi= punca
• meranapkan= menghancurkan
• kesedaran sivik= kesedaran tentang tanggungjawab
• perdana =utama
• materialistik= kebendaan
• membendung= mengawal
• reality= hakikat
• berjat* =kawan
• pancarobah keadaan yang kacau
• mengheret =mebawa kepada
• seyogia* = harus, patut --
• merunsingkan =merisaukan
• kepupusan =kehilangan
• khazanah= harta benda
• global dunia =seluruhnya
• pusaka =sesuatu yang diwarisi turun-temurun
• warisan =harta pusaka
• prihatin= peka
• demonstrasi =menunjukkan
• gemuruh= hebat
• Terjebak= terlibat
• serampang dua mata= melakukan dua kerja serentak
• arkib= tempat menyimpan benda khazanah
• mencungkil= mencari
• iltizam= harapan tinggi
• silaturahim= persaudaraan
• Motivasi= semangat tinggi
menyarankan- mencadangkan
• Era= zaman
• sistematik teratur= mengikut peraturan
• intensif= giat, bersungguh-sungguh
• memberangsangkan= membanggakan
• menimba= mendapat
• rentetan= ekoran
• tersadai= tidak bergerak
• peras ugut=ancaman, paksaan
• sahsiah= keperibadian
• komitmen= kesungguhan
perpestif =tanggapan
• julung-julung kali =pertama
nadi= penggerak
• mengikis= membuang
kegawetan*= kejatuhan
• Tampil= keluar
• Syabas= tahniah
• kewibawaan =keupayaan
• muafakat= kerjasama
• Terpikul= tertanggung
• Teladan= contoh
• mengubah =menukar
Dinafikan= disangkal
• menyeru= meminta
• Ditakrifkan= didefinisikan, dimaksudkan
• mutakhir*= terkini
Fasilitator= pemudah cara
• Fleksible= mudah diubahsuai
• Kebejatan= kejatuhan
• Persada= gelangang
Boikot= dipulaukan
• manfaat =faedah
• total= menyeluruh
• senggang= santai, tidak sibuk
• bergelandang berperlesetan
• Maslahat= faedah
• Norma= adat
• Tersohor= terkenal
• Kutsi= suci
• diuar-uarkan= dicanangkan
• dana= modal
• Menerajui= memimpin, mengetuai
• imej =penampilan
• emansipasi= hak kebebasan
• Merenoatkan= mengagalkan
• Dimonopoli= dikuasai
• Kolot= kuno
• profesion =kerjaya
• Infomasi= penerangan
• Intergrasi= perpaduan
• aspirasi =cita-cita, keinginan
• Memudaratkan= memburukkan
• Dinamis= berdaya saing
• Progresif= sihat dan cemerlang
• Drastik= cepat
• Perisai= pertahanan
• Diagnosis= mengenalpasti
• Pemantauan= pengawasan, pemeriksaan
• manifesto =pendirian
• was-was= tidak yakin
• natijahnya =kesannya
• Mencerminkan= melambangkan
• Jenama= jenis barang
• pornografi =bahan-bahan lucah
• diiktiraf= diakui
• obligasi= semangat
• Impak= kesan
• Tuntasnya= keseluruhannya
• Akur= bersetuju
• Efektif= berkesan
• Konvensional= ceramah
• Panji= bendera
• Individualistic= mementingkan diri sendiri
• Manipulasi= tindakan
• Musibah= bencana
• lewa =tidak sepenuh hati
• prosedur =peraturan
• inisiatif= daya usaha
• Anasir= gejala
• penggemblengan =penyatuan
• transisi= perantaraan
• kaliber =berkeupayaan
• darsawarsa =satu dekad
• insentif =imbuhan, ganjaran
Frasa Menarik
• Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
• Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
• Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
• Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
• Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
• Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
• Alaf baharu - Masa terkini
• Mutakhir ini - Pada masa kini
• Seantero dunia - Seluruh dunia
• Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
• Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
• Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
• Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
• Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
• Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
• Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
• Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
• Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
• Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
• Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
• Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
• Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
• Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
• Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
• Landasan berfikir - Cara berfikir
• Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
• Mengaibkan diri - Memalukan diri
• Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
• Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
• Alpukah - Daya usaha / inisiatif
• Bacul - Tidak bersemangat
• Badai kehidupan - Cabaran hidup
• Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
• Berkongkalikung – Bersepakat 35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
• Praja - Kota / negeri
• Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
• pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
• Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
• Nawaitu diri - Keinginan diri
• Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
• privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
• Portfolio menteri - Tugas menteri
• Pentas siasah - Dunia politik
• Polemik - Bahas / debat / konflik
• Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
• Linglung - Hilang ingatan
• Falah - Kejayaan / kemenangan
• interpretasi - Tafsiran / penjelasan
• bersilengah - Bersikap tidak tahu

