Tuesday, April 20, 2010

Tempang

Cerpen 2: Tempang

pincang I1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya);
longlai1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai.
lemah longlailemah gemulai.
meliarmembengis, menggila, mengganas, membuas, merayau, melata, mengamuk, mengacau, bermaharajalela
meliarmenjadi liar (kelakuan, tumbuh -tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan;
ilai; mengilai-ilai ketawa dgn kuat dan nyaring bunyinya: orang tua itu hairan mendengar suara orang ~ dr dlm bilik itu.
gapai; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu); menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu.

Hafizi melangkah longlai sambil matanya meliar (gaya bahasa:pemerian )memerhatikan kawan-kawan yang sedang berbual-bual di luar kelas. Cuma dia tidak berganjak dari tempatnya kerana dilahirkan kepincangan. Dia tidak dapat menyertai rakan-rakannya yang bermain bola sepak dengan rancak. Kamil sering menghina terhadapnya dengan gelaran “budak tempang ”, kononnya dia mencemburui Hafizi yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Raja ialah kawan baik Hafizi. Dia selalu menemani Hafizi dan menjadi pelindung Hafizi tatkala rakannya itu dibuli oleh Kamil. Raju mengacu penumbuk ke muka Kamil semasa Kamil dan rakan-rakannya mempermainkan Hafizi. Raja bersungut tentang gara-gara Kamil yang tidak serik meskipun sudah didenda oleh guru disiplin, Cikgu Ridzuan. Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah menunggu mereka berdua di muka pintu. ( gaya bahasa:personifikasi) dan menolok Hafizi. Mereka ketawa riang apabila melihat Hafizi _tersungkur_ ke lantai. Padahalnya, Hafizi malu, _geram bercampur marah terhadap kaki samseng (gaya bahasa:_metafora)tetapi dia tidak pernah melawan dan mengadu perangai sepertinya. Mer Ling mengugut dan mengadu Kamil busuk hati (gaya bahasa:simpulan bahasa)apabila Kamil menghina Hafizi. Sungguhpun dibentak oleh Kamil, Mei Ling masih mengugutnya akan mengadu kepada guru disiplin. Guru mata pelajaran Sains, Cikgu Lee selalu mengambil kesempatan 10 minit terakhir untuk memotivasikan semua murid. Menurutnya, kejayaan tidak dapat diukur dengan darjat dan pangkat, kaya atau miskin, cacat atau sempurna. Beliau mengambil Hafizi sebagai teladan, meskipun cacat, namun dia pintar dan berusaha. Cikgu ini tahu perangai Kamil, dia menasihati sekalipun kita menganuti agama berlainan, kita jangan menghina orang lain. Kamil menjeling tajam ke arah Hafizi. Hafizi berbisik dalam hatinya, dia tidak pernah menyesal dilahirkan begini, namun orang lain bersusah hati melihat kepincangan dirinya. ( teknik plot : monolog dalaman) Dia dilahirkan dalam kalangan keluarga berada kerana dia dihantar dan dijemput dari sekolah oleh pemandu keluarganya. Raja merendah diri kepada kekayaan Hafizi yang berkali-kali dipelawa dan digesa oleh Hafizi untuk menghantarnya balik.

Setelah berkali-kali dipujuk ayahnya, Hafizi menyertai aktiviti perkelahan yang diadakan oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Ilai ketawa sesekali mengejutkan Hafizi daripada _lamunan. Tiba-tiba, Raja menjerit sambil menggapai tangan untuk meminta pertolongan. Kononnya, Kamil hampir lemas di dalam kolam. Hafizi bertindak pantas dengan terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Hafizi mengheret Kamil ke tebing kolam. Raju selaku ketua pasukan Bulan Sabit Merah memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Kamil, selepas sedar, Kamil menyangka Raju yang menyelamatkannya. Kamil berasa malu kepada Hafizi. Dia meminta maaf atas segala keterlanjurannya selama ini terhadap Hafizi. Selepas kata-kata nasihat Cikgu Lee, Kamil semakin sebak apabila tangannya digenggam erat oleh kawannya

Tema

Tema cerpen ini ialah kecacatan bukanlah penghalang untuk hidup seperti biasa dan beroleh kejayaan seperti orang lain. Hafizi yang dilahirkan tempang tidak pernah menganggap kecacatan tersebut sebagai penghalang untuk hidup seperti insan lain yang sempurna. Malah, kekurangan itu menjadi pembakar semangat kepadanya untuk berdikari dan cemerlang dalam pelajaran.

