Thursday, August 18, 2016

burung terbang dipipiskan lada



Sinopsis prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Raja Siam, iaitu Bubunnya menyuruh orangnya ke Melaka untuk meminta (a)surat sembahan.Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah投降;称raja Siam. Raja Siam memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri untuk menyerang Melaka.  Mendengarkan khabar tersebut, Sultan Muzaffar Syah memerintahkan rakyat (b)_dihumpunkan___di Melaka. Tun Perak telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh. (c)_kebijaksanaan____Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka menang ke atas Siam, Tun Perak diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara. Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Apabila Tun Perak dipanggil mengadap sultan, dia mengatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk (d)_menjaga negeri__. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka. Selepas itu, Sultan Melaka melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan gelaran (e)_Paduka Raja. Setelah itu, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian mengikut Paduka Raja dan sebahagian lagi mengikut (f)_Seri Nara Diraja___. Kedua-dua pembesar itu tidak bermuafakat. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua-dua pembesar itu boleh membinasakan negeri Melaka. Seri Nara Diraja _berkahwin_________________dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai (h)_bendahara___.  Setelah beberapa lama, orang Siam, iaitu di bawah (i)   _panglima Aci Dicu_ mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Bendahara Paduka Raja telah memerintah Tun Umar supaya_menaiki perahu____(j) untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam dan membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.  Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau,  nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut menyebabkan orang Siam berpendapat bahawa (k) _kelengkapan___ Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam
menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula. Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah meraikan kejayaan tenteranya dengan memberikan(1)_persalinan_____           yang mulia-mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Bagaimanapun, anaknya  iaitu Cau Pandan mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Bagaimanapun, (m)__Tuan Sidi Arab________yang pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil mengatakan bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah mengatakan bahawa jika benar Cau Pandan itu mati, bermakna Tuan Sidi Arab itu (n)_benar-benar warak_________ Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan telah sakit dan (o) _muntah darah____________ lalu mati. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui bahawa Tuan Sidi Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau. Selepas (p) 42 tahun_____ memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Baginda seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan (q)_Tun Putih Nur Pualam__________, iaitu anak Seri Nara Diraja.

KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk (tunduk) kepadanya, maka Paduka Bubunya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkapakan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai无从计算 lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkanhulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau[daerah sekeliling, jajahan] berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembahkepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadapdengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”
1.Berikan maksud terlalu banyak tiada terpemanai lagi.  [2].... tiada terkira (banyaknya); sangat banyak (ramai)
i.Berikan maksud tiada takluk kepadanya.—belum menjadi negara jajahan di bawah pemerintahan Raja Bubunnya.
ii.Nyatakan faktor-faktor Raja Benua Siam bertindak untuk menyerang Melaka. [3 markah]
iii.Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah negeri Siam
ialah SM mempunyai pemerintahan yang kukuh. Rakyatnya sanggup berjuang dan mempertahankan negeri Melaka. Kedudukan Melaka akan menjadi rendah apabila memberikan surat sembah kepada Siam.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiiltuan?”
          Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan保护, jangan diberi berkarat生锈, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkalas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab, pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescayaberperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
i.                   Berikan maksud maka demikian fiil tuan.[2 markah]
Kelakuan Tuan Perak yag bertentangan dengan orang lain.
ii.                Nyatakan alasan Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan kaum wanita dibawa menghadapi peperangan.[3]
Jarak Selat Kelang yang sangat jauh dan bimbang keselamatan kaum wanita. ...Sekiranya berlaku sesuatu kepada negeri Melaka maka tiada jaminan untuk mereka...mereka akan berperang dengan bersungguh-sungguh kerana anak isteri ada bersama dengan mereka...
iii.             Pada pandangan anda, apakah peranan yang dapat dimainkan oleh kaum wanita ketika berlakunya peperangan?[3]
Membantu menyediakan makan minum untuk yang berperang ...
Merawat mereka yang cedera dalam peperangan
Memberikan semangat dan motivasi kepada golongan lelaki yang sedang berperang.