Monday, August 2, 2010

esei berpandu-punca-punca kepupusan hidupan liar

1F-yeoh wei chun
Dalam menongkah arus pascaglobalisasi ini, anjakan paradigma kian dimanifestasikan dalam jagatraya.Namun, kita acapkali tersentak oleh isu kepupusan hidupan liar seperti badak, harimau panda dan lain-lain yang dimomokkan sebagai agenda aktuil.(31pp)

Kegiatan pembalakan haram bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah mencetuskan kemelut ini bagai duri dalam daging.Keghairahan manusia jagatraya berlumba-lumba mencari kemewahan melalui angkara tersebut.Pembangunan metropolitan tanpa kawalan telah menyebabkan habitat flora dan fauna menemui kebajetan.(39pp)

Di samping, manusia yang menunjangi norma hedonistik dan individualistik telah menjahanamkan habitat hidupan liar. Hidupan liar terpaksa dikorbankan lantaran tamak haloba umat manusia. Tamsilnya, tanduk, belulang dan makanan eksotik telah dihidangkan untuk memenuhi nafsu kita. (31pp)

Penggemblengan kuadrat bagai genggam bara api biarlah sampai arang dilestarikan untuk memulihara kurniaan Tuhan. Zuriat kita akan berpeluang menggilap peninggalan kita pada zaman leluhur. (24pp)



125 patah perkataan


1F- Lim Jieh Sim

Dasawarsa ini, kita acapkali dimomokkan dengan kepupusan hidupan liar dalam sidang akhbar. Oleh itu, rencam punca yang menunjangi agenda aktuil ini wajar ditelaah hingga akar umbinya.(26pp)

Afdalnya, penerokaan hutan belukar untuk pembangunan pencakar langit bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah menjejaskan keseimbangan ekosistem jagatraya.Natijahnya, hidupan liar bagai anak ayam kehilangan ibu bahana habitat telah dibobrokkan oleh keghairahan pemaju. (33pp)

Ghalibnya, pemburuan tanpa lesen telah memudaratkan kemelut ini.Hal ini disebabkan pemburu ingin menggondol keuntungan daripada penghasilan tanduk,makanan estotik dan belulang.Ironinya, kerajaan bukan sahaja tidak menguatkuasakan undang-undang untuk memelihara hidupan liar, malahan telah berjinak-jinak dengan kekangan ini.Natijahnya, pencemaran telah menjahanamkan hidupan liar, khususnya hidupan akuatik.(49pp)

Akhirul kalam, penggemblengan kudrat bagai menarik rambut di dalam tepung seyogia diimplementasikan bagi merealisasikan cita-cita murni kita untuk melestarikan kemapanan alam sekitar.(20pp)

128 patah perkataan

Langkah-lLangkah mewujudkan perpaduan kaum di negara kita

1.jana1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;
menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga;
menggubal
membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan;
mencerakinkan1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya;
dasar1. bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2. asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3. lantai:~ rumah itu dibuat drpd simen. 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5. bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan.

teguh1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan;
tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan;
menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;
menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;
Alat solek
menampilkan1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajah­nya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoal­an; 2. memperlihatkan, menampakkan, me­nunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman;
pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu.
golak; bergolak 1 menggelembung atau membuak-buak kerana dipanaskan; menggelegak; mendidih. 2 ki tidak tenang atau tidak tenteram (ttg keadaan, perasaan); bergelora: Negara itu sedang ~ dgn perang saudara. Hatinya ~ memikirkan peristiwa itu. pergolakan keadaan bergolak; keadaan tidak tenang; kekacauan dlm hal politik dll.
meletus1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan, persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama sebelum Perang Dunia Kedua ~;
Utuh
1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini..