Persoalan

serik Itidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut: kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~; menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama.
lasak IIselalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dll), selalu berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dll): Johan ber umur lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yg sedang ~; melasak membuat lasak, selalu merayau -rayau: budak-budak ini bukanlah ~ spt men curi ataupun merosakkan harta benda orang; kelasakan perihal lasak.
lasak Iselalu dipakai (pakaian dll): jam ini juga boleh dipakai ~; tahan ~ boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh, dll); pelasak; pakaian ~ pakaian yg selalu diguna kan.
hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya;
2.
rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu;

Sekalipun walaupun; sungguhpun; mes ki pun. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang kala berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~.

sebak1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada.

a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir ahli masyarakat.

* Kamil dan rakan-rakannya sering menghina dan membuli Hafizi yang tempang. Dia tidak serik-serik melakukan perbuatan yang serupa meskipun pernah menerima hukuman.

(b) Sifat kecemburuan segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan.

*Kamil tidak berasa kasihan terhadap Hafizi malah menyimpan rasa cemburu atas kelebihan Hafizi kerana dia cemerlang dalam pelajaran dan dilahirkan dalam golongan berada.

c) Ketabahan mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

*Hafizi tabah melalui kehidupan meskipun dia tempang. Sungguhpun pergerakannya lambat dan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang lain, namun dia tidak merendah diri.

(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.

* Hafizi tidak rnenyalahkan takdir atas kecacatannya malah bersyukur atas anugerah tersebut kerana percaya bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah-Nya.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Hafizi

(b) Watak sampingan terdiri daripada _Raja,Kamil,Cikgu Ridzuan,Cikgu Lee,Mei Ling dan Pak Mat

Perwatakan

Hafizi:

Dia pelajar Tingkatan Empat dalam aliran Sains. Hafizi anak orang kaya kerana pergi dan pulang dari sekolah dihantar oleh pemandu keluarganya, Pak Mat.Dia dilahirkan cacat, iaitu kakinya pendek sebelah. Sungguhpun tempang Hafizi cekal, berani, dan berprinsip.

Hafizi penyabar orangnya, tidak suka bergaduh, baik hati, dan tidak pernah menyimpan dendam, walaupun dia dibenci oleh Kamil dan beberapa rakannya yang lain. Dia pelajar yang pintar. Oleh sebab itu, dia _dicemburui oleh beberapa orang rakan sekelasnya.

Raja :

Dia kawan baik Hafizi, pelajar Tingkatan Empat, dan sekelas dengan Hafizi. Raja amat mengambil berat akan Hafizi dan senantiasa bersedia untuk membantu Hafizi. Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk membantu Hafizi. Dia tangkas bertindak. Raja segera memberikan pertolongan cemas tatkala Kamil hampir lemas di kolam.

Kamil:

Dia rakan sekelas Halizi dan Raja. Dia sangat membenci Hafizi kerana _mencemburui kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi meskipun Hafizi tidak pernah mempendulikan sikap buruknya itu. Dia busuk hati, suka bergaduh, dan suka membuat kecoh hingga bergelar samseng sekolah. Dia sering juga melanggar disiplin sekolah.Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh pihak sekolah sebelumnya. Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh Hafizi .

Mei Ling:

Dia rakan sekelas Haflzi. Mei Ling bersimpati dengan Haflzi. Dia berani kerana tidak takut untuk melaporkan kelakuan buruk Kamil kepada Cikgu Ridzuan (guru disiplin).

Cikgu Lee:

Beliau guru mata pelajaran Sains. Beliau sangat mengambil berat_ akan kebajikan murid.-muridnya. Beliau suka memberikan motivasi dan kata-kata_nasihat kepada murid-muridnya.


Binaan Plot

Plot cerpen ini disusun secara _kronologi_ kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut tertib masa.

(a) Permulaan:

Hafizi masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Apabila loceng berbunyi, semua murid berdiri di depan pintu kelas. Hafizi terus duduk di tempatnya. Kecacatan pada kakinya (tempang) menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama, lantaran itu dia dikecualikan daripada beratur.

(b) Perkembangan:

Kamil mengatakan bahawa Hafizi berlagak kerana dia bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran. Oleh itu, dia menyambah(meluat) melihat muka Haflzi. Raja memberikan amaran kepada Kamil sambil mengacukan penumbuk kepada KamiL Maka berlakulah cabar-mencabar antara Kamil dengan Raja. Keadaan menjadi reda apabila Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah datang. Hafizi mententeramkan Raja supaya tidak bergaduh dengan Kamil. Semasa Hafizi hendak masuk ke dalam kelas, Kamil telah menolak Hafizi sehingga tersungkur. Raja hendak menumbuk Kamil, tetapi dihalang oleh Hafizi. Mei Ling cuba membela Hafizi lalu berlaku pertengkaran antara Kamil dengan Mei Ling. Keadaan kembali tenang apabila Cikgu Lee datang. Cikgu Lee memberikan nasihat dan motivasi kepada murid-murid agar rajin belajar dan tidak menghina orang lain.