Hatta然后, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya一面 ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh生长; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara无花果类的植itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang一种Siam tempat bertanak煮饭 itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan(mengadu) dirinya teraniaya虐待 oleh Tun Perak sedikit. Maka然后 ia berdatang sembah 拜见ke bawah duli baginda皇帝. Maka baginda memberi titah命令 kepada bentara传令官 Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap觐见. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan投诉 halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti行为 tuan hamba?”
i.Nyatakan perkara-perkara luar biasa yang berlaku setelah orang Siam kembali ke negara mereka.[2]
ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah Melaka menang menentang 反抗Siam dalam peperangan?
iii.Sekiranya anda Duli Yang Dipertuan, bagaimanakah anda akan menyelesaikan 解决aduan投诉 orang Kelang terhadap对于 Tun Perak?
ialah mempertemukan orang Kelang dengan Tun Perak, menyiasat kes itu dengan memangil perisik...memanggil Tun Perak untuk menghadap baginda dan membuat pembelaan diri.

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya回应 kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi赏赐 pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan保护 baik-baik, usahakan努力 jangan diberi berkarat 生锈kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung果实硬sekalipun尽管, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencercahamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan然后, maka berkenan sudiSultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun有关 Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
i) Berikan maksud rangkai kata memegang negeri. [2 markah]
... mentadbir kawasan jajahan atau wilayah
ii) Nyatakan tindakan 举动yang diambil oleh bentara Seri Amerta apabila dititahkan 被命令oleh Sultan Muzaffar Syah agar以便 berbincang dengan Tun Perak.          [3 markah]
... berbincang dengan Tun Perak mengenai aduan orang Kelang itu
.. .menanyakan sebab Tun Perak berkelakuan sedemikian
... mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali untuk meminta jawapan daripada Tun Perak
iii) Pada pendapat 意见anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk melantik挑选 Tun Perak sebagai 成为Perdana Menteri setelah mendengar kata-kata Tun Perak itu? Berikan tiga alasan理由 anda.         [3 ]
... Sultan Muzaffar Syah melihat Tun Perak sebagai seorang bentara yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasnya
... Sultan Muzaffar Syah terpikat dengan sikap tanggungjawab dan dedikasi Tun Perak dalam menjaga negeri Melaka
...Sultan Muzaffar Syah melihat kebijaksanaan Tun Perak melalui gaya bertutur dan kemahirannya menjawab soalan daripada bentara Seri Amerta

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak平民百. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya坐在膝oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahayasemua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatandengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan  Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
i.Berikan maksud anak Melayu pun berbelah.[2]... bermaksud anak Melayu terbahagi kepada dua kumpulan

i.Berikan maksud kedua-duanya sama orang berasal.
…berketurunan orang besar ataupun keturunan yang mempunyai kedudukan di istana.

ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang menyebabkan Sultan Muzaffar Syah berasa dukacita dan bimbang negeri tersebut akan binasa?[3 markah]
…kerana orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan, satu menyokong Seri Nara Diraja dan satu lagi Paduka Raja
…seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bermuafakat dan sentiasa bertelingkah
…sering juga Paduka Raja kelihatan di kampung Seri Nara Diraja

iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menyatukan kembali penduduk yang berpecah dua?
…memanggil Seri Nara Diraja dan PAduka Raja menghadap untuk memperoleh penjelasan
…menghantar penyiasat untuk mengetahui kedudukan sebenar perbalahan tersebut
…menawarkan hadiah yang lumayan kepada salah seorang untuk meletakkan jawatan

Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya julingsedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir准备好akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.[teknik kejutan]
Maka kata segala anak buah 手下Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening眉毛 sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian 全部tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula , 犀牛角形护身dibeli oleh bapaku sekali emas di benua Keling itu.” [Teknik imbas kembali]
Dan telah sudah lepas idah妇女再婚禁, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah团结 Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”   Maka titah baginda, “Baiklah.”     Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
i.Berikan maksud menjadi berkasih-kasihan.
Hubungan yang sangat erat dan mesra

ii.Apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku sesudah perkahwinan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja?[3 markah]
…hubungan antara kedua-duanya sangat mesra seperti bersaudara
…seri Nara Diraja sendiri mencadangkan agar PAduka Raja dilantik menjadi bendahara
…Paduka Raja dilantik menjadi bendahara oleh Sultan Muzaffar Syah

iii.Pada pendapat anda, mengapakah perkahwinan dapat menyelesaikan解决 perbalahan 争吵antara之间 pembesar大臣 pada zaman dahulu? [3 markah]
...perkahwinan menjadi simbol perhubungan antara dua pihak
...perkahwinan dengan orang tertentu mengangkat status seseorang
..perkahwinan menjalinkan perhubungan persaudaraan