rohani Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ke­tuhan­an, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani? kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian.
interaksi tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~.
cerah l1. terang (bkn hari, bulan, lampu,langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);
mengecap1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap­-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatup­kan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, men­cicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat;
selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva;
menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu;
agenda(agénda) 1. susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; 2. ark buku catatan.
nasional berkaitan dgn bangsa, kebangsaan: kita harus mengikuti gerakan atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; pesta itu juga dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa; kenasionalan perihal sesuatu bangsa, ke­bangsaan.

saranan1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda.
saran Icadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd;
Gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat.
tikai; bertikaimempertikaikan menjadikan sesuatu sbg bahan yg diperkarakan; memperbantahkan; mempertengkarkan: Perkara yg remeh itu tidak perlu dipertikaikan.
mempertikaikan1. memperbezakan; 2. mem­persoalkan, memperbantahkan, mem­perdebatkan;
membangkitkan1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;
terarah1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~;


isi-isi penting dan pengubahsuaian dengan ayat sendiri

1. Menggubal Dasar Sosial Negara amat besar manfaatnya demi membangunkan masyarakat Malaysia yang teguh dalam segenap segi.
2. Program yang menggalakkan kemesraan hubungan antara kaum wajar ditunjangi dengan dasar yang lebih mendalam dan bermakna
Antara prakrasa merealisasikan perpaduan kaum termasuklah penggubalan Dasar Sosial Negara, justeru ditunjangi program yang berteraskan muhibah kaum.(2m) … 17pp

3. Faktor fizikal sangat mustahak, iaitu suasana sihat persekitaran yang selesa di tempat-tempat kediaman , tempat kerja akan mampu mendorong suasana harmoni.
Selain itu, keselesaan persekitaran di tempat kediaman dan keharmonian di tempat kerja patut diwujudkan. (2m)….12pp

4. Kawasan-kawasan perumahan yang memiliki kemudahan asas sempurna akan mewujudkan suasana yang memudahkan kerjasama antara jiran
Sementara itu, infrastruktur yang sempurna dibina di kawasan perumahan untuk menyenangkan kerjasama antara jiran. (2m)…13pp

5. Mewujudkan hubungan antara kaum yang harmoni dan berpadu
Di samping itu, integrasi kaum yang harmonis diwujudkan melalui langkah itu. (2m)… 10pp

6. Semangat patriotisme yang wujud dalam diri membuatkan mereka menerima saranan untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tanpa ragu-ragu.
Lebih-lebih lagi, semangat patriotosme wajar disemai dalam sanubari anak bangsa.(2m)… 10pp

7. Pemimpin tidak membangkitkan isu-isu sensitif
Tambahan pula, isu-isu sensitif tidak wajar diungkitkan oleh ketua negara. (2m)..10pp

8. Peluang pendidikan asas wajar dikecap dan diselaraskan dengan peluang pekerjaan yang sepadan untuk masa depan mereka.
9. Anak-anak muda daripada semua kaum harus mempunyai harapan masa depan yang cerah agar mereka merasakan masyarakat kita memberi ruang kepada mereka.
Akhirnya, anak watan diberikan peluang pendidikan dan pekerjaan yang sepadan untuk mengecap masa depan yang cerah. (2m)…16pp

Latihan: Sepucuk surat daripada kawan

1. Mengapakah aku membatalkan hasratnya untuk bertanya kepada Abe tentang masalah yang dihadapinya?
Abe berpura-pura ceria untuk melindungi masalahnya.

2. Abe terlena semasa berehat kerana…
Abe kepenatan setelah menempuh perjalanan yang jauh

3. nilai-nilai dimiliki oleh kedua-dua orang budak lelaki itu…
Bertanggungjawab, saling menghormati, mengambil berat

4. Aku segera pergi ke Terminal bas makmur dengan menaiki bas…. Apakah latar yang terdapat dalam petikan itu..
Latar tempat