(c) Klimaks:

Hafizi menyertai rombongan perkelahan yang diatur oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Rakan-rakannya begitu seronok mandi di kolam sementara Hafizi hanya rnelihat dari jauh. Tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana melihat Kamil hampir lemas. Hafizi terus terjun ke dalam kolam dan mencari Kamil di dasarnya. Lima minit kemudian Hafizi timbul bersama dengan Kamil. Raja memberikan pertolongan cemas kepada Kamil.

(d) Peleraian: Kamil sedar dan insaf akan kesilapannya dan meminta maaf kepada Hafizi.

Teknik Plot

(a) Teknik bahasa naratif atau pemerian. Contohnya: ms91, 87

Hafizi melangkah longlai masuk... sedang berbual di luar kelas.. ...

(b) Teknik dialog. Contohnya: ms89

"Kalau kau berani kita kawan saja," cabar Kamil

(c) Teknik saspens. Contohnya:

Pembaca tertanya-tanya akan nasib Kamil yang tenggelam di dasar kolam.

(d) Teknik monolog. Contohnya: ms91

"Aku tidak pernah menyesal... ... kepincangan diriku," bisik hati Hafizi

Latar

ligat1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif): sebaliknya, apabila di luar, masih ~ ber pelesiran ke sana sini dgn pakaian ala kebaratan; memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll).

Latar Masa

Latar masa cerita ini berlangsung selama 2 hari, iaitu pada waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan, yakni di tempat perkelahan .

Latar Tempat

(a) Di dalam kelas tingkatan 4 Sains 1 -.

peristiwa Hafizi ditolak oleh Kamil hingga menimbulkan pergaduhan antara Kamil dengan Raja

(b) Di tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah —

Hafizi mengajak Raja pulang bersama-sama dengannya menaiki kereta.

(c) Di _padang sekolah —

Hafizi hanya melakukan senaman ringan, manakala rakan-rakannya yang lain ligat bermain bola sepak.

(d) Di kawasan perkelahan:

peristiwa Kamil hampir lemas di dalam kolam dan diselamatkan oleh Hafizi.

LatarMasyarakat

(a) Masyarakat kurang upaya yang cekal:

Hafizi tempang sejak dilahirkan, namun dia tidak pernah menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk berjaya.

(b) Masyarakat pelajar sekolah menengah yang baik :

Raja berkawan rapat dengan Hafizi dan menemani Hafizi. Raja juga umpama pelindung Hafizi. Mei Ling turut _mempertahankan Hafizi dan mengugut akan melaporkan perbuatan Kamil yang membuli Hafizi

(c) Masyarakat pelajar sekolah yang nakal.:

Kamil mencemburui Hafizi kerana kelebihan yang ada pada Hafizi

(d) Masyarakat guru yang bertanggungjawab:

Cikgu Ridzu (guru disiplin) tegas di sekolah dan mengambil berat akan murid-munidnya. Begitu juga dengan Cikgu Lee yang suka memberikan motivasi .

Gaya Bahasa

(a) Penggunaan ayat-ayat pendek. Contohnya

• Sudah makan ?

• Tak balik lagi?

• Tengoklah dulu!

(b) _Metafora. Contohnya:

matanya meliar, kaki samseng, dasar kolam

(c) Personifikasi Contohnya: muka pintu

(d) _sinkope. Contohnya: tak, nak, kau

(e) _simpulan bahasa_. Contohnya: busuk hati, merendah diri

Nilai

(a) Baik hati. Contohnya: Raja memberikan dua keping capati bersama kuah kari kepada Hafizi untuk sarapan bersama-sama.

(b) Tolong-menolong. Contohnya: Raja menolong Hafizi daripada terus dibuli oleh Kamil

(c) Berhemah tinggi. Contohnya: Kamil memohon maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya.

(d) Keberanian. Contohnya: Hafizi _nekad_untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas di kolam.

Pengajaran

(a) Janganlah memandang rendah dan menghina orang yang cacat. Contohnya: Sikap Kamil yang menghina orang cacat tidak wajar dicontohi.

(b) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.: Sungguhpun Hafizi tempang, namun Tuhan mengurniakan kepintaran dan kesenangan hidup kepadanya.

(c) Memberi kemaafan adalah perbuatan yang terpuji dan berhemah tinggi. Contohnya: Kamil meminta maaf kepada Hafizi yang selalu menjadi mangsa bulinya.