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluhperahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya攻打 sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah一边; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan 好奇melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirihdan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung烟蒂 api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang计算 lagi banyaknya, maka kata hulubalang将官 Siam, “Terlalu banyak kelengkapan用具 perahu Melaka ini, tiada terbilang可计算lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
          Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
          Maka segala orang Siam pun kembalilah.
i)Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa.      [2 markah]
... bertingkah atau bersikap seperti orang gila

i)Berikan maksud perahunya olang-oleng. [2 ]
 ... sampannya terhuyung-hayang/terumbang- ambing/tidak stabil

i.Huraikan tiga perwatakan角色 Tun Umar yang terdapat dalam petikan.  [5 markah)
..seorang yang berani. Contohnya, Tun Umar pergi melanggar dua tiga buah perahu orang Siam dengan hanya menggunakan sebuah perahu sahaja.
...seorang yang gila-gila bahasa. Contohnya, Tun Umar melakukan perbuatannya yang berulang-alik melanggar perahu orang Siam sehingga menimbulkan kehairanan kepada orang Siam.
... seorang yang patuh akan arahan pemerintah. Contohnya, Tun Umar bersegera pergi melanggar perahu-perahu orang Siam setelah menerima arahan daripada Bendahara Paduka Raja.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara Paduka Raja menyuruh hulubalangnya mengikat  puntung api pada segala pohon kayu pada waktu malam? Nyatakan tiga sebab itu.    [4 markah]
... untuk membuat helah kepada orang Siam supaya mereka tidak meneruskan niat untuk menyerang negeri Melaka
... untuk menggambarkan kepada orang Siam bahawa negeri Melaka mempunyai hulubalang yang banyak
... untuk menakut-nakutkan orang Siam bahawa jika mereka menyerang negeri Melaka, pasti banyak nyawa orang Siam yang akan terkorban

ii.Apakah strategi策略 peperangan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja berdasarkan根据 petikan di atas?[3]
..menyuruh Tun Umar menyuluh perahu Siam untuk melihat kekuatan musuh
...Tun Umar melanggar beberapa buah perahu Siam untuk menakutkan pihak musuh
...segala pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dinyalakan api sebagai helah kepada Siam untuk menunjukkan tentera Melaka yang ramai bilangannya.

iii.Pada pendapat anda, mengapakah Awi Dicu mengarahkan命令 bala tenteranya kembali ke Siam?[3 markah]
..terpedaya dengan helah Melaka bahawa bilangan tentera Melaka ramai
..gerun dengan keberanian luar biasa Tun Umar yang mewakili tentera yang lain
...tidak yakin dapat mengalahkan tentera Melaka yang ramai dan kuat.

Adapun有关 segala全部 orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya禀奏 “Duli Pra Cau, lengkapi武装 patik, patiklah mengalahkan 打败Melaka itu.” Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar只是 menantikan musim时机 juga lagi.
i.Berikan maksud lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu. [2 markah]
mempersiapkan kelengkapan perang bagi Cau Pandan sebagai syarat persiapan untuk mengalahkan Melaka

ii.Apakah perkara yang berlaku setelah Awi Dicu menghadap Paduka Bubunnya berdasarkan petikan di atas? [3 ]
..Paduka Bubunya marah dan berazam dirinya sendiri akan pergi untuk menyerang Melaka
..Cau Pandan menawarkan diri untuk bersiap bagi menyerang Melaka
..Pra Kelong diminta menyiapkan lapan ratus sum(sejenis kapal buatan Siam) dan perahu-perahu kecil yang tidak terhitung bilangannya.

iii.Sekiranya anda Paduka Bubunnya, apakah tindakan举动 yang akan anda lakukan 被做setelah pasukan tentera yang dihantar被送 mengalami 经历kekalahan失败?          [3 markah]
...menghantar utusan perdamaian untuk menjalinkan kerjasama dengan Melaka
...menghantar perisik untuk menyiasat kekuatan dan kelemahan negeri Melaka
...mengadakan kerjasama dengan negara besar untuk membantu menyerang Melaka



Berikan huraian bagi setiap pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional “Burung Terbar.-; Dipipiskan Lada” seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.
Huraian:Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.               

Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.
Huraian:Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.                       

Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan.
Huraian: Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.    

Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepa:
Huraian: Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga dapat membunuh musuhnya dari jauh.