5. Apakah tema cerpen ini?
Persahabatan yang ikhlas antara dua orang kawan

6. Mengapakah aku berasa panik?
Kerana dia terlewat bangun pagi

7. Frasa melelapkan mata bermaksud…
Rehat atau tidur... jawapan (rehat)

8.Contoh imbas kembali dalam petikan ini…
a.Terjatuh dari titi ketika memancing di sungai
b.Disenget tebuan sewaktu melastik burung tekukur di dalam semak
c.Dimarahi ibu bapa kerana pulang ke rumah ketika hari sudah senja
d. Dapat berjalan bersama-sama dengan Abe seperti zaman kanak-kanak

9. Contoh teknik monolog:
Aku akan bertanyakan soalan itu apabila tiba masanya nanti

10. Teknik dialog
“Yang kau mengelinjang di depan ibu ni, kenapa? Memeningkan kepala ibu saja.”...
“Abe ... ya, Abe nak datang ke Kuantan! Bu ... bukan ... ya ... ya ... ya. Dia akan berpindah ke sini, bersekolah di sini?...

11. Pemerian
banyak... contoh
Sewaktu di dalam bas sekolah menuju ke rumah, aku melihat Abe ceria dengan rakan-rakan sekelasnya. Aku semakin lega melihat Abe semakin riang.Pada waktu tehgah hari, makanan telah terhidang.Selepas menjamu selera, kami berbual tentang pelajaran. Abe cemerlang dalam semua mata pelajaran kecuali Matematik.Semakin hari Abe semakin ceria. Keadaan ini menggembirakan aku.
Dia mengajak aku menggunakan masa senggang dengan perkara yang berfaedah.

12. Imbas kembali
Kamal mengimbas kembali kenangan bersamasama dengan Abe semasa kanak-kanak, iaitu ketika mereka disengat tebuan sewaktu melastik burung tekukur di dalam semak, terjatuh dan titi ketika memancing ikan di sungaidan dimarahi ibu bapa masing-masing apabila pulang ke rumah lewat petang.

13. Teknik plot saspens:
Pembaca tertanya-tanya apakah masalah yang dihadapi oleh Abe sehingga menyebabkannya murung, sakit perut, dan sebagainya. Unsur suspens mi tiada berakhir apabila aku tidak dapat menghabiskan membaca surat Abe kerana adiknya merampas surat tersebut dan mencampakkannya ke dalam unggun api.

14. Siapakah watak utama dalam cerpen ini?
kamal khalid kamarudin

15. Mengapakah aku berasa lega?
Bas yang dinaiki oleh Abe dari kelantan belum tiba.

16. Apakah yang dilakukan aku sewaktu Abe tidur?
Menonton televisyen di ruang tamu

17. Contoh latar tempat dalam petikan…
Rumah aku, terminal, teman cenderawasih

Make Learning is Fun: inspirasi seorang guru BM

Make Learning is Fun: inspirasi seorang guru BM

Saturday, July 31, 2010

inspirasi seorang guru BM

hari ini, saya menyemak esei panjang dari kelas tingkatan 1. kelemahan pelajar memang sangat jelas, dan boleh dikatakan 90% mendapat markah dalam lingkungan 15/40 sahaja. Saya hairan, selepas 7 bulan mengajar kamu semua, nampaknya tiada sebarang perubahan dan kemajuan. Degil, egoistik dan kemalasan menyebabkan kemunduran dalam BM. Saya tertanya-tanya, apakah masalah utama? Perkara yang sama sekali-kala saya berulang, tetapi masih sama. Saya sudi meluangkan masa untuk membimbing pelajar yang lemah. tetapi mereka masih enggan mendaftarkan diri untuk menerima kelas tambahan dengan sukarela. Saya kagum melihat bilangan pelajar yang sudi untuk menghadiri kelas tambahan hanya beberapa orang sahaja. Sambutan dingin ini mematahkan saya lagi selepas menyemak esei kamu semua.

kemalasan, kedegilan adakah punca pelajar saya merosot tanpa mencapai sebarang kemajuan? Saya insaf, mungkinlah pengajaran saya kurang efektif sampai menemui jalan buntu.

malam ini, saya sedar, kalau anak didik saya enggan belajar, enggan menerima apa yang saya beri...pengorbanan saya sudah tidak bererti.