(d) Kecacatan bukan alasan untuk berusaha dan mencapai kejayaan. Contohnya: Hafizi gigih berusaha untuk cemerlang dalam pelajarannya.

Kesalahan imbuhan

imbuhan peN-.. .-an dan peR-.. .-an.

Imbuhan pen-.. . -an berasal daripada kata kerja berimbuhan meN-. . . -i atau meN-.. kan.

*menderita —- penderitaan berderita — perderitaan

Imbuhan peR-. ..-an berasal daripada imbuhan beR-. Contohnya:

* berlumba — perlumbaan melumbai/melumbakan – pelumbaan

Namun, ada juga kata dasar yang boleh menerima kedua-dua bentuk imbuhan ini.

contoh penglihatan atau pelihatan

1• Perpisahan kaum menyebabkan rakyat tidak bersatu padu.( salah)

* Kata perpisahan bermaksud perbuatan meninggalkan manakala pemisahan bermaksud proses memisahkan atau memecahkan berpisah — perpisahan @ memisahkan — pemisahan

2.Deretan pasu bunga dan tompokon rumput di perkarangan rumah Kak Habsah menarik perhatian tetamunya.

(Apabila imbuhan pe-.. -an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, iaitu karang, maka akan terbentuk tempat atau kawasan yang khusus,iaitu pekarangan.)

3. Kesalahan mengimbuhkan peN-...-an den peR-. .-an dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Contohnya:

* Pemberontakkan itu dilakukan kumpulan pengganas.

* Pertunjukkan itu diadakan di negara.

pe. ..an (a) pesisiran; pekarangan (b) peperangan; peperiksaan

(a) tempat sesuatu kerja dilakukan atau tempat/kawasan khusus

(b) hal keadaan yang terkandung dalam maksud kata dasar

peN.. .an

proses mengerjakan makna yang terkandung dalam kata pendakian; pencarian dasar

peR. ..an (a) perkuburan; perkampunga (b) perpisahan; perjuangan

(a) tempat

(b) hal yang berkaitan dengan kata dasar hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya

ke. . .an (a) ketenangan; kepadatan (b) kediaman; kedutaan

(a) hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar

(b) tempat




Jawapan Kasut kelopak Jantung

anak hingusan

Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia masih anak ~.

riak

1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

raut muka (wajah)

tampang muka, roman.

Cikgu Harun (a) menerima bungkusan hadiah sejak beberapa tahun yang lalu khususnya pada (b). Meskipun Cikgu Harun tahu siapa pengirimnya, namun dia mempersoalkan (c) Si pengirim hadiah itu. Namun, setiap kali bungkusan itu sampai, dia pasti akan terkenangkan pengalamannya tatkala bergelar pendidik di sebuah kampung (d) lebih (e) yang lalu. Pernah suatu ketika, kesabarannya teruji oleh sikap anak muridnya, (f). Cikgu Harun teringat akan peristiwa Ahmad ke sekolah memakai (g) Jepun dan apabila selipar itu (h), Ahmad (i) sahaja. Oleh sebab hal ini akan merosakkan(j) kelas, setiap hari Cikgu Harun (k) Ahmad membeli kasut. Suatu hari, ketika aktiviti(l), Ahmad tidak memakai pakaian (m) Cikgu Harun hampir hilang (n) hingga mahu (o) Ahmad dengan(p). Tiba-tiba, dia terpandang akan(q) yang gugur di bawah rumpun (r)yang merimbun. Cikgu Harun mengambil kelopak jantung yang besar dan mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu pada (s)nya. Dia menyuruh Ahmad memakai kelopak itu selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah. Ahmad berasa amat sedih dan (t) dengan hukuman itu. Sejak itu, Ahmad tidak datang ke sekolah dan dikhabarkan mahu berhenti sekolah. Cikgu Harun berasa bersalah lalu (u)Ahmad. Di sana, beliau sedar akan kehidupan Ahmad yang serba (v) . Cikgu Harun insaf akan tindakannya yang (w) terhadap Ahmad .Cikgu Harun berasa amat pilu dan (x). Selepas seminggu, Ahmad masih setia memakai (y)nya. Tanpa banyak soal, Cikgu Harun ke(z) dan membelikan baju dan kasut sekolah yang baru untuk Ahmad dan meminta Ahmad bersekolah seperti biasa. Setelah (i) , Cikgu Harun kerap menerima hadiah berupa kasut. Rupa-rupanya hadiah tersebut adalah pemberian Ahmad sebagai (ii) kerana menjadikannya insan yang berjaya. Ahmad kini menjadi (iii) di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Jawapan:

(a)terkesima (b) Hari Guru (c) niat (d) pedalaman (e) tiga puluh tahun (f) Ahmad (g)selipar (h) putus (i) berkaki ayam (j) keceriaan (k) mendeksa (l) pendidikan jasmani (m) sukan (n) kesabaran (o) menyebat (p) ranting-ranting (q) kelopak jantung ( r) pisang (s) kaki kematu (t) malu (u) menziarahi (v) kedaifan (w) keterlanjuran (x) sebak (y) kasut kelopak jantung (z) pekan (i) bersara (ii) penghargaan (iii) pengurus

Tema

Cerpen ini bertemakan kedaifan hidup pelajar di kawasan pedalaman dalam menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai pendidik yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.

Persoalan

(a) Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Cikgu Harun mengajar di kawasan yang serba kekurangan, berlainan daripada

latar hidupnya. Pengalaman itu memberikan cabaran kepadanya dalam usaha mendidik anak bangsa.

(b) Kegigihan dalam menimba ilmu meskipun berkeadaan serba kedaifan. Ahmad tetap datang ke sekolah meskipun tidak berkasut dan

terpaksa berjalan kaki kerana rumahnya jauh dari sekolah.

(c) Kedaifan golongan marhaen di luar bandar. Ibu Ahmad tidak mampu menyediakan keperluan yang secukupnya untuk Ahmad. Ahmad

juga mengambil upah memetik cili untuk mengumpulkan wang bagi membeli kasut baru.

(d) Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. Ahmad tidak malu datang ke sekolah dan masih berminat untuk belajar

meskipun pakaian sekolahnya tidak seperti pakaian rakan-rakannya yang lain.

(e) Ketegasan guru dalam mendidik anak bangsa. Cikgu Harun sangat tegas terhadap murid-muridnya. Dia berkeras menyuruh Ahmad

memakai kasut kelopak jantung selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah.

(f) Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru. Meskipun sudah berpuluh-puluh tahun berlalu, namun Ahmad tidak pernah lupa akan jasa

Cikgu Harun. Setiap tahun, khususnya pada Hari Guru, Ahmad akan menghadiahi Cikgu Harun kasut baru.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun

(b) Watak sampingan yang dominan ialah Ahmad

Perwatakan

Cikgu Harun

(a) Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman

(b) Beliau tegas dan garang.

(c) Cikgu Harun berwajah bengis

(d) Beliau berjiwa sensitif.

(e) Cikgu Harun sabar mendidik anak-anak muridnya.

Ahmad

(a)Dia murid tahun 3.

(b)Dia lahir dalam keluarga yang miskin.

©Ahmad patuh akan arahan guru.

(d)Dia lurus bendul

(e) Dia berdikari

(f)Dia tabah dan cekal menuntut ilmu.

Ibu Ahmad

(a) Beliau sudah uzur.

(b) Wajah beliau seiras dengan wajah Ahmad.

Plot :Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali.

(a) Peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut.

(b) Permulaan: Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang diterimanya. Hadiah itu tidak bersetem sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun, beliau sudah mengagak siapa pengirimnya .Yang membuatkannya sangsi ialah niat si pengirim, sama ada benar-benar ikhlas atau mahu menyindirnya.

(c) Perkembangan: Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman Ahmad, murid darjah tiga telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya, Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak 3 minggu lalu, iaitu selepas selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah.

(d) Klimaks: Kemarahan Cikgu Harun kian membara. Dia mahu menyebat Ahmad tetapi tiba-tiba dia terpandang akan pokok pisang yang merimbun. Di bawah pokok itu, ada banyak kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu sebagai kasut dengan mengikatnya pada kaki menggunakan tali raffia. Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekoiah. Ahmad berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekoiah.

(e) Peleraian: Selepas seminggu, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila melihat keadaan rumah Ahmad yang daif dan ibu Ahmad yang uzur, hati Cikgu Harun terhiris sembilu. Ahmad baru pulang dari kebun, tempat dia mengambil upah memetik cili. Cikgu Harun berasa disentap pilu melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai Ahmad. Ahmad menyatakan bahawa dia belum cukup duit untuk membeli kasut sekolah. Akhirnya, Cikgu Ahmad terus ke pekan untuk membelikan Ahmad baju dan kasut sekolah yang baru. Selepas tiga dekad, Cikgu Harun sudah bersara dan Ahmad sudah bergelar pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Teknik Plot

(a) Teknik imbas kembali.

Contohnya: cikgu terkesima membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman.

(b) Teknik imbas muka. Contohnya:

Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, Negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan.