Plagiat daripada rencana... cara mempersiapkan diri

Kes ponteng sekolah semakin menjadi-jadi. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini.Jelaskan.
Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang kejadian kes ponteng sekolah yang tidak pernah lekang daripada menghiasi dada-dada akhbar.(A1) Kemelut ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. (A2)Senario ini amat menyedihkan kerana negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan.(A3) Jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang,para pelajar merupakan angkatan sasaran yang dominan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (A4)Oleh itu, semua pihak khususnya sekolah hendaklah melaksanakan tugas-tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi satu kenyataan. (A5)
Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.(AJudul) Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati personaliti yang terunggul. (AH:bagaimana?) Subjek Pendidikan Moral dan Sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan peribadi dan sahsiah diri, justeru pejuang-pejuang korporat akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan berbakti kepada tanah tumpah darah mereka. (AH: apa contoh ? ) Hal ini kerana sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berjaya dalam pelbagai bidang akan menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri .(AH: mengapa) Oleh itu, generasi muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri yang memberikan peluang pembelajaran yang selesa dan akan menjauhi gejala ponteng sekolah bagai api dalam sekam itu. (AT)
Sementara itu, pendidikan agama seperti pendidikan Islam penting untuk menangani kemelut ini. (AJ) Hal ini kerana ajaran agama akan membentuk jiwa yang taat dan patuh terhadap Rabbani(tuhan) dan menjauhi perbuatan mazmumah.( AH: mengapa?) Ajaran agama dari sekolah akan mengingatkan pelajar agar sentiasa beristiqamah agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup universal dan nilai-nilai ketuhanan. (AH: bagaimana) Oleh itu, perasaan ketaqwaan dan peradaban seyogianya tidak laput dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan menjauhi gejala ponteng sekolah. ( AT)
Di samping, anjakan paradigma dalam sistem pengajaran di sekolah juga bertanggungjawab untuk membentuk insan pelajar yang berilmu dan berkemahiran.(AJ) Mekanisme ini amat bermakna untuk membentuk warganegara yang bersedia membangunkan tanah air sendiri.(AH: Mengapa) Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan keiltizaman yang tinggi terhadap ilmu dan kepakaran teknologi tinggi kini(AH: apa contoh). Malaysia kini mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah lama mendominasi bidang industri.(AH: apa contoh) Walaupun masih berusia setahun jagung, namun industri otomobil nasional, iaitu Proton dan Perodua telah mula mendapat pengiktirafan dunia.(AH: bagaimana). Dengan itu, perasaan patriotik dalam sanubari anak watan pewaris bangsa akan berbangga untuk berkhidmat kepada Negara, sekali gus akan memanfaatkan prasarana yang disediakan di sekolah dan menghindari gejala ponteng sekolah.
Lebih-lebih lagi, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu telah lama dicanang-canangkan. (AJ) Falsafah ini penting untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (AH: mengapa) Pelajar akan mengecap kehidupan di bangku sekolah dengan sepenuh hati dan menjauhi perasaan bosan yang menyebabkan mereka ingin memontengkan diri. (AH: bagaimana) Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam, nescayalah dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri.(AH: apa kesan) Oleh itu, falsafah ini hendaklah dijadikan teras paksi kepada setiap warga sekolah dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni.(AT)
Akhirnya, guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk menangani kemelut ini. (AJ) Hal ini kerana semua pembawaan personaliti guru akan dirujuk oleh anak didik, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. (AH: mengapa) Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. (AH: bagaimana) Dalam perspektif lain, guru wajar mengelakkan diri daripada terdedah kepada elemen yang negatif seperti ponteng sekolah dan cuai dalam pengajaran. (AH: apa contoh) Natijahnya, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik. (AT)
Intihanya, angkatan pelajar ialah generasi penentu dalam memastikan hala tuju negara berada pada landasan yang betul. (AK) Andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang mengacaubilaukan minda segenap lapisan masyarakat akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak bagai genggam bara api biarlah sampai menjadi arang. (ACadangan) Usaha-usaha ini haruslah dijalankan dengan drastik “bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.”(A pendapat) Pendekatan-pendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dan bukan sekadar “hangat-hangat tahi ayam” atau “melepaskan batuk di tangga.” ( A harapan) Pendek kata, selaku anak-anak Malaysia, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam kita supaya menangani masalah kes ponteng sekolah sampai akar umbinya! (A penutup)