(c) Teknik monolog. Contohnya:

“Jauh juga rumah Ahmad,: bisik hati kecil Cikgu Harun

(d) Teknik dialog. Contohnya:

“Saya Cikgu Harun.” Riak wajah wanita itu berubah mendengar jawapan itu.

(e) Teknik pemerian. Contohnya:

Air mata Cikgu harun gugur tanpa disedari…………….. … dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Latar Masa

(a) Pada zaman sekarang, iaitu setelah Cikgu Harun bersara daripada lapangan perguruan dan Ahmad sudah berjaya menjawat jawatan pengurus besar di syarikat pengeiuar kasut.

(b) Tiga dekad yang lalu, iaitu ketika Cikgu Harun masih baru mengajar di sebuah kawasan pedalaman yang jauh dan kepesatan bandar.

Latar Tempat

(a) Di rumah Cikgu Harun — Cikgu Harun menerima bungkusan hadiah pada Hari Guru.

(b) Di kelas Tahun 3— tempat Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun sebagai akibat tidak memakai kasut sekolah.

(c) Di padang sekolah— Ahmad didenda oleh Cikgu Harun iaitu memakai kasut kelopak jantung.

(d) Di rumah Ahmad— Cikgu Harun bertemu dengan ibu Ahmad yang uzur dan meiihat kedaifan keluarga tersebut.

(e) Di pekan — Cikgu Harun membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman

Contohnya: Cikgu Harun melalui cabaran mengajar di kawasan yang jauh daripada pembangunan.

(b) Masyarakat pedalaman yang daif. Contohnya: Ahmad lahir dari sebuah keluarga yang daif dan serba kekurangan

(c) Masyarakat yang gigih. Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun rumahnya jauh dari sekolah.

(d) Masyarakat yang berjaya. Contohnya:

Ahmad tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya. Kini dia mempunyai kerjaya yang mantap.

(e) Masyarakat yang_mengenang budi. Contohnya:

Ahmad tidak pernah lupa memberikan kasut yang mahal-mahal setiap tahun kepada Cikgu Harun, khususnya pada Hari Guru.

Gaya Bahasa

(a) Pemilihan kata (diksi) yang indah dan jelas maksudnya. Contohnya:

Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada sakit tertusuk duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris.

(b) Ayat-ayat yang pendek. Contohnya: • “Bila nak beli?” • Ahmad berlalu. • “Saya Cikgu Harun.”

(c) Simile Contohnya: seperti kaki ayam yang mencakar najis, seperti menanti hukuman gurunya, bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya

(d) Metafora. Contohnya: denai-denai sempit, raut wajah, menghidupkan enjin

(e) Peribahasa. Contohnya: seperti lurus bendul, budak hingusan, kecil hati

(f) Bahasa Inggeris. Contohnya: uniform

Nilai

Pengajaran

tegas

Cikgu Harun tidak pernah berkompromi tentang soal disiplin dan peraturan di sekolah.

cekal

kemiskinan bukan alasan untuk enggan menuntut ilmu. Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun keadaannya serba kekurangan dan terpaksa melalui denai-denai ke sekolah.

Mengenang jasa

Kita hendaklah mengenang jasa guru yang pernah mendidik kita.

Contohnya: Ahmad tidak pernah melupakan jasa-jasa gurunya meskipun sudah tiga dekad berlalu.

bersimpati

Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain.

Contohnya: Cikgu Harun bersimpati melihat keadaan Ahmad lantas membantu Ahmad meringankan bebanannya.

patuh

murid haruslah mendengar arahan gurunya. Contohnya:

Ahmad tetap menurut arahan Cikgu Harun meskipun arahan itu mengguris perasaannya.

cerpen kasut kelopak jantung


Sinopsis

Cikgu Harun (a) menerima bungkusan hadiah sejak beberapa tahun yang lalu khususnya pada (b). Meskipun Cikgu Harun tahu siapa pengirimnya, namun dia mempersoalkan (c) Si pengirim hadiah itu. Namun, setiap kali bungkusan itu sampai, dia pasti akan terkenangkan pengalamannya tatkala bergelar pendidik di sebuah kampung (d) lebih (e) yang lalu. Pernah suatu ketika, kesabarannya teruji oleh sikap anak muridnya, (f). Cikgu Harun teringat akan peristiwa Ahmad ke sekolah memakai (f) Jepun dan apabila selipar itu (g), Ahmad (h) sahaja. Oleh sebab hal ini akan merosakkan(i) kelas, setiap hari Cikgu Harun (j) Ahmad membeli kasut. Suatu hari, ketika aktiviti(k), Ahmad tidak memakai pakaian (l) Cikgu Harun hampir hilang (m) hingga mahu (n) Ahmad dengan(o). Tiba-tiba, dia terpandang akan(p) yang gugur di bawah rumpu(q)yang merimbun. Cikgu Harun mengambil kelopak jantung yang besar dan mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu pada (r)nya. Dia menyuruh Ahmad memakai kelopak itu selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah. Ahmad berasa amat sedih dan (s) dengan hukuman itu. Sejak itu, Ahmad tidak datang ke sekolah dan dikhabarkan mahu berhenti sekolah. Cikgu Harun berasa bersalah lalu (t)Ahmad. Di sana, beliau sedar akan kehidupan Ahmad yang serba (u) . Cikgu Harun insaf akan tindakannya yang (v) terhadap Ahmad .Cikgu Harun berasa amat pilu dan (w). Selepas seminggu, Ahmad masih setia memakai (x)nya. Tanpa banyak soal, Cikgu Harun ke(y) dan membelikan baju dan kasut sekolah yang baru untuk Ahmad dan meminta Ahmad bersekolah seperti biasa. Setelah (z) , Cikgu Harun kerap menerima hadiah berupa kasut. Rupa-rupanya hadiah tersebut adalah pemberian Ahmad sebagai (i) kerana menjadikannya insan yang berjaya. Ahmad kini menjadi (ii) di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Tema

Cerpen ini bertemakan ____________hidup pelajar di kawasan___________ dalam _____________ alam persekolahan dan cabaran guru dalam_____________ anak murid daripada pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai __________di kawasan pedalaman yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai _______________ yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.

Persoalan

(a) _______________ yang mengajar di kawasan _________. Cikgu Harun mengajar di kawasan yang serba kekurangan, berlainan daripada latar hidupnya. Pengalaman itu memberikan cabaran kepadanya dalam usaha mendidik anak bangsa.

(b) ___________ dalam ______________ ilmu meskipun berkeadaan serba ________________. Ahmad tetap datang ke sekolah meskipun tidak ____________dan terpaksa berjalan kaki kerana rumahnya jauh dari sekolah.

(c) _____________ golongan ___________di luar bandar. Ibu Ahmad tidak mampu menyediakan keperluan yang secukupnya untuk Ahmad. Ahmad juga mengambil __________ memetik __________untuk mengumpulkan wang bagi membeli kasut baru.

(d) ______________ hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. Ahmad tidak malu datang ke sekolah dan masih berminat untuk belajar meskipun pakaian sekolahnya tidak seperti pakaian rakan-rakannya yang lain.

(e) ____________ guru dalam mendidik anak __________. Cikgu Harun sangat tegas terhadap murid-muridnya. Dia berkeras menyuruh Ahmad memakai kasut kelopak jantung _____ Ahmad tidak memakai kasut sekolah.

(f) ____________ dan _____________ terhadap jasa guru. Meskipun sudah berpuluh-puluh tahun berlalu, namun Ahmad tidak pernah lupa akan jasa Cikgu Harun. Setiap tahun, khususnya pada Hari Guru, Ahmad akan ____________ Cikgu Harun kasut baru.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah_____________.

(b) Watak sampingan yang dominan ialah___________.

Perwatakan

Cikgu Harun

(a) Beliau guru muda yang mengajar di kawasan_____________.

(b) Beliau _________ dan ___________.

(c) Cikgu Harun berwajah _________.

(d) Beliau berjiwa _____________.

(e) Cikgu Harun ___________ mendidik anak-anak muridnya.

Ahmad

(a)Dia murid tahun _______.

(b)Dia lahir dalam keluarga yang miskin.

©Ahmad __________ akan arahan guru.

(d)Dia lurus ___________.

(e) Dia ___________.

(f)Dia tabah dan ________ menuntut ilmu.

Ibu Ahmad

(a) Beliau sudah ________.

(b) Wajah beliau ___________ dengan wajah Ahmad.

Plot :Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali.

(a) Peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut.

(b) Permulaan: Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang diterimanya. Hadiah itu tidak _________ sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun, beliau sudah mengagak siapa pengirimnya .Yang membuatkannya _________ ialah ________si pengirim, sama ada benar-benar ikhlas atau mahu_____________nya.

(c) Perkembangan: Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga ________ yang lalu, tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah _________ di kawasan _____________. Ahmad, murid darjah ________ telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya, Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak ___________ lalu, iaitu selepas selipar jepunnya _____. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah.

(d) Klimaks: Kemarahan Cikgu Harun kian __________. Dia mahu __________Ahmad tetapi tiba-tiba dia terpandang akan pokok __________ yang __________. Di bawah pokok itu, ada banyak kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu sebagai kasut dengan mengikatnya pada kaki menggunakan _____________. Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekoiah. Ahmad berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekoiah.

(e) Peleraian: Selepas ___________, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila melihat keadaan rumah Ahmad yang ______ dan ibu Ahmad yang _______, hati Cikgu Harun _____________________. Ahmad baru pulang dari kebun, tempat dia mengambil upah memetik _______. Cikgu Harun berasa __________ melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai Ahmad. Ahmad menyatakan bahawa dia belum cukup duit untuk membeli kasut sekolah. Akhirnya, Cikgu Ahmad terus ke _______ untuk membelikan Ahmad baju dan kasut sekolah yang baru. Selepas tiga dekad, Cikgu Harun sudah __________ dan Ahmad sudah bergelar pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Teknik Plot

(a) Teknik imbas kembaii. Contohnya: ms

(b) Teknik imbas muka. Contohnya:

(c) Teknik monolog. Contohnya:

(d) Teknik dialog. Contohnya:

(e) Teknik pemerian. Contohnya:

Latar Masa

(a) Pada zaman sekarang, iaitu setelah Cikgu Harun bersara daripada lapangan perguruan dan Ahmad sudah berjaya menjawat jawatan pengurus besar di syarikat pengeiuar kasut.

(b) Tiga dekad yang lalu, iaitu ketika Cikgu Harun masih baru mengajar di sebuah kawasan pedalaman yang jauh dan kepesatan bandar.

Latar Tempat

(a) Di ______________ — Cikgu Harun menerima bungkusan hadiah pada Hari Guru.

(b) Di ______________— tempat Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun sebagai akibat tidak memakai kasut sekolah.

(c) Di _______________— Ahmad didenda oleh Cikgu Harun iaitu memakai kasut kelopak jantung.

(d) Di ______________ — Cikgu Harun bertemu dengan ibu Ahmad yang uzur dan meiihat kedaifan keluarga tersebut.

(e) Di ___________ — Cikgu Harun membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat ___________ dari _____________ yang mengajar di kawasan pedalaman

Contohnya: Cikgu Harun melalui cabaran mengajar di kawasan yang jauh daripada pembangunan.

(b) Masyarakat pedalaman yang __________. Contohnya: Ahmad lahir dari sebuah keluarga yang daif dan serba kekurangan

(c) Masyarakat yang _________.Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun rumahnya jauh dari sekolah.

(d) Masyarakat yang _________. Contohnya:

Ahmad tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya. Kini dia mempunyai kerjaya yang mantap.

(e) Masyarakat yang_______________. Contohnya:

Ahmad tidak pernah lupa memberikan kasut yang mahal-mahal setiap tahun kepada Cikgu Harun, khususnya pada Hari Guru.

Gaya Bahasa

(a) Pemilihan kata (_____________) yang indah dan jelas maksudnya. Contohnya:

Dia sudah biasa______________ semak begitu. Sakit hatinya kini lebih _________ daripada sakit ___________ duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang _____________.

(b) Ayat-ayat yang pendek. Contohnya: • “Bila nak beli?” • Ahmad berlalu. • “Saya Cikgu Harun.”

(c) _____________. Contohnya: seperti kaki ayam yang ________________, seperti menanti hukuman gurunya, bagai ada sesuatu yang ________________ pada batang ______________nya

(d) Metafora. Contohnya: _____________________, ________________, _________________________

(e) Peribahasa. Contohnya: seperti ________________, _____________________, ______________

(f) Bahasa Inggeris. Contohnya: uniform

Nilai

Pengajaran

Cikgu Harun tidak pernah berkompromi tentang soal disiplin dan peraturan di sekolah.

kemiskinan bukan alasan untuk enggan menuntut ilmu. Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun keadaannya serba kekurangan dan terpaksa melalui ___________ ke sekolah.

Kita hendaklah mengenang jasa guru yang pernah mendidik kita.

Contohnya: Ahmad tidak pernah melupakan jasa-jasa gurunya meskipun sudah tiga dekad berlalu.

Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain.

Contohnya: Cikgu Harun bersimpati melihat keadaan Ahmad lantas membantu Ahmad meringankan bebanannya.

murid haruslah mendengar arahan gurunya. Contohnya:

Ahmad tetap menurut arahan Cikgu Harun meskipun arahan itu mengguris perasaannya.

berbual atau berbual-bual

Saya sedang berbual dengan kawan saya.Perkataan berbual betul???atau guna berbual-bual.

Jawapan berbual

Berbual = talk , berbual-bual= gossip

berbual-bual

bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;

berbual

bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya.